Skip to main content

Mid Internship Story: First Month In A Nutshell.

 Assalamualaikum....

Hi peeps. 🤗🤗🤗 

Macam biasalah it feels soooo great to be here again. 😆 Lama gila weh I kind of rindu nak menulis (baca: membebel) lagi. 

I hope you guys are doing good. Please be safe and stay healthy tau sebab aku tak healthy sangat lately hahahahaha. Hari hari redah hujan memang mendapatlah kan. Apa-apa pun, jaga diri ye semua. # pesananpenaja 

Sebenarnya macam pelik sikit lah bila menulis waktu pagi ni sebab aku jarang jarang ye menulis di waktu pagi. Tapi sebab aku tunggu lamaa gilaa nak tulis this one so here we go! (Alahai acahnya lah dia ni) 

Ok kalau korang baca previous entry, aku ada cerita pasal internship. Now, aku dah start dah pun hehe. I promised myself to write a summary for a month, so aku boleh baca balik and ingat semua benda yg jadi. Sama macam niat aku waktu aku tulis entry for every semester tu. Kalau bosan bosan kan aku baca balik and I'll be like "oooo camni ek rupanya dedulu." Dia jadi mixed feeling sebab kenkadang rasa bodohnya diri ini di kala muda muda dulu 😂 pastu in a split second rasa sedih sebab semua benda dah berlalu. Pastu tukar lagi rasa rindu sebab sekarang dah tak sama macam dulu. Pastu rasa bangga pulak sebab berjaya harungi semua badai ombak duri yg ada. 😂 Gittew panjangnya intro aku. 


Ok back to the topic. 


Sedar tak sedar, dah hampir sebulan dah aku jadi intern. Kelip kelip mata je dah sebulan weh 😱 Laju gilaaaa like we really went from Monday to Friday in a blink of an eye. Kadang kadang kan aku rasa macam baru je Isnin, tetibe esok dah Sabtu haaa gittew. 

Kalau teringat balik time awal awal dulu kan, aku rasa kelakar sikitlah. Malam sebelum start intern tu, aku terbangun like every hour sebelum subuh. Sampai termimpi hari first tak datang intern sebab bangun lewat 🤣 Yelah sebab hari first tu aku still duduk sorang. Imah tak masuk lagi time tu. Nervous gila sis 🤣 

Oh lupa nak cerita, aku punya tempat intern belakang apartment aku je and yg lagi kelakarnya dari bilik aku tu boleh nampak terus aku punya tempat intern 🤣 Aku rasa dia nak suruh aku ingat hari hari kut 😂😂 Tapi aku suka je sebab every morning boleh tengok sunrise 😁 Nanti ada masa aku buat timelapse lah. Sekarang pun kan, time tengah tulis ni aku duduk dekat bawah, atas sejadah sambil bertelekung dari lepas subuh. Astu ada cahaya straight terus kena muka weh. Rasa cam berada di langit ketujuh ye 😂 

Ok kembali semula kepada topik asal. Aku punya company ni service company tau. We did several tests. So basically aku hari hari duduk dalam lab. Haaa tulah dulu broken sangat takde lab fyp sekarang hari hari hadap volumetric flask, hotplate, measuring cylinder and etc. 

Jap korang tahu tak service company ni cemana? 

Dia camni tau, imagine korang nak keluarkan produk baru. Kuih raya lah contohnya sebab puasa nak dekat kan. So that kuih raya tu kau nak pastikan nutrition information tu sama dengan yg kau claim. Contoh kau kata takde sugar langsung. Then submit pada my company and kitorang akan run test. Betul ke takde sugar? Aaa gittew.  Faham dah kan? 

So kitorang punya lab ada 4. 

Lab 1: Water department

Lab 2: Water Department

Lab 3: Heavy Metal Department

Lab 4: Food Department 


Haaa so company aku buat 3 test jelah senang cerita. Water, heavy metal and food. Aku bawah heavy metal punya department. 

The first two days tu, kitorang (interns) kena buat competency test tau. Nak tengok efficiency lah kiranya gittew. Pastu kan ada satu ayat dari chemist yg explain kat kitorang tu, memang aku ingat sampai harini. Actually dia tengah explain pasal apparatus. Macam mana dia punya uncertainty and etc. Pastu termasuk cerita sample. And ayat dia camni: 


"Kalau sample contaminate, we all die ah." 

Weh dia cakap santai je tapi aku terhibur teruk 🤣 Nasib pakai mask weh takdelah nampak aku tengah tahan gelak time tu 😂. Pastu lagi satu yg aku respect gila lah this one chemist kan, sebab ni: 

Kitorang bagi reading apparatus untuk dia check sebab nak bagi semua reading tu lebih kurang je dia punya bacaan. Pastuu adalah satu dua kena betulkan and she said "ni maybe terlebih dua drop ni". I was like "How do you even know??!!! you're not even there when we were measuring this thing?!" I said in my mind lah takkan nak cakap depan dia kan? 

Tapi aku mindblown lah di hari kedua intern. 

Kalau working environment, aku suka je. Ok correction, aku love teruk dia punya working environment 😍 Cuma waktu first day aku masuk tu, everyone was so busy doing their stuff. Takde sorang pun yg main phone tau. Aku ulang eh. 

TAKDE SORANG PUN YANG MAIN PHONE! 

Aku sampai nervous nak bukak phone dalam tu sebab aku takut tu polisi company ke ape en takleh main phone dalam lab. Sebab kat uni dulu elok je sesambil tunggu sample main phone 😂 Pastu bila tanya my housemate (dia kerja sekali jugak kat situ) dia kata boleh je nak main phone. So aku cam lega sikitlah. Few weeks after baru la tengok dorang keluarkan phone untuk dengar lagu semua tu. So in a nutshell aku sukalah dengan dorang punya working principle yg mana waktu kerja you buat kerja, waktu rest tu borak la etc gitu. 

Pastuu another benda yg aku terkejut is, company aku tu company Cina ye. So aku expect ramai lah Chinese dalam tu. Tapi tidak ye anak anak. 80% chemist dalam tu MELAYU! Pastu semuanya muda muda je lagi. Ada yg lagi muda dari aku! My mind: 🤯🤯🤯 Even my head of department pun muda setahun dari aku tapi in term of pengalaman memang dia menang lah. So seniority tu takdelah sangat sebab  everyone is so helpful. Tapi respect tu tetap adalah because dorang staff kut aku ni nubis si kubis je.

Kan aku cakap aku ni bahagian heavy metal. Kitorang literally pegang 3 department terus weh sebab semua sample ada. Sample water ada, sample food ada. Kalau macam department food and water, dorang cam specific sikitlah. Water tak sentuh langsung food. Food kadang kadang akan sentuh jugak water kalau ada sample yg  ada parameter food. Tapi heavy metal ada dalam dua dua so kitorang pegang semuanya. 

Sebelum ada intern baru yg masuk satu department dengan aku, aku buat kerja sorang sorang tau. Weh sumpah penat sebab tak terkejar weh. Everything kena timbang pastu digest atas hotplate, pastu kena constantly tengok dia dah siap digest ke belum, pastu kena filter, basuh beaker lagi. Seminggu aku buat semua tu sorang sorang, tapi still aku punya head of department tu tengok tengokkan jugaklah. Penat weh. Aku taktahula cemana dia handle semua tu sorang sorang sebelum aku masuk sebab sebelum ni takde intern yg tolong dia pun. Aku amaze teruk! Dengan nak handle instrument lagi. Memang power lah. 

Alang alang bercakap pasal head of department ni, aku cerita sikitlah. Dia Indian tau. Pastu kitorang kan kalau solat tu boleh je pergi bebila sebab time lunch tu belum masuk waktu. So kalau dah free sikit pergilah solat. And dia akan constantly masuk tau hari hari and tanya aku "Atiqah dah solat?" Aku terharu roks weh. Ada satu hari ni aku cam terleka sikit buat sample. Sampai tak perasan dah 3.45 time tu. Pastu time aku tengah timbang sample tu, dia datang tepi aku and bisik "Atiqah, you dah solat ke?" Aku auto tengok jam weh. Nasib dia datang tanya. Kalau tak centu je aku terlepas waktu 🤦‍♀️ Bersyukur jugaklah walaupun dia bukan Islam tapi constantly ingatkan aku untuk solat, untuk keluar lunch sebab kitorang yg intern ni suka keluar lunch lambat 😂 Pastu balik pun dia akan make sure tengok kitorang dulu ada lagi kat lab ke tak. Biasa aku akan cakap aku tunggu Imah so dia dah fahamlah kalau tengok aku lepas 5.30 ada kat lab lagi. Auto dia cakap "You tunggu Fatimah eh?" 😂 Aku angguk, pastu baru dia akan balik. 

Ha cerita pasal balik ni kan. Ni satu lagi lah yg aku respect pasal working environment kat sini. Sebab kan balik 5.30 petang so memang lepastu literally semorang, termasuk staff akan kena halau balik. Biasanya head of department lah yg akan jerit 

"Eh balik balik! Dah 5.30 dah ni. Buat apa lagi ni?" 

Aku speechless. Sebab biasanya orang akan suruh stayback. Tapi yg ni kena halau balik 😂Kitorang selalu balik lewat tau sebab kadang tu ada sample repeat masuk lambatlah, kadang aku tunggu Imah lah gitu. So selalu jelah balik lambat. Lagipun biasanya staff stayback so takdela kosong mana lab tu. Pastu kalau food punya head of department masuk kan dia akan cakap:

"Korang buat apa ni tak balik lagi?"

"Dah balik balik!."

"Tak siap lagi ke? Dah dah sambung esok. Balik balik!" 

Literally. Everyday. 

Pastu kitorang gelak jelah sebab nak jugak habiskan. 😂 Esoknya bila dia masuk, dia akan cakap 

"Adik adik, harini balik 5.30 tau. Janji? Jangan lambat lambat." 

Pastu kitorang balik lambat jugak 😛 

Tapi bagi aku budaya halau orang balik ni cutelah. 😂 

In terms of kerja, aku suka je sebab bila kerja lab, takde apa pun homework yg kau boleh bawak balik. So bila balik tu memang dah tak fikir kerja lah melainkan kena ingat je besok nak kena buat apa. So aku suka je. Yg aku geram sikit kan, barang barang dia semua tinggi tinggi tau. Aku ni dahlah tak tinggi so memang stress sikitlah time nak amik benda tinggi tinggi ni. Paling tak best sample water repeat takpun sample water yg baru tapi dah susun kat rak. Sample tu sama tinggi dengan kepala aku weh. So bila nak cari number pada bottle tu kan, (sebab kat sini every sample ada number tersendiri) aku terpaksa menjengket. Selagi tak jumpa selagi tu lah menjengket. Penat weh. Aku cerita kat Zack tau pasal aku kena menjengket ni pastu dia cakap "lenkali pakai heels." Aku rasa nak cepuk je heels dekat dia 😂 Tapi thank God staff semua baik baik ye. Sejak dari tu, ada stool dah kat situ hehe. So senangla takyah jengket dah 😁 

Ok staff pulak semuanya baik baik weh. Kalau kau mintak tolong tu elok je dia explain and tolong. Ada certain tu kau taktahu pun dia tolong. Tau tau dia blah centu je. Rupanya dia pergi carikan benda tu untuk kau aaa gittew. Tetibe je eh dah ada kat tangan dia. Tapi aku cakap awal lah eh kalau in case lepas baca ni korang cam tertarik la nak masuk sebab semorang baik uwu pastu kebetulan takde jodoh lagi nak cari lah kat sini. Haaaaa ni boleh slow slow lupakan. Sebab lelaki ada 3 orang je weh. Sorang dekat water department, dua orang dekat food department. Ok adalah sorang lagi kut dekat Microbe punya lab tapi kitorang jarang jumpa budak microbe so aku declare 3 jelah eh. Jadi boleh simpan angan angan tu pastu cari jelah kat uni masing - masing. (Aku pun menyesal sikitla sebab dulu kat uni tak cari pun pastu sekarang pun takleh cari lagi huhu)


Aku punya department, hari hari guna acid tau. So first two weeks tu memang tempoh paling perit lah aku rasa sebab tangan aku always kena acid weh. Sampai menggelupas teruk! And kering. Ada one day ni, time tu aku rushing nak solat sebab dah 3 lebih. Pastu intern sorang lagi tu tengah solat so aku takleh la tinggal sample. Pastu ada sample nak kena digest lak tu so aku settlekan dulula. Kebetulan sample tu pakai concentrated nitric acid. And aku pulak baru lepas potong kuku, and ada cut sikit bawah kuku kat jari telunjuk. Aku kan kidal so cut tu belah kiri and aku pegang centrifuge tube pun belah kiri. Sebelum sebelum tu, aku memang elak lah dari guna jari telunjuk untuk bukak sample ke apa sebab pedih. Pastu time tuang concentrated nitric acid tu, aku rasa dekat belah cut tu pedih tau. Dia macam kau sengaja pergi letak air garam kat tempat luka haaa gitu. Tapi aku ignore jelah dulu. Lepastu aku terperasan dekat jari telunjuk tu ada tiny hole. Means glove aku terkoyak sikit. Maybe waktu timbang sample ke ape ke en aku tak perasan. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Tapi aku teruskan jelah letak perchloric acid pulak lepastu en. Once member tu sampai je aku terus keluar nak g solat, and cepat cepat bukak glove tau. Lepastu jari telunjuk aku dah macam pakai inai dah kuning dia. Macam kau celup dalam iodine. Seminggu lepastu, jari telunjuk aku numb. Tak rasa pape. Huhu cuak gakla tapi now ok je sebab aku pi beli lotion letak kat tangan every night. 😁 

And ada this one time pun, aku guna aqua reagent. Aqua ni bahaya sikit sebab takde campur deionized water langsung. Dua dua pakai concentrated acid. Aku punya head of department dah warning, aqua ni boleh penetrate mask so kena hati hati. Ada sekali tu, aku bukaklah aqua sebab nak pakai en. Bukak biasa je sekali bau dia menusuk hidung weh! Auto member intern tu ganti aku isikan aqua dalam sample sebab aku cam tergamam kejap lepas bau. Haaa lepastu bermulalah chest pain game pastu sakit kepala macam nak pecah. 😔 Tapi sekarang aku dah makin pro lah handle acid semua ni ✌😁 

Ok aku rasa cam dah panjang sangat ni weh. Aku ada terfikir nak buat part 2 tadi tapi malehla pulak so panjang sikitlah. Sorry ye korang. Kalau dah baca sampai bawah ni, satu jelah aku nak cakap: 

정말 고마워요. 사랑해요 🙆‍♀️💜 

Hm rindu pulak nak belajar Korean. 

Ok macam biasa, aku insert sikitlah gambar sebulan intern ni huhu. 

Ha nilah cahaya yg aku cakap masuk terus ke bilik tu

Ni rutin pagi wajib bila berhenti kat traffic light sebab straight sunkiss 😁

Time ni kitorang ada fire drill. Nilah chemist yg aku cakap aku amaze tu huhu yg boleh kira berapa drop terlebih tu

Punya sakan main dengan acid sampai tak sedar labcoat koyak, sekoyak aku kalau tetibe ada sample time nak balik dah 

Lupa nak cakap, kitorang bawak bekal hari hari 😋

Lepas je intern sorang lagi kena highly toxic material, terus kena pakai dua gloves and terus elok je pastu 🤪

Yg ni aku nak tunjuk tangan kering + menggelupas sebenarnya tapi tak nampak. Hm takpelah. 

Ni sunrise dari tingkap bilik hehe

Biasalah di hari pertama mestilah ada gambar kan walaupun realitinya orang kat dalam lab belakang tu tengah gelakkan kitorang duk bergambar kat luar ni

Yg ni lah yg aku cerita tadi. Aku takde amik gambar sebab haritu terus post je kat ig

Pretty much apa yg aku dengan Imah buat hari hari


Haritu pernah hilang sampai aku terfikir nak beli kat shopee dah. Pastu dapat balik and letak nama terus so tak hilang dah 😁

Ni working space aku dengan Imah. Fefeling buat FYP gittew 


Ok dah tu je. So inilah one month of internship in a nutshell. Aku dah cuba sumbat semuanya. Harapnya korang dapat sesuatu lah ye. Bye and have a good holiday peeps. 🤗


Comments

  1. All the best sis for your internship. Btw, I wanna ask regarding PPBU application that you've succeeded before. Sis apply PPBU masa 2nd year kan sebab sis miss masa 1st year. Last year masa first year, i ada mohon and alhamdulillah shortlisted and kena jawab kuiz. Tapi xde rezeki la sebab permohonan x berjaya. So soalan saya boleh ke 2nd year student apply untuk PPBU ni? atau 1st year student je? Sorry out of the blue and thank you. Hope that you gonna reply to my question :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi and thank you 🥰 Ok untuk menjawab soalan awak, boleh je kalau nak mohon lagi. Even sampai third year pun boleh. Tapi ybr akan bagi amount mengikut semester yg tinggal jelah. Macam tu. 😁

      Delete
  2. hi sis may i know you major in apa? and agak agak company ni accept ke intern for diploma students?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii!!! I major in chemistry and yes if you're taking chemistry then diploma students also welcome to apply 😁

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb