Skip to main content

Another Chapter of Life: PPV Experiences

 Assalamualaikum.... 

Hello peeps!! Fuh lama ye tak menulis. Tapi takdelah lama sangat hehe. ((Pening tau kadang perempuan ni haih)) 


Tapi takpelah point aku bukan nak argue pun dah berapa lama tak menulis. 

And macam biasalah asal entry baru je mesti tengah malam. Bertabah jelah ek. 😁

Jadi seperti biasa aku mulakan dengan sedikit nasihat yg clichΓ¨: jaga diri, jaga kesihatan. We're still struggling with this endless pandemic. So stay safe wherever you are okies. Go get vaccinated if you haven't. To those yg dah fully vaccinated or dah second dose, yeayy kita geng! πŸ™ lepasni bukan setakat boleh main sep sep tangan je. Dah boleh salam peluk cium. πŸ˜™ 

Saja je aku bagi advice centu sebab point entry ni memang ada kaitan dengan vaccine pun hehehehehe. 

Sebenarnya aku just nak cerita some of my experiences sepanjang sebulan lebih aku bertugas dekat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) USIM. 

For those who don't know, USIM haritu jadi PPV IPT Mega alongside other PPVs in N9. So dorang start beroperasi since July kut. Ke June entah tapi centulah. Then I came in August. Kiranya aku lewat kurang lebih sebulan lah. Actually aku dapat je bertugas in July tapi time tu ada kekangan sesikit so tak join lah. Lagipun time tu aku belum vaccinated lagi so susah sikitlah since PPV kan area mudah spread jugak. 

Dipendekkan cerita bulan 8 tu aku pergi. The main reason is because ada Zack lah. Hahhahahaha Tu memang strong reason ye my mom dari berat nak kasi pergi sampai boleh lepaskan even though I was still unvaccinated at that moment. #thepowerofzack tiberrrrrr

Aku bertugas bawah APM tau bukan MyVac. So kitorang di'assigned' untuk jaga checkpoint profile. So memang dekat bawah jelah sepanjang masa. Menghadap panas hujan jela hari hari. First day kerja tu memang awkward sikit lah sebab benda baru kan. Lepastu kitorang kerja sekali dengan junior kitorang, tapi dorang pun dah jadi tuan/puan lah so takde gap antara pangkat pun. Dia jadi awkward sebab kitorang tak rapat pun before this pastu kena kerja sekali. Biasalah, belum kenal hati budi πŸ˜‚ Sekarang dah kenal, habis semua rahsia boleh pecah 🀣🀣🀣 

Since day 1 sampailah ke habis, keje kitorang memang check profile je tau. Hari hari dialog yg takkan pernah takde are: 

"Encik, bukak profile Mysejahtera dulu kami nak check." 


"Dah update tarikh terkini?" 

Tapi dialog paling selalu dan terpaling annoying nak cakap is: 


"Ni temujanji encik, kami nak tengok bahagian profile." 


Serious ni la benda paling penat sebab dah suruh bukak profile pun dibukaknya lagi bahagian appointment. πŸ’€ 

Benda ni jadi banyak kali sampai dah second dose pun masih bukak appointment. Kadang bila fikir balik cam lawak pun ada gak πŸ˜‚. 

Oh by the way, bukan kitorang je yg jaga kat depan. MyVac pun ada beberapa yg ditugaskan kat depanlah untuk bantu kitorang. Erm taktahula siapa bantu siapa actually tapi dedua team ada lah hehe. 

Even though hari hari tu rutin sama je. Tapi setiap hari tu ada je benda kelakar/significant yg jadi tau. πŸ˜‚ Kadang tu duduk kat bawah penat gelak je. Sampai kadang cramp perut nyah. 

Antara benda significant yg aku ingat is bila yang datang tu perempuan, tapi nama dalam mySejahtera lelaki. Jem kejap otak cam "eh eh dia ni tersalah pakai orang lain punya mySejahtera ke?" Tapi bila tanya nama betul disebutnya ikut mySejahtera. Ada sekali tu, aku usyar lama gakla satu sister ni sebab lawa gila weh. Serious! Aku insecure kejap dengan dia. Sampailah time dekat depan aku dia cakap "I takde IC." The moment dia cakap tu otak aku terus jem. Sebab suara Sajat weh. Eh tak, kasar sikit dari Sajat. Mahu tak tanjat aku kat depan tu. 

Bila aku tengok MySejahtera dia, jeng jeng jeng. Betullah macam tekaan aku, nama lelaki weh. Aku punya tak puas hati tu aku mintak kad vaccine dia sebab nak verify betul ke dia ni lelaki. Kut kut lah terpakai mySejahtera abang ke kan. Sebab time tu dia second dose so bolehlah tengok kad. And then nama kat kad tu pun lelaki. Aku terus lepaskan dia nak amik vaccine astu terus cakap kat aku punya colleagues "saya insecure kut dengan dia tadi sebab lawa sangat sekali......" pastu semua bahan gelak je dasar! 

Tadi kan aku kata kitorang cam JV dengan MyVac jaga bawah kan. So kitorang ada 10 orang (tapi tak semua lah yg turun satu hari. Gilir gilir lah kerja), and myVac ada dalam 5 orang centu. Tapi yang selalu jaga bawah ada beberapa which is Roy, Abang Hasrul and Abang Adlee. Abang Adlee lewat sikit yg lain tu paling lama lah. Kalau team kitorang pulak ada Puan Zatul (which is my senior), Zack, aku, Nad, Nik, Wani, Ashra, Fadhil, Arep, Alep. Sumpah do semua ni masuk air gila πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Ada jelah benda benda pelik yang dorang akan buat dalam sehari tu. Paling masuk air abang Hasrul lah. Paling kuat kenakan orang, paling kuat membahan semualah dia. Sampai ada satu hari tu dia suruh kitorang (aku dengan Zack) pakai apron depan belakang sebab dr suruh. Kitorang kan innocent pastu aku lagilah pembaris. So ikut jelah cakap dia. Lagipun time tu Roy kut backup so betullah tu kut. 

Time turun tu Puan Zatul  dah pelik dah asal kitorang pakai double. Macam buang tebiat. Tapi bukan macam dah. Memang buang tebiat. Tak pernah dibuat orang pakai double. Tapi kitorang kan masih innocent time tu so pakai jelah nyah. Sampailah lepas setengah jam kut baru lah dorang cakap kitorang ni kena prank je. Eh eh geram je aku time tu tau tengok dorang turun gelak gelak kitorang pakai double πŸ˜‘πŸ˜‘ Dahla panas apron tu. 

Tu antaranyalah. Kalau nak cerita satu satu, sampai minggu depan pun tak habis lagi entry aku. Cececececece. Tak sebenarnya aku kalau bercerita sambil menulis, cerita yg pendek tu pun boleh jadi sampai 6 mukasurat.  So korang tabah jela ek sebab ni baru halfway dari the whole entry hehehehehe 🀭🀭 

Ok kalau ada hari hari kelakor, mesti lah ada hari hari sedih jugak. Tapi yg tu biarlah benda dah berlalu dah pun. And I thank God sebab hari hari kelakor tu lagi banyak dari hari hari sedih aaa gittew. So dia overshadow lah yg sedih tu. 

Antara benda challenging sepanjang jaga dekat bawah adalah time kitorang terima foreigners. Ada satu period tu, time kitorang dah start pfizer, memang foreigners ramai. In fact 95% were foreigners. Menghadap jugaklah dalam seminggu. And bila cerita foreigners ni dia termasuk sekali lah dengan pekerja pekerja asing ni. Dia jadi penat sebab 

1) Dorang datang sekali ramai. Kadang satu bas. Kadang ber bas-bas. Auto teringat akak "Satu dua aku tak kisah. Ni beratus ratus!" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

2) Language barrier. Bila amik first dose, banyak tau benda nak kena buat. Nak kena update profile lagi, nak kena tulis borang lagi and etc. 

Kadang dorang faham kita cakap apa. Tu memang alhamdulillah sangat lah. Kalau boleh sujud syukur, aku sujud syukur tau! Tapi kadang tu ada yg tak faham. Bila dia diam je tak cakap apa tu faham lah yg dia tak faham pun kita cakap apa. Tu macam frust sikitlah. Aku punya experience pernah sampai 3 bahasa translate tau. Dari Melayu pergi Mandarin, Mandarin pergi Vietnam just because vaccinee tu tak faham bahasa Melayu/English. 

Tapi kadang best sebab bila jumpa foreigners yg memang English speakers kan, boleh speaking dengan dorang. Ada satu time tu aku dapat vaccinees orang British. Memula aku ingat the wife is Malaysian, sebab fasih jugaklah dia cakap Melayu. Tapi bila tengok passport. Fuh! Dedua British citizen nyah! Tergamam sikitlah aku. Tapi nasib pakai mask so tak nampak lah tergamam hehe. Lagi aku amaze sebab dia memang literally sepaking dalam British accent depan aku. Comel je tau. πŸ₯° 

Selain tu, bila kitorang amik vaccinees dari bas, turun je mesti kena sanitize dulu. So memang kadang tu sehari sampai 2-3 kali sanitize. Badan pun dah bau dettol. Kalau ada kes merah ke suspected ke ape memang kitorang akan sanitize jugak. So penat jugaklah time tu. Asal jadi kes je sanitize. Tapi tu biasanya time first dose jelah. Second dose dah jarang sikit. Ada je. Tapi tak banyak. Mungkin dah belajar dari kesilapan  orang kut hehehehehe. Di kesempatan ini, aku nak ingatkan lah jugak, kalau korang positive ke suspected kes ke PUS ke tolonglah jangan pergi amik vaccine lagi eh. Duduk je rumah dulu. Nanti dah habis baru pergi. Kalau first dose, korang screenshot je appointment tu pastu pergi je PPV tu lepas sihat. Same goes to second dose. Tapi second dose lagi senang. Bawak je kad tu pastu bagitau haritu positif and yada yada yada. Nanti dia kasi je korang masuk. Takyah tunggu tarikh baru pun. 

Cerita pasal foreigners ni kan, bila kitorang cam dah penat asyik tak faham je nak update profile, so kitorang amik je phone dorang, kitorang yg tolong updatekan. Hehe jimat masa, jimat air liur. Tapi sanitizer membazir lah sebab setiap kali lepas sentuh phone je sanitize. Yelah kita taktahu kan siapa yg ada simptom siapa yg tidak. So hand sanitizer tu macam air eh laju je habis 🀣🀣🀣 tapi takpelah asal semorang selamat. 

Cerita pasal mySejahtera ni pun satu hal jugak. Hari hari kat sana, kitorang dah macam boleh bukak kelas mySejahtera tau. Hari hari explain macam mana nak bukak bahagian profile, macam mana nak update semua. Kalau profile tak biru nak kena buat apa. So basically kalau ada sijil pasal fungsi and cara penggunaan mySejahtera, kitorang dah boleh lulus dengan cemerlang kut. Imagine lah hari hari buat weh without fail. Yang kitorang dah ajar time first dose pun datang lagi second dose masih blur cemana nak bukak profile. Dah kena bukak kelas mySejahtera buat kali keseratus lima puluh juta. Eh sorry terquote lagu pulak. 🀭 

Bila dah nak akhir akhir ni, haaa dari bukak kelas mySejahtera untuk profile, terus jadi kaunter pertanyaan pasal mySejahtera. Hari harΓ¬ ada je yang datang akan cakap 

"Kenapa ye sijil saya tak keluar?"

"Kenapa ye temujanji second dose saya takde?" 

"Macam mana nak tukar dari dependent ke phone sendiri?" 

Basically soalan soalan camnilah kitorang akan dapat hari hari. Biasanya awal awal dulu semua ni kitorang tolak dekat abang Hasrul. Sebab dia selalu handle benda benda ni. Benda benda gaduh dengan vaccinees pun biasanya dia yg settlekan. Lawyer kan so kita bagi dia buat kerja kes susah susah πŸ˜‚ Tapi lepastu nanti dia mengadu la kat kitorang pasal vaccinee tu πŸ˜‚ Lama lama dia pun dah bosan kut semua asyik tolak kat dia so dia ajar kitorang pulak apa nak buat kalau jadi ceni centu. So kitorang pulaklah yg kena settle bila jadi macam ni. Bukan apa, kadang kesian tau sebab dulu kitorang selalu suruh dorang settle kat dalam, sebab kat dalam dorang pegang sistem so bolehlah settlekan. Tapi kadang ada yg datang kata masih tak jadi apa apa lepas cakap kat dalam. Tu yg kitorang tolong tu. Kadang benda mudah je tapi masih nak kena tunggu helpdesk lah apa lah. 

Ada satu kes tu, dia pergi login acc lain je. So sebabtu lah sijil tak keluar. Tapi bila refer kat dalam, dalam suruh tunggu mysejahtera update pe semua. Sampai je kat kitorang, suruh tukar account pastu settle! Dah keluar sijil dia. Tu yg kadang kitorang cam geram jugaklah dengan dalam. Benda mudah nak mampus pun tak boleh settle. Sampai kadang rasa nak ganti je tempat dorang tu haaa meh sini kitorang settlekan. Dia kalau sikit sikit takpe tau. Tapi setiap hari ada je kes camni sampai abang Hasrul kata ni kalau kita bukak tabung ni, mintak sorang seringgit dekat vaccinee setiap kali ada masalah, paling kurang boleh dapat RM100 sehari. Bayangkanlah ye tuan tuan dan puan puan. Tapi jangan risau, kitorang tak mintak pun dekat dorang hehe. Bergurau jela ada kadang kadang. 

Tapi bila fikir balik, best tau dapat tolong dorang ni. Sebab kan dorang punya reaction puas hati and bersyukur tu memang nampak sangat and buat kita fikir kita dah berjaya mudahkan kerja dia. Kadang cara dorang cakap terima kasih pun dah buat hati berbunga bunga tau. Yelah dah penat penat kerja menghadap panas semua lepastu ada yg cakap terima kasih. Memang cair lah nyah. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯° Time tu aku cam terfikir, takpelah penat sikit sebab bila tengok dorang balik dengan muka satisfying dapat tengok sijil digital dalam mySejahtera pastu boleh dine in lepasni pun dah cukup bahagia. Betullah kadang tu the smallest matter yg buat hari kita lagi indah sebenarnya. 

To be honest, aku sedih sikitlah bila PPV tutup ni. Bukan apa, sebab aku dah terbiasa dengan circle ni. Dengan perangai masuk air memasing. Walaupun kadang tu penat gila balik memang fikir nak tidur je tapi hari hari tu ada jelah benda best yg boleh share dengan semua orang yg tak kerja haritu. Aku cam rindu jelah all the jokes, bahan membahan yg jadi hari hari dekat bawah tu. Semua cerita dalam bilik gerakan. Reaction semua orang bila terima kes pelik pelik. Memang best gila do. It makes me think yg this is by far the best decision I've ever made in life. The other significant chapter lepas chapter internship aku. 

I will really miss all the pranks, crappy talks and adulthood advices yg abg Hasrul selalu bagi. Roy yang selalu jadi annoying brother sebab dia terpaling muda antara semua. Tapi dalam annoying dia pun tetap a brother yg paling semua sayang lah sebab senang betul dia click dengan kitorang. Abang Azrul punya life stories pasal macam mana dulu dia dalam askar sebab dia Mejar Bersara lepastu end up dia cakap "semua yg aku cerita tadi tipu je tau." Lepastu semua gelak gelak jelah sebab kitorang tahu the fact that all of his stories were true. Abang Lan punya financial advice. Abang Mail even kenal sekejap tapi kelakor namatey lagi lagi bila nak tercarut πŸ˜‚ Abang Adlee punya ipad sebab tula sumber music kitorang. Sebelum tu guna walkie talkie je kalau nak dengar lagu. Kak Roa pun even kenal sekejap tapi boleh click cepat je dengan kitorang and other MyVac yg turun bawah jaga sekali even though tak berapa lama. 

And terpaling akan rindu bebudak APM lah. I never thought I would get really close to them tau. Padahal kitorang tak pernah/jarang bercakap pun time SISPA dulu. Nik dengan Nad yg dulu aku cam cuak lah nak rapat sebab tak kenal sekarang macam member je. Ni lagilah bila dah duduk serumah tu dedua ni dah macam adik kembar aku dah walaupun dorang ni bukan kembar. Dah boleh buat bergurau dah 🀣 Ashra dengan Wani pun sama. Ni lagilah macam kembar siam sebab kemana mana berdua je selalu ha. Sampai di mana ada Ashra di situ ada Wani haaa gittew. Pastu trio tiga orang tu, Alep, Arep dengan Fadhil. Arep tu ada jelah benda kelakor yg dia buat hari hari. Sampai nak putus nafas kadang tu aku keje duk gelak je. Si Alep pulak duk tolong check out kan MySejahtera orang. Fadhil takyah cakap, asal aku record video, ada je benda benda entah hape hape yg dia buat. Kalau kerja dengan tiga orang ni lagilah. Memang takde masa kau nak sedih pun asyik gelak je. 🀣🀣🀣 Puan Zatul dengan Z pun sama tapi yg ni aku dah kenal lama sikit so takdelah awkward hehehehehehhe. Cuma mungkin lepasni rindu la nak lepak sesama hehehe. 

Aku rasa tu je kut yg aku nak share dengan korang. Overall, sumpah this is the best decision I made by far. Dua kali tau ulang ni so maknanya memang aku tak menyesal lah datang bertugas kat sini. Walaupun kadang tu ada je challenges and etc, tapi tetap best. Yelah kerja apa je yg takde challenge kann. Tapi dari challenge tu lah kita belajar benda baru. And aku bersyukur gila yg kitorang ni kenal dengan ramai myVac yg dah senior dari kitorang. In terms of umur lah. So dorang lagi banyak makan garam tau. So dia jadi best sebab kita boleh amik nasihat dia tu and guna dalam hidup. Kadang kadang tu dengar pengalaman pun dah rasa menarik. 

And lagi satu, aku rasa aku banyak belajar untuk judge orang in terms of agama dia. I mean, biasalah bila dah dari dulu duduk dalam uni agama so kitorang cam tak terbiasalah tengok benda benda pelik ni. Tapi bila bertugas kat sini, banyak lah ajar aku yg kadang tu ada orang tgh nak proses jadi baik, ada orang dia memang baik cuma kadang kadang bagaimana circle dia kat luar tu yg buat dia jadi centu. So kita tak boleh judge selagi tak betul betul tahu apa yg dia dah lalui dalam hidup dia. Kadang kadang tu dari vaccinees yg datang pun boleh belajar. Macam ada satu kes ni akak tu datang sendiri naik grab bawak baby. Aku agah la anak dia, tak tersangka pulak dia nak bukak sikit cerita pasal kenapa husband dia tak datang time tu. Dah tiber jadi kaunter luahan perasaan. Tapi dari situ aku belajar lah nanti kalau nak cari husband cari yg bertanggungjawab sikit.  Lah tiberrr..... Macam tu lah lebih kurang. 

Setakat itu je cerita aku untuk kalini. Yg baik tu korang simpanlah ya. Yg tak baik tu biar terhenti kat sini je tau. By the way aku nak convo dah bulan 11 ni heheeheh. Excited tau sebab convo fizikal so boleh convo cam biasa tapi masih mematuhi SOP. Heheheehhe Tapi sebenarnya the fact yg convocation will be on my birthmonth tu yg buat aku lagi teruja. Walaupun sidang aku bukan pada tarikh birthday tapi it's okay. Ha alang alang tu bagitau teruslah. Aku sidang 7, 29 November 2021, pagi. Siapa nak datang kasi hadiah ke bunga ke coklat ke bolehlah datang time tu eh. Nak bagi sebelum tu pun boleh sis terima je 😌 Nak datang bagi jodoh pun boleh eh? 🀭 Takdelah gurau je tu. Yang penting, tak sabar nak jumpa my friends on that day!!!! Aaaa rindunya semorang. 

Ok lah tu je nak bagitau. Doakan aku dapat secure job tau bulan 10 ni. Doakan jugak semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki. I will pray the same for you too. Semoga Tuhan sentiasa merahmati dan meletakkan kita di tempat baik baik, berjumpa dengan orang baik baik. Macam biasa, sebelum habis aku selitkan sikitlah gambar gambar sepanjang bertugas dulu ((cehh dulu cam lama sangat je puih)). 

Ni gambar waktu first week kena bertugas

Ni time jumpa vaccinees. Actually aku excited tau bila ada vaccinees datang dengan costume. Nampak rare πŸ˜‚

Again aku dengan Zack hehehehe. Ni la kitorang punya attire time minggu foreigners tu. Panas do baju ni. By the way, MasyaAllah senget nyah aku punya face shield.  

Ni la checkpoint kitorang hari hari. Bawah khemah je

Time ni Dr. Harry ajak amik gambar. Antara dr yg sporting gila lepak bawah je dengan kitorang 

Ni attire kalau hari hari biasalah. I mean time tak ramai centu. Safety first tu wajib oki. 

Up lah satu dengan Aweera celup. 

Gambar wajib dengan volunteer USIM tercantik ni hehe. Hari first aku tanjat dah tetibe ada orang tepuk bahu. Rupanya member sekolah dulu yg tepuk. Tersama pulak tempat volunteer. Tapi dia duduk dalam aircond lah aku kat bawah je. Hehe 

Merasa jugaklah jadi myVac walaupun sekejap and pinjam orang punya je. 

The squad + Kak Roa πŸ₯°

Ni si kembar Nik dengan Nad πŸ˜‚ Sampai aku pun confuse tau mana satu dorang. 

The whole squad! πŸ’œπŸ’œπŸ’œ (Fadhil always terpaling dramatik siap tadah tangan menghadap langit lagi dah kenapa nyah?) 

The housemates hehehehehe. Tekalah siapa paling cute kat situ 🀭 

Profile Checkpoint squad! Ni lah muka mukanya yg selalu jaga dekat depan tau. 



The μ—¬μžλ“€ cececece tapi bukan μ—¬μž 친ꡬ

Alright then. Till we meet again next time. Doakanlah semoga aku masih banyak idea nak menulis ya. Dan thank you untuk yg stay sampai habis. Korang sumpah superb sebab bertahan dengar cerita aku yg tak seberapa ni. Again, jaga diri, jaga kesihatan. Walaupun dah fully vaccinated tapi kita masih dalam pandemic. So hati hati bila pergi tempat crowded. We never know who is the spreader. Duduk lah rumah dulu tau sementara nak bertukar ke fasa endemik. Keluar time convo aku je nanti untuk kasi hadiah eh? 🀣

Lastly untuk nama nama yg disebut dan tidak disebut, kalau terbaca ni, I just wanna thank each one of you for putting colours to my life agittew. Maafkan salah silap, terkasar bahasa, terlebih membahan ke apa. Halalkan semua benda yg dah dibelanja, yg tak terbayar and everything. Getting the chance to know each one of you is already a blessing to me. Thank you again. ✌😁 




 


Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. πŸ‘‹πŸ˜ Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi πŸ™‹ Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb