Skip to main content

Degree pt 8 - Unofficially Graduated!

 Bismillah Assalamualaikum people!

Kalini dengan penuh takzim ya aku bagi muqaddimah. Macam biasalah, covid-19 sekarang makin mengganas ye so korang jaga diri bebaik tau. Jangan lupa vaksin. Jangan memilih vaksin. Apa apa vaksin dapat, terima je. Ha paling penting, jangan jadi antivaksin aku sumpah masuk batu belah batu bertangkup kang! 


Maghoh ni maghoh.  Tapi takpelah since aku nak cerita benda best so maghoh kita tolak tepi. 

Pssstttt..... Guys..... 


Aku.

Dah.

Habis.

Degree!!!!!!!! 


Walaupun tak officially graduate lagi tapi kira halal lah eh ✋😙

Finally lengkap semester 8 aku merangkap semester latihan industri. Papehal pun, aku mintak maaf dulu lah sebab sebelum ni aku pernah kata nak tulis blog every end of the month sepanjang internship aku. Tapi most of the time, I cannot afford to write do sebab ni dah jadi macam another escape world aku. I spilled so much in here, much more than what I let you guys read. Ada banyak entry yg aku publish then private, dan tak publish langsung atas sebab personal. Senang cerita blog ni dah macam online diary aku lah agitchew. So sebenarnya every entry tu holds aku punya emotion lah. 

And most of the entries, holds aku punya hideous emotion so atas sebab tu aku rasa tak fair untuk aku menulis. Jadi sorrylah ya lama bethol tak menulis semula. 

Haih dah macam mengadu pulak dah. Sorry lagi ye guys. Ok sebenarnya aku nak wrap up aku punya semester 8. Tu je pointnya. Disebabkan aku punya semester 8 ni semester latihan industri, so muqaddimah version panjang korang boleh baca dekat dua entry aku yg lepas ya. Yg ni aku lebihkan yg lain lah pulak. Asyik internship period je nak menang mana boleh! 

Sebenarnya semester ni aku tak banyak pun nak complaint macam semester semester lepas ((Lagi lagi semester online class hehe)). Dan aku bersyukur sangat sangat sangat yang aku intern dekat tempat yg sangat sangat sangat positif dan welcoming. Aku berdoa gila tau sebelum intern supaya dapat company yg working environment and work-life balance dia ok dan alhamdulillah Tuhan tu Maha Mendengar. Dia kabulkan walaupun aku ni cuma hamba biasa biasa je. Ingat ye guys, nak apa apa, doa dan usaha. Kalau macam kes aku, dah doa nak working environment dan work-life balance yg ok maka rajin rajinkanlah check review company sebelum mohon intern ya. Kalau positif comment so bolehla try. Kalau negative so bolehlah cari company lain. Gittew. Students yg nak intern sila take note ye. 

Stress waktu intern tu biasa. Tapi alhamdulillah aku banyaknya stress sebab sample jelah. Fyi, aku kerja testing company so memang berlambaklah samples setiap hari haa. Tapi habis je kerja maka segala stress tu tertinggal dekat lab. Esoknya stress lagi 🤣🤣🤣 Tapi.....

Aku pun kesian sangat dekat kawan kawan yg kurang bernasib baik yang dapat company yg baik cuma kadangkala terlalu strict atau environment kurang baik. Aku punya tempat intern pun ada je lack here and there. Tapi alhamdulillah lah masih ok dan gembira. Untuk kawan kawan yg tak berapa bernasib baik waktu intern, korang memang the best lah sebab boleh tahan fizikal dan mental untuk habiskan intern. Dan insyaAllah di waktu hadapan ni korang akan dapat kerja dekat company yg tepat dengan korang punya kehendak. Aamiin 🤲🤲 Korang yg lain pun cepat Aamiinkan! 


Alhamdulillah jugak, aku boleh habiskan intern dekat company walaupun waktu kitorang intern ni kes covid melonjak lonjak naiknya ya. Haih. Sedih kadang tu. Tapi lagi sedih sebab ingatkan waktu presentation LI bolehlah jumpa member rupanya jumpa online je geng. Presentation online, submit online hah habis semua benda online. Aku harap konvo tak online. Tu je. 

Dah lapan semester ek? Kejap je. Dulu waktu tamhidi rasa macam sekecil bayi lagi. Sekarang dan sebesar anak gajah. Eh tak, gurau je. Aku masih lagi kecik dan alhamdulillah BMI normal  ye kalau tak takdelah hari hari kena bahan sebab pendek 😏

Dalam lapan semester ni baaanyaaaakkkk gilaaaa benda yg aku belajar. Ilmu akademik tu tolak tepi, sebab tu memang point utama masuk universiti pun. Yang aku nak cerita ni life lessons. Banyak gila weh. Ada certain tu sampai sekarang masih terasa berbekas, ada certain tu dah tersimpan dekat bahagian belakang otak. Aku tak mampu nak cerita satu satu. Tapi yg aku mampu cakap is, I've done my best. Maybe not my very best, but at least better than before. Ada luka, ada bahagia. Tapi yg paling banyak air mata lah. Sama ada yg tertumpah atau yg sekadar bertakung di mata lepastu terhapus dengan senyum palsu, konon nak menunjuk yg diri tak apa apa. Uish dah macam tulis puisi pehal? 

Betullah bila dah sampai penghujung ni, duri semalu yg dulu sakit bagai nak rak tu pun sekarang rasa dia dah raklu pape roger. Tak rasa apa apa dah. Ini lah kut perasaannya orang habis degree. Ke aku je ek yg macam ni? ((Ek eleh baru degree dah drama gila macam habis phD 😒)) Tapi lantaklah sebab BUKANNYA HARI HARI DAPAT RASA HABIS DEGREE 😭😭😭 

Dahlah weh aku kan taktahu dah nak tulis apa tau. Sebab sem 8 ni intern jelah bendanya. Kalau nak cerita semua pasal intern memang mampuslah aku. Sampai minggu depan pun takkan habis. 

Dah alang alang aku wrap up ni, aku wrap up semua sekali jelah ya. Ok jadi sepanjang 5 tahun menjadi dewasa ni, aku mintak maaf kalau kalau aku pernah buat korang sakit hati secara sedar atau tak sedar, pernah ignore korang, pernah gelakkan korang untuk benda yg tak sepatutnya gelak dan untuk segala gala salah silap yg aku pernah buat sebelum ni. 

Thank you jugak untuk semua orang yg pernah datang dalam hidup walaupun sekejap, sebab each one of you brought colours to my life ececececece. Tapi betullah semorang tinggalkan kesan. Tenciu tau 😘 Untuk orang orang yg pernah doakan aku, terima kasih banyak. Doa doa koranglah yg buatkan perjalan hidup aku jadi #smoothlikebutter 🧈 

Untuk lecturers yg pernah mengajar, walaupun sekejap, jasa anda semua takkan pernah saya lupa. Terima kasih dan halalkan segala ilmu yg dicurahkan. Semoga Tuhan kurniakan syurga paling tinggi kerana dah menjadikan seseorang itu dari tak faham kepada faham. Aamiin 🤲🤲 Eh aku tulis ni as if ade je lecturers yg nak baca. Kalau dorang tak baca, Tuhan, tolong sampaikan ya. 

Lastly, kita semua ada jalan cerita masing masing. Ada lesson yg paling bernilai untuk kita di sepanjang perjalanan menjadi dewasa. Ada benda yg kita kongsi, ada benda yang kita simpan sendiri. Zaman belajar ni takkan pernah smooth je. Mesti akan ada airmata. Takpe. Itu tandanya kita semakin dewasa. Takde benda mudah dalam dunia ni dik. Jadi hadap jelah. Lama lama masalah yg kita rasa besar dulu tu, kecik je sebenarnya. 

Sempena dahnak habis ni, aku nak pesan sikit dekat korang yg masih belajar. Hargailah setiap perkara, baik atau buruk. Sebab nanti itu yg paling kita rindu. 

Bertahanlah selagi mampu. Aku tahu zaman ni susah untuk korang tempuhi. Bertahanlah untuk diri sendiri tau.  Kalau tak mampu, berhenti dan enjoy yourself. Jangan siksa diri, jangan fikir nak akhiri hidup. Biar kita menang melawan depresi diri. Aku tahu tak layak pun nak sembang pasal depresi tapi kalau korang pernah melalui, aku harap suatu hari nanti korang bertemu pelangi. Duduk dan rehat oki. 

As of today, I am officially signing off from undergraduate study. Sedih pulak nak habiskan zaman belajar tapi tulah Life Goes On kan makanya kena muvon. Doakan lah aku rajin dan kuat nak sambung Master dan phD ye. Doakan jugak boleh sambung dekat overseas, bolehlah sambil sambil tu melawat negara orang hehehehehe. Doakan jugak aku dipermudahkan urusan untuk dapat kerja tau. Thank you korang. 


Macam biasa, di akhir entry mesti aku akan kasi gambar sikit sikit buat kenangan ecececece. Eh btw ni bukan entry terakhir ye. Lepasni aku tulis je lagi tapi topik lain la pulak bukan degree dah. Mungkin Master? 🤪 Aku tinggalkan korang dengan pertanyaan yg takde jawapan ni tau. Bye and se you guys again. Thank you for reading 🤗 사랑해 💜 


Macam biasalah home is my new faculty

Ni kan sebenarnya aku nak balas dendam sebab aku takde thesis hard bound. Aku punya semua online submission je so nilah aku punya hard bound. Dia punya hard tu kalau aku baling ni arwah terus orang tu

The interns hehehehehe

Ni versi lima orang feat ulcer aku kat atas bibir

Bersyukur nau ya dapat habiskan intern

Nilah orang orang baik yg welcoming gila gila gila 

Ni post qna session untuk LI. Kemain lebar aku senyum sebab dah settle hehehehehe. 



Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb