Hai Assalamualaikum peeps.....
Kita bertemu lagi di hari baik, bulan baik ni hehe. Salam ramadhan semua walaupun dah ramadhan ke-9 😁
Jangan risau, aku bukan nak tazkirah. Nak sembang je sikit. Kalau korang nak dengar, eh? Bukan dengar. Kalau korang nak baca, sambunglah scroll ke bawah okie. 😘
Sebelum tu, stay safe dan jaga diri ye guys. Covid 19 cases dah makin tinggi sekarang 🤕
Aku nak sembang apa eh ni? Haaa kalau tengok tajuk mungkin boleh bayanglah kan?
Ok kita start.
Awal tahun haritu, ada sorang kawan aku whatsapp, and whatsapp dia berbunyi begini:
"Weh cemana nak move on eh?"
Ok sebelum tu biar aku kenalkan diri dululah kepada yg tidak mengenali ya.
Hai, saya Atiqah, pendengar masalah cinta anda dan kadang kadang memberi nasihat yg saya rasa elok untuk relationship anda. Kalau nak cerita atau nak mintak solution, nanti boleh tulis borang tau. Ok cukuplah pengenalan.
So dah tak peliklah kan kenapa dia boleh tanya soalan centu?
Aku banyak jelah dapat soalan macam tu, tapi aku betul-betul taktahu macam mana nak nasihat orang suruh move on, tapi org yg dia nak move on from tu ada depan mata, setiap hari jumpa. Serius, aku tak reti. Dan aku taktahu macam mana. Kalau dia jauh takpe, aku bolehlah bagi tips sikit sebab aku pernahlah ada pengalaman move on dengan orang yg tak ada depan mata aku.
So untuk member ni pun memang aku terus terang jelah aku cakap aku tak reti and susah sebenarnya nak lupakan orang yg kau sayang, lagi lagi bila dia memang akan selalu ada depan mata korang.
For months, aku cuba untuk cari jawapan. Tapiiiii
Takde. Nehi. Eobseo.
Aku tak jumpa cara. Sampailah semalam. Aku ada kenal sorang ni, dia tengah ada dalam situasi yg sama dengan situasi yg aku duk wonder beberapa bulan ni.
One day, aku straightaway tanya dia
"Weh, kau tak rasa sakit ke tengok dia hari hari, dia datang kat kau hari hari?"
Fyi, dia dah kena reject ya dengan orang tu. Dan jawapan dia, buat aku rasa yes! Itulah jawapan yg aku cari selama ni. At least for now.
Simple je soalan dia tanya aku balik. Soalan dia ceni:
"Kenapa Batman, pilih kelawar sebagai costume dia?"
Aku blur sebab aku mana tengok DC punya cartoon huhu. Pastu dia sambung...
"Sebab dia takut kelawar. So dia pilih kelawar, supaya dia dapat face apa yg dia takut. Lama lama dia akan tak takut dah."
Apa kaitannya?
Ok kaitan dia ceni, dalam kes dia ni, dia hadap jelah orang yg dia suka tu hari hari, layankan je sampai satu tahap, rasa suka tu hilang. Dia face dia punya fear (sebab in this case fear dia is sakit sebab orang yg dia suka dah reject tapi masih rely on him), so in the future, rasa tu akan hilang, dan dia dah tak takut kehilangan orang tu. Waktu tu baru boleh kata
"Aku dah move on dah dengan dia."
Sebab dah takde rasa apa apa. Either dia ada, atau dia takde.
Lepas je aku dengar kan, aku terus cam "wow. Berbulan rupanya Tuhan nak tunjukkan jawapan dekat aku." Walaupun bukan aku yg di situasi tu, tapi bagi aku worth it lah.
Moral of the story ((ceh siap ada moral lol)), pedih mana pun, hadap jelah dulu depan mata tau. Nanti lama lama insyaAllah dah terbiasa dengan tanpa dia. Tapi janganlah hari hari kau pergi tengok balik kenangan lama, ingat balik semua yg jadi, memang berbuih cemana pun mulut orang yg nasihat tu, takkan jalan jugak.
Nak move on ni amik masa. So ambiklah selama mana pun untuk move on. Tapi jangan mengalah pulak. Lepas move on terus jalan depan jangan toleh.
Benda ni bukan terpakai untuk relationship je tau! Semua boleh. Take me as an example lah. Aku dari kecik nak jadi doctor pastu nak masuk degree tak dapat. Berbulan takleh dengar apa apa berkaitan medical, kalau tak aku auto sedih. Tapi tak lama pun sebab lepastu aku setiap bulan ada appointment. Remember my entry pasal gegendang telinga aku? Ha tulah appointmentnya. Setiap bulan aku tengok hospital sampai sekarang dah tak rasa sakit dah pun walaupun sentiasa teringat dan sedikit menyesal tak dapat sambung medic dulu. Huhu
Kalau sambung medic tak jumpalah soalan macam ni yedak? Ada hikmah jugak hehe.
Kalau fikir balik, aku ada je jawapan dia sebenarnya kan? Tapi tak sefalsafah dia lah siap bagi contoh Batman. So takpe aku bagi credit dekat dia lah ek.
So untuk sesiapa yg mahu move on dari apa jua benda dan manusia, kalau rasa bermanfaat boleh try dan sebarkan, kalau rasa tidak, sebarkan jelah sebab mungkin ada yg memerlukan. Hahahahahahaha ((dasar lo clout chaser!!))
Kepada insan insan yg terlibat di dalam ini, saya mintak halal ya cerita sepatah dua 😬
Sekian, till we meet again peeps. Btw tolong doakan aku punya pinjaman PPBU cepat sikit masuk account eh lama sangat dah tunggu 🥺
Salam ramadhan semua. Selamat bertawarikh.
Eh?
Bertarawikh 😁
Comments
Post a Comment