Haaa amcam mengancam tak cover?
Assalamualaikum. Kak Cici had been super busy last three weeks. Tu yg tak sempat nak post entry baru tu. Cehh. Dalam busy busy tu sempat jugaklah memanfaatkan 16 jam untuk layan drama dots.
Apa?
Tak tahu dots tu apa?
Haaa sila baca tajuk entry.
Annyeonghaseyo! *cewah korea sangat*
Okay berbalik kepada tajuk. Actually Kak Cici rasa Kak Cici nilah orang paling lambat tahu pasal cerita ni. Kah! Sebelum ni just dengar org cerita je and org kata cerita ni best. Bila dah tengok....... bukan best, super best!
Cerita ni drama 16 episod. Apa yg bestnya pasal drama korea ni is, episod dye pendek dan iklan tak lama. Taklah macam cerita melayu pukul 7. Iklan saja 5 minit. Cerita lebih sikit je dari setengah jam. Kah!
Hero dia Song Joong Ki. Kpopper mesti kenal punya ni. Kofkofkof. Dia ni pegang watak Captain Yoo Si Jin atau sign name dalam Special Forces, Big Boss. Ketua lah tu kiranya. Dah hero kenalah jadi ketua yedok? Apa? Tak kenal Joong Ki?
Tu haaa Kak Cici payung gambar
Heroin pulak nama dia Song Ji hyo. Eh tak tak. Song Ji Hyo tu Running Man. Heroin dia nama Song Hye Kyo. Song Hye Kyo ni pegang watak Professor Kang Mo Yeon. (P/s: mohon jealous ye dengan gelaran professor tu. :p) Dia ni ketua medical team. Haaa kan dah kata hero heroin mestilah jadi ketua. Kofkofkof.
Untuk drama ni Kak Cici kasi 9/10 bintang. Satu lagi tu nnti bila dah tengok special episode nnti baru kasi. Hahaha *gelak gaya diva*
Cerita ni banyaknya berlaku dekat Urk. Taktau Urk dekat mana? Gugel ye nanti. Sebab dalam cerita ni, dekat sana berlaku gempa bumi yg memerlukan medical team and team askar antarabangsa untuk proses cari mayat mangsa apa semua. Ketua medical team dengan ketua askar tu korang mesti dah boleh teka.
Lagi satu yang best pasal cerita ni is dia macam promote peace tau. Sebab cerita ni pasal askar dengan doktor. So bila dah askar, memang semangat patriotisme tu tinggi lah. Okay student boleh tengok ye kasi tambah sikit sikap patriotik dalam diri tu. Apa yg Kak Cici terkejut is dalam cerita ni ada satu part ( even cuma dua tiga saat) dia ada tayang gambar bendera bertulis "Lailahaillallah." Tak percaya? Kak Cici kasi bukti.
That black flag tu. Nampak?
Haaa tu satu. Satu lagi yg memang buat Kak Cici speechless dan terus tangan meng'pause'kan cerita is bila Joong Ki sebut InsyaAllah. Peh waktu tu memang tak terkata. Sampai ulang tiga kali. Yelah kan takut telinga bermasalah. Salah dengar ke ape ke kan. Tapi memang realiti. Joong Ki sebut InsyaAllah. Okay so jom sama sama doakan dia masuk Islam.
Cerita ni actually terasnya adalah cinta. Macam biasalah kan. Cuma apa yg buat dia jadi best is, dia jadikan satu masalah tu utk selesai sama sama. Dan cerita ni jugak timbulkan isu isu lain utk kita hayati. Contohnya dalam cerita ni isu earthquake ditimbulkan. So dorang kena working on this sampai kadang kadang kena marah dengan org atasan. Dan satu moral yg dorang timbulkan is, when we are a warrior, so the peace and the people of our country is the priority. There's no such thing valuable than a human life. And this story told us that. So its not just an ordinary love story. Sebab in fact, the love story between the two of them memang sangat mencabar.
Kawan kawan Kak Cici kata, episod 15 sedih tapi Kak Cici rasa dari episod satu lagi sedih. Kofkofkof. Tapi bila sampai episod 15 tu yeah, memang sedih gila. Nak tau? Korang kena tengok sendiri. Okay. Karang tak surprise pulak.
Haaa lupa. Di samping dua hero heroin ni, ada lagi sepasang hero heroin yg ada. Haaa jarang kan cerita ada dua hero heroin.
Gambar yg bawah ni
Part sweet? Bukan setakat ada. Berlambak. Hahaha. Walaupun banyak part yg buat ngilu lubang telinga kau sebab banyak scene bedah, tembak sini tembak sana, darah, orang cedera macam macam lagilah. Tapi tetap banyak part sweet. Memang tak boleh nak cerita semua. Okaylah Kak Cici kasi gambar je okay.
Haa gambar gambar ni mesti dah menarik narik tangan korang untuk download cerita ni kan. Haaa pergi pergi. Pheww bukan senang Kak Cici nak dorong orang suruh download cerita ni. Kalau takpun, korang boleh tengok dekat media fire. Takpun beli cd je. Boleh tengok ulang ulang sampai korang hafal. Kah!
Phew ni kalau Joong Ki baca ni mau terus lamar jadi pelakon. Hahaha. Kemain melambung pujian. Tapi serious lah, cerita ni memang super best.
P/s: cerita ni 16 jam tau. Jadi time solat tu g solat dulu. Pastu sambung balik. Hoccay.
Nota Kaki: saja je tulis tajuk macam tu so nanti kau org akan jumpa blog Kak Cici tiap kali search pasal cerita ni. Kofkofkof.
memang best DOTS !!
ReplyDeleteKan. Rasanya dah ulang dekat 10 kali dah.
ReplyDelete