Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

2021 In An Entry

Assalamualaikum...  Hi peeps 🤗🤗 *lambai sambil tiup habuk*  Punya lama eh tak lepak sini. Fuh. Hopefully korang semua sihat sejahtera lah ya. Sekarang ni ada varian Omicron pulak haih korang jaga la diri sebab kita taktahu di masa depan mungkin varian megatron pulak keluar. Papepun stay safe and stay healthy okies. 😘  Lah panjang membebel.  First things first, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih lah ya kepada adik adik yang tersinggah di sini pastu baca pulak crappy entry pasal ppbu tu astu effort lagi pergi cari dekat ig. Semoga korang dipermudahkan urusan tau. Mintak maaf banyak banyaklah sebab dalam entry tu banyak benar kesalahan tatabahasa beserta info ye. Pemalas betul perempuan ni nak pergi edit balik entry. Nanti pukul dia ramai ramai eh. Hehe tak tak gurau je 😭  Ok back to the topic.  So today is day 365 outta 365.  Hari paling hujung tahun 2021. Hari last. Alhamdulillah jatuh pada hari istimewa. Jumaat. Penghulu segala hari.  Macam biasalah bila aku tulis j

Another Chapter of Life: PPV Experiences

 Assalamualaikum....  Hello peeps!! Fuh lama ye tak menulis. Tapi takdelah lama sangat hehe. ((Pening tau kadang perempuan ni haih))  Tapi takpelah point aku bukan nak argue pun dah berapa lama tak menulis.  And macam biasalah asal entry baru je mesti tengah malam. Bertabah jelah ek. 😁 Jadi seperti biasa aku mulakan dengan sedikit nasihat yg clichè: jaga diri, jaga kesihatan. We're still struggling with this endless pandemic. So stay safe wherever you are okies. Go get vaccinated if you haven't. To those yg dah fully vaccinated or dah second dose, yeayy kita geng! 🙏 lepasni bukan setakat boleh main sep sep tangan je. Dah boleh salam peluk cium. 😙  Saja je aku bagi advice centu sebab point entry ni memang ada kaitan dengan vaccine pun hehehehehe.  Sebenarnya aku just nak cerita some of my experiences sepanjang sebulan lebih aku bertugas dekat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) USIM.  For those who don't know, USIM haritu jadi PPV IPT Mega alongside other PPVs in N9. So dorang s

Degree pt 8 - Unofficially Graduated!

 Bismillah Assalamualaikum people! Kalini dengan penuh takzim ya aku bagi muqaddimah. Macam biasalah, covid-19 sekarang makin mengganas ye so korang jaga diri bebaik tau. Jangan lupa vaksin. Jangan memilih vaksin. Apa apa vaksin dapat, terima je. Ha paling penting, jangan jadi antivaksin aku sumpah masuk batu belah batu bertangkup kang!  Maghoh ni maghoh.  Tapi takpelah since aku nak cerita benda best so maghoh kita tolak tepi.  Pssstttt..... Guys.....  Aku. Dah. Habis. Degree!!!!!!!!  Walaupun tak officially graduate lagi tapi kira halal lah eh ✋😙 Finally lengkap semester 8 aku merangkap semester latihan industri. Papehal pun, aku mintak maaf dulu lah sebab sebelum ni aku pernah kata nak tulis blog every end of the month sepanjang internship aku. Tapi most of the time, I cannot afford to write do sebab ni dah jadi macam another escape world aku. I spilled so much in here, much more than what I let you guys read. Ada banyak entry yg aku publish then private, dan tak publish langsung a

Cara Move On Dari Orang Depan Mata

 Hai Assalamualaikum peeps.....  Kita bertemu lagi di hari baik, bulan baik ni hehe. Salam ramadhan semua walaupun dah ramadhan ke-9 😁  Jangan risau, aku bukan nak tazkirah. Nak sembang je sikit. Kalau korang nak dengar, eh? Bukan dengar. Kalau korang nak baca, sambunglah scroll ke bawah okie. 😘  Sebelum tu, stay safe dan jaga diri ye guys. Covid 19 cases dah makin tinggi sekarang 🤕 Aku nak sembang apa eh ni? Haaa kalau tengok tajuk mungkin boleh bayanglah kan?  Ok kita start.  Awal tahun haritu, ada sorang kawan aku whatsapp, and whatsapp dia berbunyi begini:  "Weh cemana nak move on eh?"  Ok sebelum tu biar aku kenalkan diri dululah kepada yg tidak mengenali ya.  Hai, saya Atiqah, pendengar masalah cinta anda dan kadang kadang memberi nasihat yg saya rasa elok untuk relationship anda. Kalau nak cerita atau nak mintak solution, nanti boleh tulis borang tau. Ok cukuplah pengenalan.  So dah tak peliklah kan kenapa dia boleh tanya soalan centu?  Aku banyak jelah dapat soalan

Mid Internship Story: First Month In A Nutshell.

 Assalamualaikum.... Hi peeps. 🤗🤗🤗  Macam biasalah it feels soooo great to be here again. 😆 Lama gila weh I kind of rindu nak menulis (baca: membebel) lagi.  I hope you guys are doing good. Please be safe and stay healthy tau sebab aku tak healthy sangat lately hahahahaha. Hari hari redah hujan memang mendapatlah kan. Apa-apa pun, jaga diri ye semua. # pesananpenaja  Sebenarnya macam pelik sikit lah bila menulis waktu pagi ni sebab aku jarang jarang ye menulis di waktu pagi. Tapi sebab aku tunggu lamaa gilaa nak tulis this one so here we go! (Alahai acahnya lah dia ni)  Ok kalau korang baca previous entry, aku ada cerita pasal internship. Now, aku dah start dah pun hehe. I promised myself to write a summary for a month, so aku boleh baca balik and ingat semua benda yg jadi. Sama macam niat aku waktu aku tulis entry for every semester tu. Kalau bosan bosan kan aku baca balik and I'll be like "oooo camni ek rupanya dedulu." Dia jadi mixed feeling sebab kenkadang rasa bo

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha