Assalamualaikum....
Aku masuk awal untuk semester 2 ni. Aku datang hari rabu sebab hari khamis tu ada training untuk STREAM. Sapa tau STREAM tu apa angkat kepala. Yang taktau ni aku nak bagitau.
Aku masuk awal untuk semester 2 ni. Aku datang hari rabu sebab hari khamis tu ada training untuk STREAM. Sapa tau STREAM tu apa angkat kepala. Yang taktau ni aku nak bagitau.
S - science
T - Technology
R - Religiosity
E - Engineering
A - Art
M - Mathematics
Demi menyahut seruan kerajaan maka aku korbankanlah cuti berbaki 4 hari tu. *insert sad emoji*
Maka hari khamis seperti dijangka training berjalan lancar. Course aku ada 2 main activities yang selalu buat waktu event and exhibition :-
DIY FLUFFY SLIME (budak budak en bunyi dia tapi best)
DIY PERFUME
So hari khamis tu kitorang train buat dua benda ni je lah. Btw yg aku buat tu nama dia MF. Nama penuh tak dapat dikenal pasti. Tapi aku panggil Mira Filzah. Orang lain panggil Midnight Fantasy. Tak kisahlah yg penting dia wangi. Best jugak sebab dapat free je. Hehehehe Orang lain buat kena bayar tau! 😏😏
Event hari sabtu tapi seriously aku nak balik rumah sebab jumaat mereput je kat bilik. Padahal waktu tu seniors tengah pilih siapa yang nak pergi event. Turns out tak ramai nak pergi. Aku pun jadi hesitate lah nak pergi ke tak. Sebab mula mula tu niat nak balik rumah memang membara dalam hati ni.
Taktaulah kenapa tapi maybe sebab aku rasa tak berbaloi kut aku datang awal sebab daftar masuk kolej hari sabtu (waktu tu aku duduk bilik transit) lepastu event dari pagi sampai petang. Conclusion dia tak sempat daftar plus parents nak datang hantar barang lain yang aku tinggal kat rumah tu.
End up aku jadi serabut gila sebab semua benda rasa tak kena. Sampailah aku rasa macam
"Eh kenapa aku pergi cakap nak join training eh haritu? Kalau tak dah boleh duduk rumah dah."
Plus aku pulak demam jadi faham jelah bila dah demam ni macam mana en.
Tapi memang nak kata apa Allah susun tu bukan sia sia lah. Habis solat je aku rasa tenang pastu terus rasa oklah nak join event. Mengada kan? Tapi tulah aku rasa Allah tu Dia dah set macam tu. Lari macam mana pun tetap akan dapat.
Long short story. Hari sabtu. Event tu buat dekat smka Shams seremban. Boleh gugel ye untuk yang tak tahu. Aku tak pernah pergi tapi aku tahulah sekolah tu sekolah hebat. Aku risau je kalau budak budak ni keluarkan soalan pelik pelik. Mati kutu gak nak jawab.
Bertolak pukul 8 pagi. 8 setengah sampai. Nilai - seremban tak jauh mana pun. Oh lupa, event tu sebenarnya bawah fst so adalah kos lain contohnya ISA, Applied Physics, FoodBiotech.
ISA bawak robot tak silap. Foodbio buat masak masak. Applied Physics buat shrink art dengan dry ice and kitorang IChem buat Fluffy Slime, Perfume, Traffic Light dengan Chemical Garden. Tapi Hands on cuma Perfume dengan Slime je. Lagi dua tu just pameran camtu je.
Aku, Anis, Iffah dengan Mas jaga diy slime. Syarah dengan atiq jaga Traffic Light sebab slime dah cukup orang. Kitorang buat ni untuk pelajar Form 3. Untuk inspire diorang, bagi diorang ada minat dalam science and things similar to it lah.
Untuk slime ni diorang kena bayar RM5 sebab slime tu nanti dorang boleh bawak balik. Jadi waktu mula mula tu ada dua orang anak lecturer datang main. Dan dia berdua tu speaking. Anis yg jaga dia tapi aku nyelit jugaklah tanya nama semua tu. Pasu seronok gila tengok dia main dengan slime yg dia buat tu.
Mariam nama dia.
Then a group of girls pun datang. Tapi out of 10 yg beli cuma 3 org. Hahahahahha. Aku faham budak budak sekolah mana lah ada duit banyak pastu kalau ada pun mesti fikir 10 kali nak beli sebab macam budak budak sangat. Kalau aku jadi diorang pun aku akan fikir dulu jugak. Tapi diorang bijak lah sebab dua tiga org je beli pastu yg lain just tengok and belajar. Kira pandai lah tu aku pun tak terfikir.
Kebetulan tiga tiga tu duduk dekat Mas maka aku dengan Iffah duduklah berborak dengan Maryam ni. Lama jugak la sampai kitorang kata Mas banyak peminat. Sebab lebih 10 orang kumpul kat dia saja. 😂 Lepas habis je dorang pergi Mas terus datang kata dia penat 😂😂 yelah ramai kut. Kitorang gelak jela mampu.
Sejak tu makin ramai yang datang. Tapi sama jugaklah datang 6 orang yg beli 2 je tapi okaylah at least dorang nak belajar. Aku kena handle dua org budak lelaki ni. Pastu tengah buat tu tetiba dia request.
"Kak taknak amik gambar kitorang ke?"
Okaylah there you go.....
Nilah first client aku cewahhhhh. Dorang kena bangga! Diorang jugak kenal kan kat kitorang Suzi. Bila tanya Suzi tu siapa? Serentak dua orang tu...
"ABANG SAJATTTT!!!!"
okay sumpah ketawa gue tak boleh cover lagi dah. 😂😂😂😂 Rehat tu aku pergi kantin nak tengok orangnya. Haah lah dia memang macam Abang Sajat. 😂
Sambung lepas rehat ada sorang budak ni nama dia Adam. ( kitorang dapat tahu pun sebab last tu mintak ig dia nak kasi gambar. Mintak nombor kang pelik pulak.) So Adam ni dia datang dengan kawan dia berdua. So dia buatlah depan kitorang ( Aku, Anis, Iffah,Mas) tak lama lepastu Luqas datang duk belakang dia. Tapi tu bukan point aku lah. Point aku yg bawah ni.
Adam ni dia kecik je budaknya tapi mulut banyak. Dia je the only one yg tanya pasal kos kitorang. Lepastu macam biasalah kitorang tanya
"Lepasni nak sambung mana?"
"Mak suruh masuk UKM."
"Ha ok lah tu. Pergilah universiti yg lagi bagus dik."
Maka lepasni kalau dia ada dekat USIM sesungguhnya niat dia murni.
Kitorang ada jugak jual slime kit yang mana kalau beli slime kit tu users boleh buat slime 3 kali sebab ada 3 warna cuma slime yg budak budak main tulah bukan yg fluffy punya. Sebab kepekatan gam dia tak sama. Jadi datanglah 3 org lelaki ni nak buat slime. So aku pun amik besen kasi lah dorang buat sendiri. Ya Allah dia punya main slime tu sampai dah tak rupa slime dah! Aku ada video dia cuma kualiti kureng sikitlah. (Sebab cahaya matahari kuat okay!)
Tak lama lepastu budak Adam tu datang balik pastu cakap.
"Kak saya kena dare dengan kawan saya."
Kitorang dah gelak gelak dah ni.
"Hah. Dare apa?"
"Kena bagi pickupline."
Kalini serius aku kalau boleh sujud kat lantai tu aku sujud dah. Lawak gila budak ni. 😂 pastu aku suruh dia proceed.
"Akak pernah tengok Rama rama?"
"Ha pernah."
"Apa beza akak dengan rama - rama? (Dia refer dekat kitorang semua okay bukan aku sorang)"
Aku jawab
"Rama rama boleh terbang kitorang tak."
"Ha tulah dia."
Kesimpulan dia pickupline ni takde kesudahan. Aku taktau apa dia cuba nak sampaikan sebenarnya.
Event tu tak sampai petang pun. Propa je semua. Pukul 2 dah habis dah. Yehoooo. Overall, best lah jugak tapi sayang aku tak sempat nak pergi lawat booth booth lain. Maka aku tengok robot, shrink art, dry ice tu semuanya dari jauh sajaaa... huhu
Penat tu penat. Tapi kira pengalaman barulah untuk aku sebab dari dulu lagi aku memang bercita cita nak pergi sekolah sekolah pastu buat program. Ni kira first step lah dari berpuluh step untuk masa depan cewahhhh. Doakan aku tak malas sangat nak join event. Huhu.
Untuk penutup ni aku kasi lah gambar penutup program. Hehehhe.
Haah aku pergi event pakai t shirt je
Half of team ft students Shams.
P/s : kalau nak kami buat program dekat tadika/sekolah rendah/ sekolah menengah/ universiti atau di komuniti anda boleh contact saya okay. Sebarkan sekali kalau boleh. Moga Allah redha. 😊
Comments
Post a Comment