Skip to main content

SISPA Fam ❤

Assalamualaikum...

After hesitating like 100th times so

FINALLY HERE I AM EVERYONE!!!!!

I haven't updated a single entry ever since September. Jadinya dah boleh tiup habuk yg menggunung tingginya ni. *Fuh* *acah acah tiup habuk

Sebenarnya banyak kali dah aku buat percubaan nak tulis entry baru tapi writer's block memang betul betul jadi sampai aku hilang point nak tulis apa. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

So yeah without further ado, jom kita start. *baca ala ala gaya khairulaming nak start video masak*

Its been 3 semesters already. ((current semester tak habis lagi tapi takpelah kita kira habis jelah ye. )) so it means dah 3 semester jugaklah aku terjebak dengan badan beruniform.

In the first place, aku taktau kenapa aku masuk. Mungkin sebab nak dapat privilege yg kononnya budak badan uniform confirm dapat kolej so takpayah cari rumah sewa dah. But at the end of the day, here I am, duduk menyewa jugak. So a little advice for the juniors, betulkan niat. Masuk sebab minat jgn masuk sebab privilege. Nanti jadi cam aku, awal disember isytihar perang dengan Pusat Perumahan Pelajar (PPP) sekali eh tetibe jadi Out Campus Student Secretariat (OCSS) under PPP. 🌚🌚🌚

Tulah orang kata jangan benci sangat nanti berjodoh. Jadi siapa yg ada crush tu tolongla benci crush korang sebenci bencinya. Manatau nanti terjodoh ke en. Eh eh eh 😉😉 #selingan.

Dekat universiti, aku join SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam). Senang cerita JPAM lah. Haa yang tangkap tangkap ular tu. Tapi........

Sebenarnya banyak je benda lain yg JPAM atau nama terbaru dia APM (Angkatan Pertahanan Awam) buat. Bukan setakat tangkap ular je. Buat korang jatuh hati pun ye jugak. Eh tiberrr 🌚🌚🌚

Macam aku cakap, in the first place, aku masuk sebab privileges yg ada. Tapi.. Lepastu aku rasa the strongest reason why aku join SISPA adalah sebab aku nak tebus balik kekecewaan tak dapat sambung medic dulu. Acewah. Takdela sebab SISPA pun ada ajar jugak cemana nak tolong org etc, so ada lah kena mengena sikit sikit dengan medic tu. Tapi takdela sampai tahap boleh bedah orang segala bagai. Balut balut sesikit tu bolehlah. Balutkan mulut makcik bawang pun boleh. 😌

Aku taknak cerita banyak pasal SISPA ni kalau nak tau masuk la dulu. Takpun untuk junior USIM ada rezeki aku naik sem 5 nanti kita jumpa waktu minggu taaruf. Aku cerita banyak sikit. Tapi tu pun insyaAllahla kalau aku tak gantung baju hekhek.

So mula mula masuk, aku masuk bertiga dengan roommate aku. Iffah, dengan Asyiqeen. Tapi sayangnya Iffah tak dapat join kitorang tauliah since dia pindah, sambung belajar dekat Mesir. Makanya tinggallah aku dengan Syiqeen berdua je kekal sampai tua. Eh sorry terquote lagu orang.

So throughout the year, makin lama, kitorang makin rapat sesama kitorang. Yelah sebab setiap sem ada exam praktikal dengan kawad so waktu tu dia pecah ikut kumpulan maka berkenalan lah semua org dengan org lain. And setiap sem akan ada kursus so kau rasa?  Aku boleh kata, SISPA ni family kedua yg aku ada lepas family NeonX particularly, IchemTech generally.

Kalau ikutkan kitorang tauliah dengan 60++ orang tapi makin lama makin hilang sorang demi sorang. Aku tak ingat siapa yg keluar dulu tapi yg aku ingat 60 orang tu yg agak lama bertahanlah. So waktu first year dulu, ingtkan bolehla tauliah dengan 60 orang, tapi Iffah dah pergi dulu tinggalkan kitorang dekat bumi Nilai ni.

Hujung semester 2, Farhana Zainal pulak ikut jejak langkah Iffah. Tapi yg tu kitorang faham, sebab dia ada komitmen lain yg dia kena utamakan. Sebabkan SISPA ni dua tahun je so ingatkan Farhana tu yg terakhir dah keluar. Baru nak happy tauliah dengan 58, rupanya Adiq pun nak ikut keluar jugak. Tapi takpelah Adiq demi masa depan cerah so kitorang relakan walaupun lelaki dah tinggal 8 ketul je. *tsk tsk*

Bagi aku sendiri, sem 3 which is waktu tahun 2 ni, sem yg paling mencabar lah kut. Sebab tahun ni aku pegang jawatan. Dan sesungguhnya aku kalau boleh nak elak, tapi Allah dah pilih so kena teruskan walaupun serious aku rasa aku macam tak membantu langsung. Langsung langsung.

Betullah, bila jadi pemimpin, banyak ragam yg kita akan jumpa dan yep, aku punya reaction towards that people cam lambat gila weh Allahu aku rasa nak penuhkan entry ni dengan rant diri sendiri! Sorry teremo.

Dahla kita sembang sikit je pasal ni tulis bebanyak karang korang bosan. So kita pergi kat memori manis manis jelah ye. Bagi aku antara benda manis yg jadi adalah dari pengurusan tu sendiri. Waktu Alpha ( first year) kitorang ada mummy je,  garang sikit tapi lembut banyak. Dan aku rasa mummy yg ni yg buatkan kitorang boleh endure all the pains and still smiling to each other up until now. Sebab aku rasa kalau nak diikutkan ramai je lagi yg nak drop, tapi tak jadi sebabkan ada mummy(s) yg garang tapi baik ni. Somehow, dorang dah bentuk kitorang jadi something yg aku sendiri takleh describe. Kalau nak tau datangla usim tiap hari rabu tengok kitorang berlatih okay.

Naik second year, kitorang ada mummy dengan daddy. Bagi aku, bila naik second year, mummy daddy ni tak garang, tapi tegas. Dorang ajar macam mana nak toleransi sesama manusia. Dah macam falsafah kau. Kalau waktu first year dulu mummy(s) ajar macam mana nak handle the pain, kalini mummy daddy ajar macam mana nak handle the human. Aku taktau orang lain aware ke tidak tapi aku rasa sangat. Sangat sangat. Mungkin sebab aku dah mula pegang jawatan kut so benda sekecik tu pun aku dapat rasa effect dia. So untuk mummy(s) time Alpha, thank you so much. Tanpa mummy(s) semua, kitorang takleh berjaya sampai sini. Untuk mummy(s) and daddy(s) bravo (( oh lupa nak cakap bila naik tahun kena tukar nama kompeni sebab ada junior wkwk)) thank  you so much sebab lembut gila dengan kitorang walaupun 57 kepala ni ada macam macam ragam, especially yg tengah tulis ni. Dan jangan serik jaga kitorang sebab ada lagi satu sem kena hadap ragam ragam kitorang ✌

Selain tu, pentadbiran pejabat pun tak kurang jugaklah weh. Sporting gila selalu turun tengok kitorang berlatih kawad. Padahal waktu tu boleh je balik rehat, tidur ke ape ke en, tapi dorang pilih untuk tengok kitorang punya latihan. Pastu kalau silap ke ape ke betulkan. Halamak sis tak bolehla orang baik baik cemni 😭😭 JL pun samaaaa. Baik gila allahu. Ada satu JL ni aku idola teruk. Sebab dia punya pengalaman tu precious gila weh. Kalau satu hari nanti aku termasuk JPAM ni sepenuh masa, memang dialah antara sebab kenapa aku masuk.  Tapi sayangnya, Puan Nik, one of the 'pentadbiran punya staf' dah tak dengan kitorang dah. 😭😭 Katanya cuti rehat kejap tapi taktau la kejap ke lama. 😭😭 Memula tu kitorang ingatkan nak sambut birthday, penat je nyanyi lagu birthday rupanya nak sambut farewell alah alah. Aku of course lah sedih sebab waktu kitorang jadi LO dulu, Puan Nik yg jaga kitorang so kitorang rapat jugaklah dengan dia. Pastu waktu pegi gemecheh pun Puan Nik banyak gila cerita pasal hiking kat aku since aku minat hiking tapi takut nak pegi sendiri. Dengar cerita dia seriously boleh buat kau nak pack barang malam tu jugak pastu lenjan je mana mana gunung terus naik atas. Tapi tulah semua tu dah jadi kenangan dah. Hm

Benda paling manis yg jadi mestilah bonding kitorang. Tuhan je tau betapa aku sayang family kedua ni. Bersyukur jugaklah sebab Allah letakkan aku dalam tempat ni. Dari sini aku kenal kawan dari fakulti lain. Yelah fst kan ceruk so mana nak berkenalan sangat dengan orang luar. Asyik asyik tengok asid, base, pastu buret, buat titrations sampai berbelas kali sehari. Mana nak sempat jumpa orang lain. Ok tak tipu je aku yg introvert sebab tak pergi kenal orang. Tapi betullah SISPA ni banyak betul kasi pelajaran dekat aku.  Kadang kadang tu aku boleh belagak sikitla cakap dekat junior

"Haaaa saya ada kawan dari course tu."
Takpun

" Kenal tak senior ni? Kitorang sama sama SISPA."

So ada modallah aku nak cerita kalau junior tanya

"USIM ada kos apa je?"

"Kos selain kos akak ( akak?) macam mana? Tau tak?"

Aku boleh la cakap sesikit. Sebab aku tahu daripada dorang. Selain tu lagi memang bonding takyah cakap lah. Tiap hari rabu tu ada je benda nak dibahankan. Tapi sikit sikit tu nampakla ada lagi assobiyah tu tapi yelah manusia kan tak perfect, yg ramai ramai ni lah yg akan tutup all the imperfections tu.

Aku suka tengok ragam member member waktu nak exam kawad, praktikal dengan teori. Waktu tu lah semua orang nak kalut. Lagi lagi time nak buat ikatan tu gigih bawak tali kasut sukan sendiri pastu practice sebelum guna tali betul 😂😂😂 Kadang kadang tu sambil tunggu turn nak pergi exam pun boleh lagi membawang. Sembang tak ingat dunia sedar sedar je group dah kena panggil. 😌 Paling best part last lah sebab bila habis exam je wajib tangkap gambar pastu post dengan caption #doneexam. 😂😂😂 ye ye aku pun salah sorang jugakla halamak ni tengah gelakkan diri sendiri ni.

Tapi sayang gila sebab tahun ni aku tak sempat praktikal dengan dorang yg lain. Ada priority lain kena pergi. So aku exam praktikal sorang sorang lah. Takut dia takyah nak kata lah sebab hari aku exam tu ada exam teori, so boleh kata aku patutnya kena study double dari org lain tapi hakikatnya hmmm aku... sikit pun tak study pasal praktikal. 😌
So kesimpulannya, exam praktikal aku kelaut. Moga moga still dapat A lah Aamiin. Tapi taubat aku takkan nak dah exam praktikal sorang sorang. Weh hilang semua point yg aku nak cakap weh sebab waktu tu cuma ada kau dgn penguji je. Kawan semua takde nak back up. Nasib baiklah waktu aku tu aku tarik Syiqeen sekali so that ada lah back up. Thanks Syiqeen I can never repay that. ❤

Sebenarnya banyak gila lagi yg aku nak cerita tapi tulah panjang panjang siapa je nak baca, dahla orang melayu ni malas membaca. *burn baby burn 🔥🔥🔥* Since aku takde waktu hari last haritu sebab aku pergi exam praktikal. So aku tinggalkan sikitla speech yg aku dah lama teruk nak cakap, tapi tak tercakap.

So guys, if you ever read this, finally we ended a semester. One semester to go, and I believe we all can do it very well! I am so much sorry that I can't handle you guys well. Sorrylah busy dengan macam macam benda sampai korang kadang kadang ter'ignore'. Banyak. Bukan sikit.  Sorry jugak bcs I am not the true leader yg korang boleh contohi. Aku tak baik pun, yg tu jgnla tiru but if you ever found something yg boleh ditiru, so yeah ikutlah. But I think there's none lol. Aku sayang korang Lillah. So harapnya 57 orang ni tak terkurang dah. Moga kita semua dapat sama sama tauliah akhir sem depan. We have like  100 more steps to go. We're have only one quarter left to finish this thing. So lets do this together 💪
Sorry ah nampak poyo sikit speaking tapi to be truth, aku tak reti nak cakap acah sweet camni ikut bahasa melayu. Pelik jadinya karang.

Untuk mummy daddy and semua pegawai, terima kasih lah sebab bertahan dengan kitorang yg entah apa apa perangainya ni. Terima kasih ajar kitorang macam macam. May Allah bless you guys, always. And untuk jurulatih yg ajar kitorang pun, May Allah protect you guys wherever you all go. Thanks bagi ilmu kat kitorang free free je.

Untuk bravo, baca balik yg atas aku dah cakap banyak gila. Tapi satu last, sorry tak jadi penolong macam yg korang harap. Next sem kalau ada calon lagi sesuai boleh gitau eh nanti aku mintak tukar. Sorry jugak Bul tak tolong kau banyak. Tak tolong sakit kepala sama sama fikir pasal kompeni, pastu selalu lambat tau pasal issue kompeni.

Sorry dari hujung beret sampai hujung kasut boot. 💅 ✌

Untuk Alpha, treat member kompeni korang macam family sendiri, lepastu korang taulah apa tu maksudnya kenangan manis. Pastu jangan nyerah awal awal. Rasa dulu macam mana kolam sarimah. Rasa dulu macam mana kena pumping atas tar waktu tengah panas, rasa dulu macam mana perasaan pakai baju SISPA sebab korang tak dapat lagi lol 😆 lepastu kalau nak keluar, keluarlah. Tapi aku nasihatkan tak payahlah. Alah burn tu sikit je. Aku pun burn sampai sekarang taktau bila nak baiknya tu.

So ni aku selitkan sikit kenangan kenangan yg ada sepanjang aku join SISPA ni.

So belakang tu ada mummy(s) time Alpha dulu. Saje datang jenguk anak anak. Btw, inilah 8 ketul jejaka yg aku cakap tadi tu. 

Half of the bawangssss

Ni current gambar dengan Tuan Baith. Actually waktu ni kitorang kena buat assignments and the assignments tu yg depan tu. Agak agak boleh masuk architect tak lepasni? 

So ni jiha, one of the  schoolmates yg aku tak sangka dia masuk SISPA jugak. So mana mana yg kata SISPA semua burn tu boleh amik Jiha sebagai contoh ye sebab muka dia tak burn pun cantik macm biasa. 

Ni puan Nik. Nak surprise dia je dgn aku aku sekali bertepung. Siap bau telur lagi tu 🌚

Lepas 11 kali kena ulang "faham cik" dalam kawad. 

ni baru simulasi dah kemain tersepit kalau bebetul cane? Btw ni waktu kitorang punya simulasi tetibe sebab kitorang taktau pun ada simulasi ni. Sampai je depan Alpha tepuk tangan. Kitorang pun taktau la kenapa sebab padahal kitorang main belasah je buat cemana pun. 

So this is Syiqeen, the one yg selalu ada dengan aku the whole year. Nah mini heart ❤

Baris pagi first. Sumpah sampai sekarang aku benci baris pagi and aku rasa baris pagi cuma nak pastikan yg kau ni morning person je. Sorry ter'judge' pulak. 

Ni waktu Alpha. Waktu ni yelah semua innocent. 


Macam aku cakaplah, lepas exam confirm amik gambar. Waktu ni taktaula apesal Genji sangat memasing punya pose. 

Ni waktu kem. Waktu aku mula mula rapat dengan semua. And waktu aku mula mula kenal ape tu kolam sarimah. 🌚

Yg tengah tu Iffah. Yg aku kata dah fly Mesir sekarang. 

So nilah mummy and daddy baru.. Bersama tongkat baru ala ala harry potter cuma takleh bawak kitorang pegi hogwarts je hm


So finally, doakan aku dengan kawan kawan sempat tauliah tau. Doakan jugak semua kuat, physically and mentally sebab lepasni nak kena selamatkan orang pulak. Kalau kitorang tak kuat sape lagi yg nak tolong kuatkan. Thanks for reading peeps. ✌  Sorry if its too bored.

P/s : Kalau ada suggestion pasal tajuk entry boleh gitau eh sebab aku benak sangat nak fikir tajuk ni hm. 







Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb