Skip to main content

Degree Life - Pt 2



Assalamualaikum...

안녕하셍 ((cari maksud sendiri))

Its been a while. *tiup habuk*

11 JUN 2018 bersamaan 26 Ramadhan, tamat paper terakhir batch NeonX, QS21 Teknologi Kimia Industri, which is batch aku. Atau pada waktu tu turut dikenali dengan gelaran tukang tutup pagar Usim sebab kitorang antara first year terakhir yg habis exam. Yelah 4 hari lagi nak raya kut orang lain semua dah cabut balik rumah. But to take it on the bright side, KITORANG TAKDE EXAM LEPAS RAYA!!!! YEHUUU *insert extremely happy emoji here*

Dengan tamatnya paper terakhir, maka tamatlah riwayat aku sebagai first year student. Untuk semester ni tak banyak berbeza pun macam semester lepas. Cuma ada beberapa tambahan subjek baru macam Physical Chemist ((currently my fav subject)), Algebra dengan Hafazan. Thank God dah takde Calculus!!!!!!!! *insert another happy emoji here*

Boleh kata untuk semester ni, macam macam berlaku lah. Antaranya roommate pindah. Okay im not gonna talk much about it tapi cukuplah aku boleh kata aku sangattt tak puas hati dengan keputusan dia keluar usim. Though it was not her decision at the first place, but still she had to do it.

Pesan aku satu je, untuk parents dan juga bakal parents yang mana tersinggah dekat blog aku ni, aku mintak satu je.

JANGAN PERNAH HALANG MINAT ANAK ANAK UNTUK BELAJAR. JANGAN PAKSA DIA UNTUK BELAJAR APA YANG DIA TAKNAK. ITU MASA DEPAN DIA. JANGAN GUNA ANAK KITA UNTUK KEPUASAN HATI KITA. DAN KALAUPUN KITA PERNAH BUAT SALAH, JANGAN GUNAKAN ANAK KITA UNTUK KITA TEBUS BALIK KESALAHAN YANG DULU. BAGI PELUANG. BAGI RUANG MEREKA PILIH APA YANG MEREKA NAK BELAJAR. SEBAB IN THE END, KALAU MEREKA TAK BERJAYA YANG AKAN DIPERSALAHKAN ADALAH DIRI MEREKA SENDIRI. 

Sorrylah awal awal lagi dah kena hadap marah aku. Siap capslock lagi tu. Tapi betul aku memang cukup tak boleh terima.

Okay moving on.

Sepanjang sem 2 aku rasa hidup aku penuh gelak ketawa. Semorang kelakar. Semorang gila gila. Dan yang paling penting, semorang ada bila ada orang perlukan sokongan.

Untuk semester ni, banyaknya fokus study. In other words, tak banyak events macam sem lepas. Ada satu je tak silap, Ichem Sports Day. Tapi tu pun aku tak join sebab balik.

Oh ada lagi satu. Science Bootcamp dengan Tautan Mahabbah. Actually kitorang dibahagi dua. Separuh pergi Tautan Mahabbah, separuh pergi science bootcamp. Seriously aku jealous dengan orang yang pergi Tautan Mahabbah sebab depa dapat main dengan budak budak. You know, kids are adorable.  Untuk science bootcamp, tak payahlah bayangkan pergi camp luar usim pe semua tu. Camp tu sehari je pastu waktu kuliah pastu buat dekat lab je. Tapi I did have so much fun lah.
Kitorang belajar macam mana kalau nak kira solutions semua tu once kitorang dah masuk industri nanti. Actually benda tu kitorang akan belajar dalam tahun 2 ke tiga tak ingat dalam subjek Kimia Analitikal ((i guess)), tapi kira advance lah untuk kitorang yg pergi sebab kitorang dah belajar dulu. So ni antara moments science bootcamp yang ada.

Hye from your young chemists. 

Apparently the focus will all go to that boy behind us.


Tak dilupakan juga, rakan rakan sispa yang guwe kasihi. Sepanjang sem 2 ni tak pernah ada yg tak best. Lagi lagi waktu pergi kem tamat latihan. Seriously kem tu best teruk! Tulah first time kitorang turun bangunan tiga tingkat pakai tali, naik ambulance yg dekat luar nampak tenang tapi di dalam siapa yg tahu, makan 6 kali sehari, gulung hos tengah panas sampai besi hos tu pun panas dia sepanas tungku mak mak baru lepas bersalin. In conclusion, kem tu memang terbaik level 100. Praktikal pun sama, mentang dah nak jadi senior so memang haru biru lah praktikal kitorang. Penat, tapi dalam masa yang sama banyakkkk gila pengalaman baru kitorang dapat contohnya guna chainsaw. Jangan ingat lelaki je handal. Kitorang pun boleh. So there you go moments sepanjang aku dalam sispa. (( oh ya untuk yg taktau, sispa stands for siswa siswi pertahan awam. Tapi dah tukar nama kepada siswa APM. As for usim students, we get used to sispa so its better for me to just write the old name rather than the new one.))






Basically that particular photo in the middle is the whole squad. Baju biru bukan politik ye.

