Macam yang aku pernah tulis sebelum ni yg aku kena buat one special entry untuk sispa (( badan uniform yg aku join zaman uni ni)). So here we go.......
Kenapa tajuk dia "A Week To Remember"?
Sebab baru baru ni majlis pentauliahan berlaku dekat uni aku. Jadi sebagai ahli aktif ((cewahh)) kitorang semua, batch Alpha 10, kena jadi urusetia majlis since kitorang tak tauliah lagi. And dalam masa seminggu tu, too much lessons, too much pain, too much joy yg kitorang went through together.
Bukan bermakna aku baru join sispa ni seminggu okay.
8 - 12/8/2018
Tarikh besar hari pentauliahan. Tapi yelah kan bila jadi tuan rumah takkanla 8 haribulan baru datang uni yedak? Jadi kitorang kena datang 1 haribulan. Tapi ada certain members, termasuk aku datang seminggu lagu awal. Sebab katanya ada some stuffs yg nak kena settle.
Yg jadi kelam kelibutnya sebab dia nak 22 orang, all girls. Mandatori! Susah sebab most of us kerja. Takkan nak berenti tiba tiba en. So tu kira cabaran pertama lah.
Sispa ni best, tapi kenkadang tu tak best sebab selalu sangat surprise. Contoh dia macam yg aku tulis kat atas tula. Harini ws kata nak 22 orang, malam ni nak nama lengkap 22 orang. Fuh berpeluh gakla nak lengkapkan.
Bila sampai, sumpah reput. Sebab pejabat akan panggil bila betul betul banyak kerja. Tapi most of the works dah settle so kitorang yg datang seminggu awal tu hari hari bangun - mandi - phone - laptop - phone semula - makan - petang kalau tak panas pergi keluar main basikal - makan - phone - tidur balik.
Ulang benda tu, dari hari pertama sampai hari ketiga. Sebab lepas hari ketiga tu tetibe dapat tau boleh balik. Maka aku pun baliklah en buatpe lagi.
Sekian cerita reput so now kita fast forward ke 8 haribulan. Oh sebelum terlupa, kitorang yg datang awal ni kena jadi Liaison Officer a.k.a LO. Kejap lagi aku cerita apa kerja LO ni.
Sehari sebelum hari pentauliahan, kitorang kena buat kerja pembersihan. Kira last check before pegawai tauliah check in. Ingatkan check biasa biasa je rupanya kena letak bantal + cadar + sarung bantal sekali.
Dorang (( pegawai tauliah )) menginap dekat KKNC. Aku rasa aku pernah cerita pasal kknc ni sikit dalam entry tamhidi so cari sendiri. Yang buat penat tak cukup tanah nak berjalan tu sebab satu blok KKNC ada dua bangunan. Ada wing kiri dengan kanan. Satu bangunan ada 5 tingkat BERTANGGA, TAKDE LIF. Satu tingkat ada 4 rumah. Satu rumah ada 8 orang. Jadi kami yg 35 orang ni kena settlekan 5 blok. Bayangkan ye tuan tuan puan puan betapa bergigihnya nak sampai tingkat 5 tu dengan bawak bantal + cadar + sarung bantal. Penat tak terkata sampai dah tak payah buat pt pagi, tak payah susah susah jogging nak kurus. Sebab buat bendalah tu je pun dah hilang separuh lemak. (( tapi sekarang tambah balik ah sebab dah duduk rumah. Hehehe))
Untuk yg tak kenal so i present to you kknc. ((gambar ihsan google)) |
Kitorang yg LO ni kena tidur KKNC because kitorang kena 24 hours tau apa yg berlaku dekat uni yg kitorang incharge.
Korang mesti tertanya en LO ni pemenda tugas dia. Kemain betul kena update bagai. Siap incharge universiti lagi.
Actually, LO ni lebih kurang macam person in charge je. Setiap universiti akan ada LO. Kalau pegawai tauliah tu ramai so akan ada 2 LO. Kitorang, Alpha 10 pair dengan Charlie 08. Charlie ni pegawai dah tauliah so dorang kira lebih berpengalaman lah nak handle universiti camni. Kitorang yg Alpha ni lebih kepada back up jelah. Aku pair dengan Puan Zahidah. Sumpah memula tak kenal weh. Dua tiga kali jelah pernah nampak kat padang kawad. Tapi bila dah kerja sekali best je sebenarnya. Enjoy teruk!
Yang tinggi tu puan Zahidah. Takpe aku buruk dalam gambar ni yg penting dia lawa. 😚 |
Aku incharge untuk UMP. Alhamdulillah lah dorang takdelah nakal sangat walaupun kadang kadang tu bila mood aku dah down teruk sebab penat, rasa nak ketuk je kepala certain peserta tu dengan kasut potong yg aku pakai.
Yang paling mencabar jadi LO ni sebab kitorang akan jadi yg paling dekat dengan peserta a.k.a pegawai tauliah. So kitorang kena dengar complaints dorang, kena solvekan problems dorang, kena selalu update pergerakan dorang, kena tahan telinga kalau dorang marah, kena tahan nak marah bila dorang clingy teruk macam takde pegawai dari universiti yg boleh dorang adukan masalah, kena tahan hati dari terjatuh hati kat pegawai tauliah. Eh?
Okay tak yg last tu aku gurau je.
Setiap hari, kitorang akan naik bas sekali dengan peserta. So lucky me sebab aku dapat pakcik bas yg sekepala dgn aku. So perjalanan dari KKNC ke usim yg 15 minit tu tak rasa lama lah. Sebab kitorang asyik borak je. Paling best bila tiap tiap pagi pakcik tu nampak aku je dia akan tegur.
"Atiqah. Dah makan ke belum?"
Lepastu ada satu hari tu, time nak balik boleh pakcik tu tanya pasal Bahasa Arab. Haaaa terus jadi kelas bahasa arab lah lepastu.
Tapi dalam happy tu aku kesian jugak dekat certain LO. Sebab dorang tak dapat pakcik bas macam aku. Tapi dorang kental gila weh tak tipu.
Setiap hari, tugas kitorang jadi mak ayah kepada peserta ni semua. Hari hari kitorang kena tengok dorang berlatih. Waktu makan kena bagi makan. Waktu balik kena call pakcik bas.
Tapi waktu tu jelah yg kitorang ada untuk tengok unit lain buat kerja. And seriously, unit lain sumpah gempak teruk. Bayangkan unit keselamatan pukul 6 pagi dah terpacak jaga jalan sebab most universities bertolak pukul 6.30 pagi dari kknc. Unit medic ada satu hari tu kena tidur medic base. Unit logistik lagi legend lah. Dahlah majoriti perempuan lepastu doranglah yg angkat kotak, angkat kerusi, angkat meja semua. Unit jamuan pun sama. Habis je sarapan dah kena prepare makan pagi. Habis je makan pagi kena prepare lunch. Kenkadang kesian weh tengok dorang melepek dekat kerusi sebab penat. Unit perbarisan pun gempaklah sebab kau bayang tengah panas dorang kena sapu pasir kat padang kawad. Unit TTK ni kira macam tulang belakang semoranglah. Dialah logistik, dialah keselamatan, dialah semua benda. Unit dewan pun berapa kali kena marah dengan pihak atasan tapi nampak relax teruk! Unit penjanaan pun. Dari pagi sampai petang masak macam macam dah tak kisah dah baju kotor pe semua. Yg penting peserta tak lapar. Unit yg tak sebut sorry, tu je yg teringat.
Kitorang yg LO ni, penat sebab kena dengar kerenah peserta. Lain tu takdelah penat sangat. Sepanjang jadi LO, aku rasa benda paling mencabar adalah time nak bagi taklimat. Sebab kitorang bukan pegawai tauliah. Kitorang takde pangkat. In fact, pangkat kitorang lagi rendah dari pangkat pegawai tauliah. (Pls be noted that pegawai tauliah adalah peserta yg bakal tauliah)
So cabaran dekat situ sebab kemungkinan besar kitorang ni tak diendahkan pun because kitorang takde pangkat. Pastu level adik adik lak tu Yang nak tauliah ni semuanya lahir tahun 95, 96. Tahun 88 pun ada. Yg lahir tahun 98 takdepun. Kitorang je le 98 tu.
Tapi tapi tapi
Thanks God dorang hormat. Alhamdulillah. In fact, sampai habis hari pentauliahan dorang panggil kitorang Puan. ((Gelaran puan adalah untuk yg dah tauliah))
So sepanjang 5 hari pentauliahan ni, macam macam yg kitorang belajar. And the most precious thing is - bonding antara Alpha, Bravo, Charlie tu makin kuat. Bonding dengan pegawai pegawai atasan pun sama. Mana nak cari masa membawang dengan pegawai atasan kalau bukan waktu waktu macam ni.
Waktu ni jugaklah aku nampak friendship tu makin kuat. Hari hari, everyone akan cakap
"Eh kau ok tak?"
"Takpe kita buat sesama."
"LO cemana harini? Serabut lagi?"
"Unit korang cane? ok tak?"
"Puan ok? Nampak penat je ni?"
And everybody akan comfort each other dengan cakap
"Takpe. Sikit je lagi. Lepasni takde dah."
Rindu. Serious rindu. Sebab dengan majlis ni, semorang dapat eratkan hubungan. Semorang ada for each other. Senang cerita we share all the pain and the joy together lah. Huhu. Kalau sebelum ni nak bergurau dengan Tuan Puan macam nak masuk kandang harimau. Sebab takut teruk. 😂 Tapi sekarang kalau jumpa tepi jalan tu dah takkan lari buat buat tak kenal dah. Yg akan ada cuma bertepuk tampar bertumbuk manja je nanti.
Deep in heart, aku bersyukur jugaklah majlis ni buat kat Usim. Sebab selain daripada penat, baaaanyaaaaakkkk sangat benda baik lain yg berlaku.
Aku rasa macam dah panjang gila ni mohon bertabahlah eh baca.
Last word, semoga hubungan yg terbina tu akan tetap akrab sampai bila bila. *euw tiq you sound so cheesy.
Doakan kitorang, Alpha 10 kental hati untuk tauliah tahun depan.
Semoga Charlie 09 dapat bear dengan kitorang. Hehehe
Semoga Delta 08 turun lah 2 kali sebulan ke jenguk kitorang kat padang kawad. ✌
Semoga tuan puan pihak atasan tak pernah jemu layan kerenah kitorang yg macm macam ni. Huhu #spreadlove
So aku tamatkan entry ni dengan beberapa keping gambar yg aku ada. Semestinya lah gambar gambar LO kan. Sorry unit lain I takde gambar korang.
Oh lupa, semoga tak muntah baca panjang panjang ni.
Presenting LO korang yg lawa lawa kecuali aku |
Ni LO Alpha yg gila gila level dewa. |
Ni pegawai tauliah usim a.k.a pegawai Charlie baru. 😌 |
Ni je gambar AlphaXBravo yg ade. Huhu |
Ni anak anak UMP guwe. Tak semua ada sebab ada lagi yg tak sampai. |
Malam dinner dengan best cadet |
Gambar pakai uniform is a must! |
Ni lah gadis gadis logistik tew. 😏😏 p/s : sorry i ada gambar you guys yg ni je. |
Just to inform yg kitorang masuk newspaper yeay! Article kanan atas. Kbye. Adios people. I need to sleep. |
Aconbe0chond_me Ashley Lee download
ReplyDeletemakilbade