Assalamuaikum....
Harini Kak Cici dalam mood gloomy gloomy sikit. Bagai ada awan mendung yang hadir dan tak berarak pergi. Menyelubungi perasaan Kak Cici dan kawan kawan. Ceh berpuisi bagai pulak Kak Cici ni kan.
Actually semalam ayah kawan Kak Cici merangkap one of my bestfriend telah kehilangan ayah dye. Dan due tiga hari sebelum tu, sorang lagi kawan Kak Cici pun kehilangan ayah dye jugak. Masa Kak Cici tau tu Kak Cici memang shock gila. Mana taknya, bestfriend Kak Cici tu time skolah selalu cerita pasal ayah dia. Kadang kadang kesian jugak dengan dia. Tapi nak buat macam mana kita manusia kan. Cuma boleh tolong tenangkan.
Bila jadi macam ni Kak Cici mula terfikir. Mati. Semua tau yang mati itu pasti. Cuma kita tak tau je bila giliran kita. Entah esok entah lusa. Entah Kak Cici pergi dulu atau entah salah sorang penduduk dunia ni pergi sebelum Kak Cici. Yang penting, yang perlu kita tau adalah...
Harini Kak Cici dalam mood gloomy gloomy sikit. Bagai ada awan mendung yang hadir dan tak berarak pergi. Menyelubungi perasaan Kak Cici dan kawan kawan. Ceh berpuisi bagai pulak Kak Cici ni kan.
Actually semalam ayah kawan Kak Cici merangkap one of my bestfriend telah kehilangan ayah dye. Dan due tiga hari sebelum tu, sorang lagi kawan Kak Cici pun kehilangan ayah dye jugak. Masa Kak Cici tau tu Kak Cici memang shock gila. Mana taknya, bestfriend Kak Cici tu time skolah selalu cerita pasal ayah dia. Kadang kadang kesian jugak dengan dia. Tapi nak buat macam mana kita manusia kan. Cuma boleh tolong tenangkan.
Bila jadi macam ni Kak Cici mula terfikir. Mati. Semua tau yang mati itu pasti. Cuma kita tak tau je bila giliran kita. Entah esok entah lusa. Entah Kak Cici pergi dulu atau entah salah sorang penduduk dunia ni pergi sebelum Kak Cici. Yang penting, yang perlu kita tau adalah...
"Setiap hari pasti ada kematian. Sama ada ia kita ataupun bukan kita"
Apabila malaikat tak jumpa rezeki kita di dunia ,maka ajal menunggu kita, kata ustazah.
So the real point is, apa bekalan yg kita bawak untuk jumpa pencipta? Bawak 2.6 billion? Atau bawak rumah besar harga juta juta? Atau bawak segala Audi, Porsche, Lamborghini dan Ferrari yg kita ada? Atau bawak pangkat CEO supaya nnti boleh request kat malaikat Munkar dan Nakir untuk lambatkan hukuman sebab kita punya pangkat besar?
Tak sayang. Allah sikit pun tak pandang semua tu. Dia ada jauh lebih banyak dari apa yg kita ada. So untuk jumpe Allah, pertama, mesti settle bab lima rukun Islam.
UCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Ini penting bagi seorang muslim. Tak kira lah 'abid ( baca: orang kuat ibadah) atau orang biasa, kalimah ni perlu selalu semat dalam hati. Semat sekukuhnya dan kalau perlu, letaklah gam UHU supaya ia tak tanggal. So yg ni Kak Cici takyah terang panjang panjang kut sebab semua dah tau. Cuma nak cakap yg kalimah ni adalah kunci seseorang tu Islam atau tak.
SOLAT
Ini lagi satu benda penting. Rumah kalau takde tiang akan runtuh. Samalah macam Islam kalau tak solat akan runtuh iman. So can you see the power of solat. Kak Cici percaya ramai kat luar sana yg kadang kadang TERtinggal. Atau SENGAJA meninggalkan. Takpelaa sedangkan terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perlakuan boleh bertaubat. Jangan risau pintu taubat sentiasa terbuka. Kak Cici pun kadang kadang lambat jugak solat. Tapi kita sama sama ubah laa. Nak jumpa Allah kan? Nak dengar salam dari Allah kan? Jadi kit kena usaha dulu laa. Kak Cici tau kat luar sane ramai yg ad banyak aktiviti. Busy sangat mengalahkan Perdana Menteri. Tapi tau apa pepatah dalam surau sekolah Kak Cici cakap "BUSY LIFE MAKES PRAYER HARDER. BUT PRAYER MAKES BUSY LIFE EASIER." Jadi solatlah. Jangan risau. Sikit pun tak ganggu korang punya jadual yg padat tu. Kalau nak Allah sayang lebih, buatlah solat sunat. Tak banyak takpe. Asal istiqamah. Berterusan. Lagi baik kalau boleh bangun qiamullail. MasyaAllah! Masa tu akan rasa dekat sangat dengan Allah. Eh panjang pulak Kak Cici bebel pasal solat ni kan. Okey seterusnya.....
PUASA
Haaaa ni lagi satu elemen dalam rukun Islam yg korang kena tau. Umum laa semua orang tau puasa ni bulan Ramadhan. Ni kalau Kak Cici test baca niat puasa semorang boleh baca sambil angkat kening macam Ziana Zain. Hahaha.. tapi puasa bukan je bulan Ramadhan tau. Hari hari biasa pun boleh kalau nak puasa. Paling common orang buat Isnin Khamis laaa... okeylah Kak Cici bagi hari hari yg takleh puasa. Means hari lain boleh puasa laaa. * muka senyum*
1. Pada hari raya puasa bersamaan 1 SYAWAL
2. Pada hari raya haji.
3. Hari hari tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 zulhijjah.
Hari hari lain boleh. Ada sorang penceramah addmath Kak Cici masa kat skolah dulu, dia puasa hari hari kecuali hari yg haram puasa tu. Jadi contohilah dia. Ok next is....
ZAKAT
Yg ni penting untuk orang kerja. Atau ketua keluarga. Biasa zakat ni orang buat waktu pagi raya. Atau sepanjang bulan puasa. Tapi bukanlah hari hari dia kena bayar. Kaunter bukak hari hari. Tapi kalau dah bayar takpelah. Ingat ye penduduk semua. Berdosa kalau kita tak keluarkan zakat. Zakat ni wajib. Okey takde point sangat sebab Kak Cici tak kena bayar zakat. *peace sambil makan kacang* okey last but not least...
HAJI
First of all, Kak Cici nak ucap takziah kepada keluarga yg terlibat dengan insiden dekat mataf tu. Yg kren jatuh tu. Semoga Allah memberi rahmat pada mereka. Haji ni actually is a kewajipan for semorang untuk pergi at least sekali seumur hidup. Tapi kalau takde rezeki nak buad macam mana kan. Kak Cici sendiri pun tak pernah pergi. Even umrah sekali pun. 😔 Korang doakan Kak Cici ade rezeki tengok Kaabah eh. Okay sebab apa kena pergi haji? Sebab doa kat sana mujarab. Habis kat sini tak mujarablah. Tak makbul ke doa kat sini? Tak laa. Makbul je. Cumanya kalau kat sana lebih berkah. Kan??? Instead kita dapat insafi diri dengan lihat segala kesan kesan Islam yg tinggal kat sana. Mesti doa tu lagi power kan. Lagi pun kita pergi rumah Allah. Rumah paling agung atas muka bumi. Kalau kita pergi rumah orang kaya, dia takkan layan kita sebaik Allah layan kita. Kita tengok Kaabah pun boleh leleh air mata even ia cuma batu yg ditutupi kain hitam. Sekali lagi nak guna analogi rumah orang kaya tu. Kalau kita pergi rumah orang kaya, is it kita nangis tengok kolam rumah dia? Even tengok rumah dia pun kita tak nangis. Terkejut ade laa. Tapi specialnya rumah Allah ni bila kita tengok automatik akan terus nangis. Power kan?? Korang tengok first sight love pun korang tak nangis. Kan? Kak Cici berani kerat jari laaa.. so sape yg terase rase macam ad duit lebih tu, daripada korang duk melancong sana sini lebih baik korang pergi umrah atau haji dulu. Lepastu baru plan melancong tempat lain. Malulah kita orang Islam kalau tempat lain dah khatam habis tapi bila sebut Mekah Madinah kita taktau. Nauzubillahiminzalik!
Kak Cici tambah satu lagi. BACA QURAN. Quran akan jadi penolong korang kat dalam kubur nanti.
So bila korang settle lima perkara ni, korang boleh senang lenang dalam kubur. Dan lancar je jawab bila dua malaikat tanya nanti. InsyaAllah, kita sama sama tuju syurga - Nya. Sama sama titi titian sirat selaju mungkin. Dan sama sama jawab salam dari Allah.
Allahu bestnya. 😢😢😢
Before Kak Cici tamatkan karangan yang panjang berjela ni. Kak Cici nak share satu video ngan korang. Video yg Kak Cici rase cukup deep untuk kita.
NOTA KAKI DARI KAK CICI : Andai awak tak nampak Kak Cici dalam syurga. Tanyakan Kak Cici pada Allah. Tarik Kak Cici dari neraka ke syurga. Dengan kalian.
Comments
Post a Comment