And of all bittersweet memories that I've made, this one is the sweetest. Kitorang exam sepanjang puasa. Lepastu pulak exam petang so bayangkanlah betapa tak laratnya nak tengok buku dari pagi sampailah pukul 1 lebih. ((Exam pukul 2.30)) Jadi memang exam kalini aku banyak tidur je. Tak tipu beb bulan puasa walaupun setan takde tapi nafsu tidur tu memang tak terlawan. Nasib baik bangun pergi exam. Dan sepanjang tu jugak, kitorang dengan bilik depan, ada je benda nak dibuat. Kenkadang share duit pergi bazar beli makanan sekali, berbuka sekali, terawikh sekali, (( tapi kat masjid)) meng'kpop' sekali, meng'drama' sekali padahal waktu tu exam kut.

Dan yang paling teruk sebelum exam Algebra. LPS ((read: Last paper syndrome)) tu memang takyah kata lah. Teruk nau nau. Semorang macam malas gila study padahal subjek last tu Algebra kut!! Dahla test 2 kelaut pastu malas study hm.

Sabtu malam, roommate aku dah pesan jangan beli makan sebab mak dia nak masakkan. *God bless her mother* Then ada yang cadang kitorang pergi berbuka dekat dataran nilai. Idea tu cam datang tetibe je. Cam eh tiberrr. Makanya ke dataran Nilai lah kitorang. Fortunately, dua dua roommate aku yg  tinggal tu ada kereta so takpayah sesusah nak sewa kereta.

Macam biasalah bila pergi dataran memang taklah nak balik awal. Tetibe lagi lepastu boleh plan nak main bunga api pulak. Hm layann. Sebelum tu Usim blackout, seluruhnya pulak tu. Kitorang balik usim sekejap nak ambik barang rasa macam masuk rumah hantu. Dengan lampu jalan sekali mati. Kk1 takyah cakap. Dahlah tinggal berapa kerat je yg tak balik, memang sunyi habis. So memang tepat dan bijaklah keputusan kitorang nak stay dataran pastu main bunga api. Ye nampak childish tapi moment tu lah nanti yg kau akan cherish sepanjang masa.

Pakcik mercun tu pulak baik hati bagi mercun gasing sekali. Ha apa lagi kitorang teruslah bergerak geri gasing dekat situ even though awal awal semua takut nak main mercun tu. Yelah kalau jadi apa apa siapa nak jawabkan paper Algebra?

So moments dekat dataran nilai, Revelio.

The complete squad!

In case tak nampak gambar atas, maka yg bawah ni lagi jelas ya muka squad squad gu



Time main bunga api boleh lah tangkap gambar. Time main mercun gasing, macam nak bersilat dah.


Of all things, aku rasa yang paling mischievous waktu malam last kut. Kitorang gi bantai goreng nugget satu plastik pastu makan lepas terawikh padahal besok pagi tu nak exam Algebra. *facepalm*

Pasal exam pulak, setakat ni exam paling aku cuak Organic Chemistry lah. 

Sebab apa?

Sebab dia ada berjuta reactions, reagents, mechanisms yang kena ingat sebab yg masuk exam taktau apa. Otak aku tepu weh tepu. Pagi exam tu aku berdebar gila namatey. Taktau kenapa. Tapi alhamdulillah lah soalan yang keluar tak membunuh sangat. Tapi cedera parah jugaklah aku. Paling kelakar, exam Physical Chemistry, haah kitorang dah kena warning dah pun soalan yg akan keluar bentuk dia industry-based sikit. Tapi ingatkan sikit sikit je sekali keluar exam, tetibe kena jadi orang jual ais krim, tetibe kena jadi RO water punya engineer, yg paling tak masuk akal, kena suggest cara nak selamatkan ibu mengandung dengan baby dia sekali daripada meninggal dunia. Bukan biasa biasa weh soalan Dr Zamir. Tapi ni pun alhamdulillah, sebab cedera teruk je tak terbunuh pun. Paper Algebra ni ibarat kawan yang suka sembang kencang, memula kata takde prove tetibe exam ada. Pfft. Maka pejamkan mata dan jawab apa sahaja. So aku rasa dah banyak sangat aku tulis ni. Semoga korang tak bosan baca. 

Asyik asyik pasal pengalaman dia ni. Mende lah perangai. 

Oh dengar cerita tamhidi masuk harini, selamat datang adik adik, jaga KK1 elok elok. Jangan malas pergi kuliah. Siapa tak pergi aku luku kepala. Kolej kediaman dahlah dekat je. 

Untuk adik adik junior Ichem. Jangan risau Ichem ni tak susah kalau kau suka. Dan jangan risau kakak abang korang semua boleh diharap. By the way, korang batch kesebelas tau, bolehlah start cari nama batch pastu submit kat kitorang nanti senang waktu family day korang punya batch dah ada nama. So presenting  your second year senior, 

Hai kitorang neonX. Yang #gengtutuppagar tu.


Aku akhiri dengan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Hai nak second year dah. 








Comments

  1. assalamualaikum kak, saya bru nak masuk first year deg ichem ni bulan 10 ni, saya ada byk sgt benda nak tanya pasal deg life ni dkt akak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai waalaikumsalam. Welcome to fst and congrats!!! 🥳🥳🥳🤗🤗🤗 Oh boleh boleh nanti hit je mana mana social media links dekat blog ni eh. 😁

      Delete
  2. Hai akak, akak masih ada tak resources mcm pdf or slide ke, yang lecturer guna utk subjek physical chem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Alamak untuk physical chem takdelah pulak sebab dah terdelete dari laptop. 😭 Sorry tau. Tapi kalau slide boleh cuba download dari goals. Biasanya lecturer dah letak situ siap siap.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb