Skip to main content

Degree pt 4 Completed!

Assalamualaikum...

Eyyo peeps *lambai tangan*

Finally Im halfway through my graduation day!!! 🎉🎉🎉🎉

I just can't put into words on how much Im grateful that this loooooong semester has finally ended. *insert emoji paling gembira*

So semester 4 means aku habis second year yihu. Second year aku ((atau sophomore year kalau nak ikut bahasa omputih)), boleh dikonklusikan sebagai tempoh ter'busy' bagi seorang Atiqah.

Aku sampai macam tak sanggup nak pusing belakang dan recap balik semua hari yg aku dah lalui. Kena pulak sekarang aku tengah menaip sambil dengar lagu sendu, lagila aku taknak throwback, buat nangis je nanti. Tapi somehow, aku nak jugak throwback so that the future me can be proud of herself. Elelelelle ni semua sebab lagu tau. Sebak pulak aku tulis ni ha. 💆

So first thing first, aku bersyukur sangat sebab aku mampu beli motor sendiri CASH! hehehehehe walaupun guna duit pinjaman ditambah lagi dgn pinjaman dari kakak aku tapi takpelah aku nak claim jugak aku berjaya beli motor. Hehehehe walaupun bukan Ysuku tapi okaylah mampu bawak aku ke mana mana ecewah. Padahal aku nak pegi servis motor pun suruh orang bawakkan hmmm.

Nah la aku payung ciked gambar motor 😆
Motor je tau kereta tu housemate aku punya.

Since aku selalu busy so memang berguna sangat sangat sangat la motor ni alhamdulillah ❤

Korang, aku nak tauliah dah! 😊😊
Weh tak sangka weh 2 tahun aku endure duduk dalam badan beruniform. Tuhan je (dan beberapa orang) yang tau betapa koyaknya aku hadap semester terakhir koko ni. Daripada kena pergi kem waktu cuti (tapi ni okay lagi) sampai kena berlatih untuk KKU (Kawalan Kehormatan Utama), kena berdiri tegak berjam jam sebab tunggu VIP, sampailah kemuncak dia bila kena pergi 2 kursus serentak sepanjang 10 hari. Know what's the worst?

KURSUS TU USED UP ALL OF OUR MID SEM HOLIDAYS.

Pastu kursus tu lah kursus yg paling banyak problems kitorang kena hadap. Imagine korang tak balik lama dah pastu kena pergi kursus pastu kena hadap masalah time kursus pastu bila balik semula ingatkan semua derita tu dah habis tapi tak lagi, sebab ada assignment uniform lagi kena settlekan. 😭😭😭 Ya Allah aku tulis ni pun aku rasa nak nangis.

Aku koyak teruk weh, alhamdulillah Tuhan hantar good people untuk motivate aku balik. I can't thank Him enough. Alhamdulillah. ❤

So minggu depan aku ada lagi satu kursus, lepastu tauliah. 😇

Presenting bakal tuan dan puan anda.

Sorrylah aku hilang pulak gambar pakai uniform. 

Aku rasa, sem ni paling gila untuk aku. Bayangkan sem ni saja aku ada 2 program besar under OCSS. Aku ada mention dalam entry degree sebelum ni ape tu OCSS. So godek balik okiess.

First of all, aku organize Futsal Piala Pengetua. And then yang paling gila di antara yang tergila adalah

AKU ORGANIZE E SPORTS WEH! E SPORTS!

Bayangkan 30 Mac aku organize Futsal, pastu aku pergi kursus 10 hari pastu bila balik aku ada exactly 2 minggu sebelum E-Sports aku start which is 20 April.

Allah aku sumpah tak kuat, nasib baik aku ada crew yang hebat hebat belaka. Both crews untuk Futsal and E- Sport berbeza, tapi dorang besttt gilaaaaa!! Im so touched! Paling aku rasa seram part E-Sport lah, sebab my partner and I cuba nak buat yg extraordinary punya E-Sports. Kira bukan taraf dalam kampus jelah. And we did it! Tapiiiiiii

Semua tu datang dari usaha yang gila dia level 100 kut aku rasa. Paling banyak usaha of courselah partner aku, Liyana. Sepanjang aku kem dia lah yg cover semua. Sumpah aku syukur gila ada dia tolong aku. Dari pergi uni lain nak tengok dorang handle event sampai pergi deal dgn sponsors and etc, semua kitorang buat dulu basically, pastu baru pass kat anak buah. Ni first time aku kerja dgn ramai lelaki and alhamdulillah aku boleh buat 😊

So there you go crew E-Sports. Futsal punya aku tak ingt gambar aku letak mana. Tapi korang pun terbaik gila I love you guys 3000 ❤ (elelelele exaggerate je lebih dia ni)

See, ramai en lelaki. Aku terkejut aku boleh kerja dengan dorang ni hm

Aku rasa, sem 4 aku busy sebab ni saja. Sebab 2 event ni take up almost half of my semester 4. Oh tak dilupakan juga CSR aku under SISPA. Walaupun kitorang baru jumpa tempat CSR 3 hari sebelum program tapiiiii best gila I told ya. Aku rasa nak ulang semula sebab best. Mungkin sebab aku suka program yg pergi sekolah so aku buta terus bila dapat buat CSR kat sekolah.

Benda yang paling aku terkesan sekali waktu dekat sana is.....

Ada sorang budak ni nama dia Wasim. Taktaula dia betul ke tidak gitau nama dia kat aku. Takpe tu semua tak penting. Memula aku tengok si Wasim ni memang nampak la macam budak baru nak membesar. Jenis yang nakal - nakal sikit (hm banyak sebenarnya). Dorang sekolah agama so Wasim ni jenis yang nampak macam terpaksa pergi sekolah macam ni. Aku boleh relate sebab aku asal dari background yg sama, and budak sekolah aku dulu pun ramai je centu. Tapi apa yang buat aku terkesan sangat, sampaikan aku marah diri sendiri sebab too quick at judging people adalah jawapan dia kepada soalan aku. So soalan aku berbunyi macam ni.....

Aku: So lepasni Wasim taknak sambung amik SISPA ke? ( aku tryla promote sebab aku pergi under SISPA)

Wasim: Saya nak pergi DQ (read: Darul Quran) kak. Kat sana takde badan uniform. *sambil senyum segaris*

Aku terdiam kejap. Tak lama lepastu aku senyum. Sumpah, aku bangga gila dengan impian dia. Pastu aku sambung lagi tanya.

Aku: Wasim dah hafal berapa juzuk?

Wasim: Dah bla bla juzuk. (Aku tak ingt berapa tapi dah banyak dah)

Aku terus rasa macam ada batu hentak atas kepala aku. Macam warning dari Tuhan tu straight datang sedebuk kena tepat atas muka aku. Allah, sumpah waktu tu aku rasa Allah tegur aku direct - supaya jangan judge orang ikut suka hati aku. I learned a lot from a 16 year old boy.

Korang, sama sama eh kita doakan dia dapat masuk DQ. Aku rasa kalau aku jumpa dia balik ni dekat DQ aku nangis kut sebab dia dah berjaya capai cita-cita dia. *lap air mata*

So nah aku belanja sikit gambar group aku. Ha btw Wasim tu group aku.


Team Malu Apa Bosskur. (Btw Wasim yg keempat dari kiri, berdiri)

Ok so asyik busy je en, takkan tak study langsung. Yes aku study. Dan semester 4 ni lah yg paling mencabar. Selain daripada kena exam lepas raya, minggu 14 pun seram jugak. Bayangkan minggu 14 yg minggu orang dah rilek boleh balik kampung tu, kitorang ada 3 presentation lagi yg tak settle. Dahlah last day presentation hari Jumaat. So memang bebetul dugaan lah bagi aku. 3 malam beb tak tidur semata nak settlekan poster and written report untuk mini viva.

Aku. Punya. Mata. Kalah. Mata. Panda. Dah.

#sorrypandaIwin
#youneedtotryhardernexttime
#ifitwas5daysstraightIthinkIwouldbetherealpanda

Tapi aku suka sebab kitorang buat activated carbon sendiri. The whole process was so exciting. Aku teruja roks time first first tu. Sebab macam hands on lab session, kita tentukan method kita, buat research dari journals pastu play with the industrial apparatus and equipments, AKU SUKA GILA WEH. RASA NAK BUAT ACTIVATED CARBON HARI HARI!

Sorry gambar gelap sikit. Kalau perasan cylinder kat belakang tu, nama dia furnace tube. Dalam tu kitorang letak  char untuk dia undergo chemical activation sebelum jadi activated carbon. #chemistryisfunmate


Untuk subject yg aku amik sem ni pulak aku boleh kata some are killing me inside out, and some are not. Tapi aku boleh menulis ni means aku survive lah hehehehe. Sorry killer subjects, I've made it through, alive. ✌😊

Aku dah muntahkan segala apa yg aku belajar dah haritu. So tinggal tunggu jelah result yg bakal keluar. Korang doakan aku dapat result okay eh sebab aku nak capai 3.5 sebab taknak bayar pinjaman 😆. Nanti dia akan convert jadi scholarship kalau aku lepas 3.5 untuk cgpa. Tolong eh. Thank you in advance 🙇🙇🙇

So kesimpulannya, semester ni banyak ajar aku tentang kehidupan. Yang mana in the future, banyaaakkk lagi benda kita kena hadap and kena fight. Luka tu biasa, tapi macam mana kita bangkit dari luka tu, that's the best. Itu yg akan corakkan macam mana kita di masa hadapan. Semester ni jugak ajar aku untuk challenge diri sendiri. Keluar dari comfort zone, macam yang aku buat untuk E-Sports. Who would have thought  that E-Sports organizer were  girls. Aku pun tak sangka aku boleh buat. Tapi of courselah dari sokongan orang sekeliling. Aku kena bagi credit dekat Artistict Gaming Gadget (AGG) jugak as kitorang punya co-organizer. Smooth beb dorang handle.

Aku pun banyak sangat belajar dari orang sekeliling. Aku taktau macam mana nak expresskan gratitude aku sebab orang orang sekeliling aku semuanya hebat hebat belaka. 👍

Terima kasih Tuhan sebab selalu temukan aku dengan orang baik baik.

Sem 4 aku penuh duri - bukti life isn't a bed of roses. Memula yes, tapi lama lama terasa duri tu menyucuk. Sakit, tapi dari sakit tulah kita bangkit. Stress, tapi dari stress tulah terciptanya satu memori indah, (walaupun ada kala pahit) yang akan sentiasa kekal dalam ingatan.

Percayalah, kalau sophomore year korang masih lagi satu nada, lurus tak bersimpang siur, you have miss something so damn valuable - experience. Kalau sophomore year korang macam aku, atau lebih teruk dari aku then congrats, tahun depan kita jadi biasa biasa balik. Huhuhu

Lastly, untuk yang sanggup stay dan baca sampai bawah, thank you. Koranglah sokongan yang aku cakap tadi. Sebab kalau tak siapa lagi nak dengar bebel aku kan 😈😈

Sorry panjang. Halah korang macam tak kenal aku kan. Suka tulis panjang panjang. 😆 Have a rest peeps. Aku janji nanti aku sambung balik tulis PPBU YBR part 2. ✋





Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb