Assalamualaikum......
Since Kak Cici dah tiga minggu masuk ke alam universiti ni, *cehh baru tiga minggu dah berlagak macam tiga tahun* Kak Cici dapat rasakan lah perbezaan alam sekolah dengan alam universiti ni. Terutamanya dari segi.....
KAWAN
TAPI
And Kak Cici had been busy again this month. Haa dah kenapa en busy je memanjang kalah Perdana Menteri ni en. Actually Kak Cici baru je diterima masuk ke salah satu universiti Malaysia. Alhamdulillah.
Apa? Luar negara?Takde rezeki lagi dik nak pergi luar negara tu. Satu hari nanti insyaAllah. :)
Since Kak Cici dah tiga minggu masuk ke alam universiti ni, *cehh baru tiga minggu dah berlagak macam tiga tahun* Kak Cici dapat rasakan lah perbezaan alam sekolah dengan alam universiti ni. Terutamanya dari segi.....
KAWAN
Dekat sekolah, kita dah cukup kenal kawan kawan kita. Dah tahu hati budi dia, percayakan dia, dan yg penting kita boleh get along dengan dia. So memang kalau ikut wish tu memang nak bawak satu batch masuk U yg sama. Tetapi apakan daya, manusia merancang dan Allah juga merancang. Dan perancangan Allah yg terbaik. Maka, bertebaranlah kami ke seluruh pelusuk Malaysia. Malaysia je mampu.
TAPI
Bila masuk U, kita jadi sorang sorang. NO MORE DEPENDS ON OTHER PEOPLE. KENA SURVIVE SENDIRI! Betul dik. Dekat U ni kita tak boleh senang percaya orang. Tu sebab kena pandai pilih kawan. Alhamdulillah, housemate Kak Cici sempoi dan sporting orang orangnya. ( guna orang orang sebab housemate ada 7 orang :p) Susah dik nak cari kawan. Sebab even kau ada schoolmate yg satu U, tapi kau akan tak sama kuliah atau kelas dengan dia.
"Cakap macam ada pengalaman je"
Ya. Sebab ada pengalamanlah Kak Cici berani cakap.
KEBEBASAN
Dulu dekat sekolah, kita kena ikut peraturan segala bagai kan? So walaupun kita selalunya tak ikut, (okey tu perangai Kak Cici sebenaqnya) tapi kiranya kita ni masih lagi hidup berperaturan. walaupun kat sekolah cikgu label kita sebagai budak bermasalah yang selayaknya duduk rumah je sebab asyik lawan cakap cikgu atau tak siap kerja rumah atau selalu ponteng kelas, tetap kita akan at least ikut satu peraturan yg dah ditetapka. Dan tetap kita akan ditegur berkali kali walaupun orang cakap
" Bosan ah asyik muka dia je buat salah. Duduk rumah lah tanam jagung."
Tetap dia akan tegur
"Kau ni kan hari hari lewat bla bla bla, lepasni awal sikit bla bla bla pastu baju kasi kemas sikit kau nak pergi sekolah bukan pergi ladang tanam sawit bla bla bla"
Means, dekat sekolah, masih ada yg nak tegur salah kita. Dan kita terikat dengan peraturan di mana girls Islam wajib pakai tudung, tak boleh keluar suka hati dari sekolah. Untuk yang duduk asrama tu, tak boleh balik lewat sebelum pukul 6, ikhtilat (baca: pergaulan antara lelaki dengan perempuan) dijaga. Walau kadang kadang tu melebihi had dalam agama jugak.
Dekat U...
KITA BEBAS
Bebas I mean, bebas sebebas bebasnya. Ibarat macam burung terlepas dari sangkar. *Alhamdulillah masih ingt lagi peribahasa :p Nak keluar bila ikut suka lah. Balik bila pun tak kisah. Tapi most of U limit time keluar pukul 12 malam. Tapi, still lama lagikan dari waktu last masuk asrama time dekat sekolah dulu.
Ikhtilat, hem tak payah cerita. Sebab apa, sebab kita semua ni dah bercampur. ada yg dari sekolah harian biasa, ada yg dari SBP, MRSM , sekolah agama dan macam macam lagi. So , normal lah kalau first year student culture shock. Setakat ni, alhamdulillah Kak Cici dan kawan kawan tak kena culture shock lagi. And somehow I'm quite grateful because Allah has sent me to the Uni that still practising Islam in the daily life. Tapi yelah dah namanya pun Universiti, memang takkan lari dari masalah sosial.
p/s : doakan Kak Cici dan kawan kawan semua terhindar dari culture shock. Aamiin
last but not least
KEWANGAN
Kalau kat skolah dulu. RM 50 tu boleh pakai sampai tiga minggu. Serious ni cerita betul. Melainkan kau seorang yg kuat makan dan setiap masa kena berkepit dengan makanan, so your saving could be quite high. Sebab apa boleh jimat, sebab makanan yg dewan makan sediakan tu dah cukup. dah bayar bulan bulan je. Tu pun kalau macam Kak Cici, parents gaji bawah RM5000. So bulan bulan baru RM 25.
TAPI
Bila masuk U, everything change. dah takde dah makcik makcik dewan makan ni nak tolong masakkan. Semuanya atas diri sendiri. so budget could be tight. Memang gila gila kena jimat sebab dekat U duit keluar macam air. Dekat sekolah, buku free. Tapi dekat U, average satu buku tu dalam RM 30. so bayangkan Kak Cici ada 7 subjects and every subjects has several books to be bought. So, can you guess berapa banyak duit berterbangan pergi hilang ikut terbang bersamamu. Eh, tetibe termasuk lagu melepaskanmu pulak. Hehe.
Oklah. Itu je dulu yg Kak Cici nak cerita. Nanti Kak Cici sambung lagi ok.
PERINGATAN : BILA DAH MASUK U NI TAKYAH NAK BERANGAN ASSIGNMENT KAU JATUH LEPASTU ADA MAMAT HENSEM TOLONG KUTIPKAN. SEBAB SEMUANYA LECTURER KASI THROUGH EMAIL ATAU MULUT JE. DAN KAU HANYA PERLUKAN PENDRIVE UNTUK SUBMIT KERJA. KERTAS KERTAS NI NO MORE.
Comments
Post a Comment