Skip to main content

Degree Pt 5 - Paling Sakit Setakat Ini

Assalamualaikum.....

Hi peeps 👋👋👋

I didn't write for months and it feels good to come back here. *tiup habuk

As usual, this gonna be my summary of the whole semester 5. Weh semester 5 already doh!!! Im scared!!!

Warning!
Im going to write my own experiences and reflections so if you don't wanna read so there's still time to hit on the home button. Thank you for dropping by ✌ #jangankatasistakwarning

I am in my junior year already guysss!!! 💃 but -

Little did I know this junior year would be my breaking point. :')

Mula mula excited teruk nak hadap semester 5 because as a science student, we need to do research and read a lotttsss of journals. And my dumbass self were so excited over those things during the very first week of semester 5. I always thought yg reading journals is so calming tapi I lupa yg science journals are full of science jargons ((read: scientific words)). So dia jadi susah to the point I almost give up with the proposal and article which we currently work on.

Semester ni best sebab I take eight subjects but I only have 4 papers for final examination. Yang lain tu dia kira markah based on assessments. So, assignments pun berlambak macam ombak yg datang ke pantai. Tak henti henti. ((Fuh kemain analogi)) but that is the truth. Takde satu minggu pun yg kosong dari assignments. Istg, if I were to repeat all over again, I dare not to.

Semester 5 out of 8 semesters, I would say that this is the toughest semester at the moment. Because I don't know the future. I cried a lot, fail a lot, fall a lot and stress a lot.  However, God have been so nice to me that He surrounds me with angels. He sent people to comfort and advise me whenever I passed my breaking point.

Semester ni dah slow sikitlah all the outside classroom activities since I lessen my commitments. So adalah masa bertenang buat assignments hehe. Tapi penat jugak because I need to train my junior. Remember I told you guys yg I dah tauliah? So lepas tauliah I need to teach the juniors, help them refreshing all the syllabus, make sure everything would run smoothly and paling penting, tolong dorang untuk kursus.

Rasanya my whole semester 5 dah occupied dengan SISPA and haaa not to forget, my own GISO program. #doakankamidapatpergitaiwan🙇
Because sekarang kan ada virus outbreak so it almost ruin the whole program. But we insisted on going. Hehe

Okay so enough with the bad experiences. We move to the good ones.

Actually banyak je benda best berlaku semester ni. I pindah rumah sewa baru!!!! Of course it is wider and fully occupied compared to rumah lama and I am so satisfied even though kena bayar mahal sikit hehehehehe.

Pastu lagi I took one subject which is Honour Seminar. So kelas ni jarang ada tau because we have to read journals and then compose an article (yg I mention kat atas tadi). For the last few weeks before study week tu kitorang ada presentation. Biasalah student Ichem. Bila je minggu 14 dorang kosong. huhu setakat ni takde lagi la.

We were running out of time tau so nak taknak we need to finish all of the presentations on that day. Bayangkan ada 15 groups if im not mistaken, and each group was given 15 mins to present. Tak pernah terbayang yg kitorang would have a veryyy longgggg day, uhm longg presentation to be accurate. Sebabnya we started at 4pm and we were done at 10 pm.

6 HOURS WEH 6 HOURS!!!!!

Tapi part paling best is that my lecturer, he supported our 'minum petang' and ordered pizza for each group. Kenkonon untuk dinner la. Weh sumpah terharu weh even aku puasa on that day so tak dapat nak rasa minum petang tapi I was so satisfied. Tak kisahlah presentation lama pun I is okay je hehehe. Tapi barai gakla actually 😅

Pastu pastu, untuk electrochem punya class pun best sebab subject tu elective and fortunately kelas ni semua perempuan and lecturer pun perempuan! #girlpower

So best gila sebab my lecturer ni dia creative tau. Dia pick random person untuk sharing moment. Pastu assignment pun best takla typical written assignment. Kitorang kena buat scrapbook weh 😂 throwback zaman sekolah dulu. Tapi sekarang lagi creative la hehe. Pastu last class ada makan makan hehe.

Kelas instrumental chem pun best sebab mantan vice chancellor yg ajar and kena buat video pulak so creative roks! 😂😂😂 oh lupa nak mention. Untuk presentation honour seminar tu pun actually we played a role as an investor. So presentation tu macam nak yakinkan investors untuk invest dalam company kitorang. So every each of us has RM10000 (tapi bayangan jela 😂) so kena invest dekat company yg kitorang berkenan. Dapatlah sembang datuk datuk kejap within that 6 hours 😂😂😂

Pastu I joined seminar kor SISPA IPT kebangsaan. Walaupun tak menang tapi i did learn doh. I listened to the paperwork presentations and it was an eye opener. I learn a lot thanks to the presenters. ❤ Pastu yg paling penting dapat melawat uni org lain sebab benda tu buat dekat UPSI  so I get a chance to melawat uni org lain hehe. Waktu tu kitorang pergi memang sebab nak vacation je so memang vacation onz teruk lah 😂😂 I wont regret a thing except for my laziness to baca all those articles and journals to compose an outstanding proposal huhu.
#prayformythesis
#prayformyfutureresearch
#prayformyviva

I is so takowd 😭 (pengaruh lailer).

Basically my cycle for all these semesters sama je.

Bangun-kelas-assignments-makan-solat-tidur.

Repeatlah sampai habis week 14. Tapi yep, the above cycle was only the basic meal. Apa penambah dia? Of courselah all the experiences.

Ada manis, pahit, masam, pedas, masin gabung sekali jadikan hidup aku penuh rasa dan warna. Tak plain and dull. I admit that my life is already content.

Aku ada kawan yg supportive teruk - yang aku boleh turn to tiap kali aku hadap mental breakdown. Yang sentiasa tak pernah penat bagi kata kata itu ini walau kenkadang tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku je.

Aku tak pernah tak cukup makan walau kenkadang tu seminggu straight makan maggi - tetap kenyang.

Aku masih ada seringgit dua nak masuk tabung masjid bila bila aku singgah masjid walaupun niat utama nak buat assignments bukannya nak hadap Tuhan semata.

Aku masih ada transport - tak perlu tunggu bas lama lama atau jalan kaki.

Aku masih cukup serba serbi walau bukan datang dari anak datuk atau tan sri.

Aku masih ada keluarga yg kasih sayangnya tak pernah berhenti mengalir. Yang sentiasa jadi penyejuk mata dan hati. Yang sentiasa jadi pil untuk aku lupa dari segala masalah. Yang mana bila aku jumpa je terus semua benda hilang, terbang. Yang ada cuma gelak yg tak berhenti.

Paling penting.

Aku masih ada Allah. Yang tak pernah penat bagi peluang untuk aku corak hidup sendiri walau berjuta kali aku tanya

"Tuhan, kenapa aku?"

"Tuhan kenapa berat sangat ujian kalini?"

"Tuhan kenapa harini?"

Alhamdulillah 🌷

Ye mungkin aku terlebih makan asam, terkurang garam kalau nak compare dengan orang lain. Tapi aku tetap bangga, sebab despite all of the mental breakdowns I suffered, I can get up again. Yelah malu do kalau aku mengalah sebab dahla dekat writer's info aku tulis a fighter pastu aku mengalah.

The heck!

Semester ni, aku boleh panggil mental breakdown punya semester sebab ombak dia kuat gila do. Kalau bukan sebab support system yg aku cakap tadi, aku dah hanyut dah. Tapi Alhamdulillah, Tuhan masih baik. Dia datangkan orang baik baik je.

Ini reminder, untuk korang, the readers and also untuk aku, the writer.

Hidup cuma ada satu, tapi pilihan ada banyak. Pilihlah yg baik, maka yg baik akan datang.

Paling afdhal,

Cari jalan. Tuju Tuhan.

Jadi itu cerita semester 5 aku.

Semester korang macam mana?

Smooth teruk atau fuh, teruk! 😈

Kalini takde gambar. Baca jelah bebelan aku.

Fyi, first time aku tulis entry sampai 3 hari. I just lose the sense of writing. Aku perah otak for this medium long essay. Jadi maaflah jika ada discontinuity ye. All the best people. 😇

May the best come to you soon. #maytherightonecometomesoontoo 😇





Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb