Skip to main content

A Rant On Adulthood

 Assalamualaikum guyssssss......

Yih rasa nak jerit sebab laaamaaa gila tak menulis. Selalunya singgah sini untuk tengok komen je takut ada yg terlepas. Thankfully, entry PPBU tu orang masih baca sampai sekarang walaupun aku rasa crappy gila tulisan akoooo :') Tapi papepun, thank you so much guys for reading. Kalauu tidak makin sendu la tempat ni. Dahla tuan dia sendu, pastu blog dia pun sama sendu jugak. #liketuanlikeblog

Ok let's get back to the topic. Shall we? 

First of all, dia macam tersangatlah janggal ye menulis di siang rembang cemni tapi takpelah hadap jelah cerita aku oki. Actually bulan lepas ada satu period tu yang aku secara tiba-tiba mental breakdown. Aku taktahu for what reason yang aku sedih sampai menangis macam orang hilang keluarga. Dia punya sedih tu sampai aku main game sebar virus level Super hard pun terus boleh menang dalam round pertama sedangkan sebelum ni kemain tryhard nak lepas stage tu.Tapi yang aku sure is itulah proses nak membesar. Aku syak sebab hormon pun ada gak tapi lantaklah, benda dah nangis dah pun. Aku nak cerita jugak. Malam tu lepas balik kerja, aku tak ingat apa yg trigger perasaan tu, tapi tahu tahu je aku dah terduduk kat tepi katil sobbing my whole life. hahahhahahahhaa bila ingat balik macam kelakar. 

Dia macam ada satu perasaan yang kita tak puas hati dengan apa yang kita ada sekarang. Kita, bukan kita lah tapi aku, dah buat sehabis baik tapi kenapa eh tak sama macam orang lain. Aku sedar yang timeline kita tak sama, tapi dalam masa yang sama berharap yg timeline tu bergerak laju sikit supaya kita tak slow sangat tertinggal dekat belakang. Korang pernah tak rasa centu? Malam tu aku tak rasa aku menangis untuk sebab yang spesifik, tapi untuk semua terus. Dia cam tangisan kekecewaan gituu. Kecewa dengan siapa? Dengan diri sendiri. 

It went until late mornight. Dia cam takde rasa nak hidup dah pun. I guess ini lah kut adulthood process. Ada masa kita tak rasa nak nangis langsung walaupun tengah tengok scene sedih sedih. Tapi ada masa kita memang akan menangis sendiri. Tak payah pasang cerita apa pun dah nangis gila gila. So aku macam sedikit sebanyak mencari lah apa yg kurang sampailah satu hari my cousin and I cam ada this adulthood punya conversation lah. Dan we both agree on kita sedih, kecewa semua ni sebab kita tak make peace dengan diri sendiri. Kita tak berdamai dengan diri sendiri. 

Kita cenderung menghukum diri lebih keras dari apa yang sepatutnya. Contohnya, kita tengok orang ada duit pakai barang branded semua tapi kita masih belum dapat. So kita marahkan diri sendiri sebab di umur yang sama dengan dia, kita masih lagi struggle nak makan hari hari sedangkan dia elok je happy belanja sana sini, makan sedap sedap. Padahal kita tak sedar yang it is completely okay not to have apa yg orang lain ada. It is completely okay to have flaws, to take a break on whatever we are doing. Kita tak meletakkan kesejahteraan diri sebagai prioriti tapi meletakkan komuniti dan orang sekeliling sebagai prioriti. Kita lebih percaya yang semua orang boleh bahagia dengan ada banyak duit sampai kadang kadang kita lupa yang kalau kita banyak duit tapi budi bahasa tak banyak pun kita tetap tak special. 

For me, to make peace with your own self is easier said than done. Kita boleh cakap 

"takpe timeline kita lain lain" 

"takpe ni bukan rezeki aku lagi"

"takpe masih belum terlewat lagi ni" 

tapi sejauh mana kita menerima tu sebenarnya kayu pegukur kepada berapa percent kita cuba untuk make peace dengan diri sendiri. Itulah realiti menjadi dewasa. Kita mesti akan membanding atau dibandingkan dengan seseorang sama ada kita mahu atau tak. That's just how life is. Lagi lagi bila dah dewasa yang semua orang expect kau akan ada sebuah kehidupan yang hampir sempurna. Sedangkan realitinya tak macam tu pun. Nak survive from a paycheck to another paycheck pun susah. 

Kalau boleh undur masa balik kan, aku nak je cakap dekat myself yang adulthood ni susah and lonely. So romanticize your life to the max that you can. Kadang kadang bila scroll balik gambar gambar lama kan, aku macam wonder, where did my genuine smile gone? Sebab sekarang tak rasa nak betul betul senyum pun for a life. Kadang kadang aku bersyukur sebab back then I chose to have fun a lot and the memories were documented. Indah betul zaman zaman ada kawan kawan dekat dengan kita ni. 

Ha cerita pasal kawan kawan ni, growing up aku makin faham kenapa orang hang out a lot. Or kenapa somebody tu nak ada partner dalam hidup dia. Dia bukan for the sake of marriage je tapi manusia memang secara 'alaminya' perlukan teman. Untuk apa? Untuk kita luahkan apa yang kita rasa. Walaupun takde solution, tapi sekurang kurangnya kita rasa puas. Puas sebab boleh meluahkan secara zahir. 

"Kenapa tak luahkan dalam solat?"

Aah ini pun banyak jugak kepala otak aku argue sesama sendiri. Kita selalu dengar kan orang kata kalau sedih luahkanlah dalam solat. Luahkan pada yang Maha Mendengar. Betul, aku tak nafikan. Memang berkesan sebab Dialah jugak yang memberi ketenangan hati kan? Tapi kalau aku, macam tak puas sebab kita meluah pun dalam hati. Kita tak cerita kuat-kuat waktu sujud. Yang kuat tu biasanya tangisan je. Tapi apa yg kita rasa semua kita luahkan dalam hati je. Jadi dia masih ada tight feeling dekat dalam diri. Sebab kita tak lepaskan betul betul apa yang kita rasa tu. 

Pernah dengar orang selalu kata nak duduk pantai lah, nak naik bukit lah sebab nak jerit sekuat hati? Itulah maksud yang cuba aku sampaikan. Kita nak masalah tu keluar jugak walau dengan apa form sekalipun. Hatta cuma menjerit. Tapi kita puas sebab benda yang kita simpang dalam hati tu slowly kita dah lepaskan. So semakin dewasa, memang aku fikir itu lah tujuan utama orang nak ada partner atau kawan baik. Just to have somebody he/she trust enough to spill his/her story. 

Orang kata 20's is a period where you'll be so fragile and the world is always against you. Betul. Ada masa sampai memang jatuh betul. Tapi aku percaya coping mechanisme setiap orang tu berbeza. Macam mana berat pun ujian, kita boleh cope dengan cara kita sendiri. Contoh kalau aku, bila dah mental breakdown macam tu, aku kena keluar. Kalau tak lagi lama aku duduk tempat sama, lagi rasa nak nangis je sentiasa. Kena keluar cari udara segar. Ada orang dia punya coping dengan make up, ada orang dengan pergi gym, ada orang dengan makan, ada orang dengan duduk dalam bilik tu sampai dia bebetul okay. Tak kisah, itu cara masing masing. Yang penting aku percaya, time heals everything. Dan apa pun yang jdi, jangan tinggal solat. Walaupun kadang kadang kita tak rasa pun effect solat tu, tapi kalau tak solat, effectnya lagi teruk tau. So jagalah yang tu dulu.

Ok aku rasa tu je aku nak cerita hehe. Ap yang aku nak sampaikan cuma make peace dengan diri sendiri. Tu je sebenarnya. Sebab selagi kita tak betul betul 100 percent make peace dengan diri sendiri, selagi tu kita takkan capai the kind of happiness yang kita nak. 

Untuk adik adik yang masih belajar, have fun lah sungguh sungguh. Tapi jaga batasla jugak. Korang janganlah pembaris sangat mentang aku kata suruh have fun, segala jenis fun kau nak cuba sampai yang bahayakan diri sendiri pun kau nak cuba. Kalau macamtu perginya memang aku hempuk nyawa kau melayang nyawa kau nanti. Have fun, make memories, worry nothing. Dunia ni terlalu kejam untuk korang yang masih innocent. Jadi selagi boleh romanticize the life then please romanticize it. 

Untuk korang yang sama sama tengah struggle, life is indeed a roller coaster ride. Semoga kita kuat untuk naik balik lepas jatuh. Semoga timeline kita bergerak laju sikit. Tapi ingat macam aku cakap tadi, it is completely okay to take a break whenever you need it okayy. And it is completely okay to not have whatever your friends have, sebab kalau Tuhan rezekikan kita benda yang sama je mesti bosan kan? Sedangkan baju pun kita taknak sama dengan orang, apetah lagi rezeki kan? 

Kalau ada hari yang kita rasa nak nangis, teruskan. Jangan tahan. Nangis je walaupun kita taktahu nangis tu untuk apa. Walaupun mungkin sedih tu datang berhari hari, nangis je. Dalam hidup ni memang ada phase yang kita akan sedih. Tak kiralah kita lelaki ke perempuan. There is nothing wrong with crying. I am so against the idea of lelaki macho tak nangis. Lelaki pun ada perasaan jugak okayy so kalau nak nangis kau nangis jela bang. Peduli jelah orang nak cakap apa. Kalau dia lecehkan kau kau cakapla "masalah kau ke masalah aku?" Haaa gitu. 

Okay bye! Till we meet again peeps. 👋 

Ini salah satu percubaan aku nak healing lah kengkonon lepastu abang tempat kayak tu cakap "dik lainkali bawaklah member baru best" 




 

Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb