Skip to main content

2021 In An Entry

Assalamualaikum... 

Hi peeps 🤗🤗 *lambai sambil tiup habuk* 

Punya lama eh tak lepak sini. Fuh. Hopefully korang semua sihat sejahtera lah ya. Sekarang ni ada varian Omicron pulak haih korang jaga la diri sebab kita taktahu di masa depan mungkin varian megatron pulak keluar. Papepun stay safe and stay healthy okies. 😘 

Lah panjang membebel. 

First things first, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih lah ya kepada adik adik yang tersinggah di sini pastu baca pulak crappy entry pasal ppbu tu astu effort lagi pergi cari dekat ig. Semoga korang dipermudahkan urusan tau. Mintak maaf banyak banyaklah sebab dalam entry tu banyak benar kesalahan tatabahasa beserta info ye. Pemalas betul perempuan ni nak pergi edit balik entry. Nanti pukul dia ramai ramai eh. Hehe tak tak gurau je 😭 

Ok back to the topic. 

So today is day 365 outta 365. 

Hari paling hujung tahun 2021. Hari last. Alhamdulillah jatuh pada hari istimewa. Jumaat. Penghulu segala hari. 

Macam biasalah bila aku tulis je mestilah pasal pengalaman kan. So kalini cam nak ajak korang join the club kita stroll down the memory lane aaa gittew. 

For me personally, tahun ni memang tahun paling bersejarah lah sebab tahun ni habis belajar. Empat tahun (lima kalau campur foundation) menangis, gembira, jatuh, bangun, ketawa, meroyan, melaung, menjerit dan seangkatan dengannya tu finally habis! Perasaan dia memang legaaaaa gilaaaa. Tapi tulah belumpun habis 2021, dah rindu gila dengan zaman belajar. 

Dia cam teringat-ingat je lagi tau kalut kalut nak pegi kelas, pastu kena tahan dengan keselamatan, tapi aku champion la sampai habis belajar tak pernah kena saman ✋😌  Kena marah dengan lab assistant, kena bebel dengan lecturers, all of the rants we had after classes be it online or offline classes, the sarapan kat tingkat enam yang siapa cepat dia dapat, the bakefast yang offer roti kaya dengan tea/coffee harga RM2.50, Elina's trifle (harapnya betullah aku eja), Fastlab's activities and outreach activities and etc. Kalau aku senarai satu satu ni sampai tahun depan pun tak habis. 

Also OCSS and SISPA yang sempatlah buat aku merasa macam mana duduk dalam persatuan. Yang OCSS nya dengan meeting back to back, meeting pukul 1, 2 pagi, program sini sana, berjimba, pergi Perak and etc. Bapak best do semua walaupun time tu berjurai jurai air mata keluar nak kasi settle semua 🤣 Tapi bestla sebab time tu je dapat tengok real self semorang. Engko ngantuk ke engko segar ke lawa ke buruk ke time tu la semua. 🤣🤣 Lagi best bila geng geng persatuan tu orang orang dekat kau je semua 😂.

SISPA pun best gak! Walaupun dia amik hampir semua tempoh pengajian aku, tapi tetap jadi salah satu daripada one of the best things yg jadi dalam hidup la. SISPA pun sama jugak, time tu la nak tengok semorang buruk, semorang tak mandi, semorang terkejar kejar nak masuk baris, semorang hitam sebab berkawad. Dan tak lupa jugak semua rants setiap kali sebelum, semasa dan selepas kem. Tapi yang kelakarnya time kem semua musuh pastu tgh kem jadi rapat balik 🤣🤣 confuse kadang tgh tak kawan ke tgh kawan  🤣🤣 and terpaling best time tauliah. Second year dah terima watikah ngeee 😁😁😁 Walaupun serba kehitaman tapi bak kata dorang dulu "hitam itu bangga." Gittew. Sekarang alhamdulillah semorang dah cantik semula 😙 kecuali aku yang masih lagi seketul kentang 🥔 

Hmmm bila tengok balik, aku bukan review pengalaman tahun 2021 ni, ni review 23 tahun pengalaman hidup aku 🤔

Ok sekali lagi back to the topic. ((Kemain dah setengah page baru perasan))

Bulan paling aku fav sekali sepanjang 2021 ni of course lah bulan November 💜 

Selain daripada bulan birthday, bulan ni pun bulan convo 👩‍🎓 ((ceh ceh balik balik cerita convo. Yelah convo je benda paling manis yang jadi. Kerja tak dapat lagi. Mungkin bulan dapat kerja nanti akan jadi bulan paling fav pulak untuk 2022?)) 

 And the fact yg convo tu start on 23rd November pun dah buat aku over the moon dah walaupun hakikatnya bukan kitorang yang mulakan sidang. Kira boleh la tu hehehehe. Tapi betulla kan makin meningkat usia, kita cam makin tak kisah dah dengan birthday. Tbh, I didn't really care much about my birthday pun this year. Siapa yang wish, thank you and I appreciate it so much. Yang tak wish, takpelah cuz dorang ada banyak lagi benda nak kena fikir and buat other than wishing you a birthday wish. Kalau dulu rasalah jugak cam sedih ke apa but this year cam lain la. Maybe faktor umur dan tiada kerjaya kut so rasa cam birthday tu just a reminder je nak kata aku dah tua tapi tak dapat dapat kerja lagi 😭😭😭 tapi takpe aku okey je. Rezeki masing masing ((biasalah ayat nak sedapkan hati))

Selain tu, ((wow dah macam karangan sekolah 🤩)) aku bersyukur gila sebab apa apa benda yang aku buat in 2021, semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar dan of courselah berpunca dari support kiri kanan atas bawah huhuhu. Mula dari pentauliahan awal tahun dulu yang aku dahnak terbelah otak, alhamdulillah elok dah semua jadi tuan puan. Pastu dapat intern secara face to face dari awal sampai habis intern time pkpb pun kira rezeki dah. Kalau dulu rasalah sedih sikit sebab tengok member wfh kan. Seronok je bangun lambat semua. Tapi bila fikir balik, seronok je kerja hari hari sebab hari hari jumpa orang so terisi la sikit hidup tu. Aku dahla homebody (baca: suka duduk rumah), kalau tak keluar memang tak jumpa orang la aku. Paling penting, rezeki sihat sampai habis intern. Memang aku bersyukur gila sebab sekali pun tak pernah kena covid sepanjang intern. Sama jugak time jaga ppv. Tu memang antara the best decision I've ever made lah. Selain dari jumpa macam macam orang. Ada certain tu memang dah jadi kawan dah. Rapat sampai sekarang. Connection pun bertambah hehehehehehe 😈

Aku rasa 2021 ni banyak la ajar aku untuk lebih melepaskan dan terbuka sikit dengan apa yang berlaku. I used to be so sensitive but I keep it to myself. Tapi sekarang dah makin faham, kadang tak semorang ada waktu dengan kita. Kadang circle kita dengan dia tak sama. Kadang, tak tegur dekat alam maya, tapi alam nyata borak sampai tak ingat dunia. Kadang senyap je tapi tetibe tanya khabar and the list goes on. Kalau ada yang ingat, thank you so much, tapi kalau ada yang terlupa, mungkin jugak sebab aku tak selalu ada dalam hidup dia. So macam mana nak ingat, kan? So sekarang ni konsep dia, if you wanna stay then stay, but if you wanna go then go. Tapi if you wish to come back, then the door is always open for you haaa gittew. 

Oh ya juga tak terlupa di tahun 2021 ni sis dapat abang ipar. Hmm dia macam tetibe ye. So merasalah buat kerja kahwin, merasalah seminggu lupa banyak benda dan yang paling epic sekali, kalau orang tengok akan terus kata "kau ni gila tau tiqah" sebab boleh pulak aku ada kursus halal executive seminggu sebelum kenduri. Dahlah straight dari hari isnin sampai khamis. Aku dah tepuk dahi time tengok jadual tu. Dulu time daftar tak terfikir pulak tarikh astu bila keluar tarikh tu mulalah pening. Ingat nak tarik diri je tapi sayang la pulak sebab kursus tu kalau amik kat luar berbayar tapi yang ni free je so mendapatla kau seminggu macam orang gila buat assignment pastu uruskan kerja kahwin.

Okay experience aside.

Memang bulan ni semorang nak kahwin/tunang kan? Merata rata ye lelagi time weekend. Ya Allah rasa macam takyah pegi kenduri. Bukak je story dah rasa vibe kenduri. Rancak je semorang kahwin fuh. Geng single kumpul jela hadap dinding sampai tahun depan. Aah aku la tu. 

Hmmm apa lagi eh. Bebetul ek aku nak habiskan dalam satu entry je fuh tak simpan part 2 dah. So kalau korang dah baca sampai sini, aku ucapkan tahniah banyak banyak la sebab berjaya bertahan. Kalau aku close tab jela tak lalu nak habiskan. 

Okay ni last la. Selain dari tahun 2016 yang waktu tu aku 18 tahun, tahun ni pun bagi aku adalah tahun di mana aku rasa perubahan daripada dewasa kepada lebih dewasa. Kalau dulu remaja kepada dewasa. Ini another level of dewasa haaaa. Tapi tbh every year aku rasa centu. Cuma tahun ni dia macam special sikit sebab aku berada di umur yang membezakan alam pelajar dengan pekerjaan. Tula another level yang aku cakap tadi. Level pekerjaan. Kalau dulu risau cemana nak jadi dewasa. Cemana nak matured sikit so boleh fikif matang macam org dewasa, buat keputusan pun semuanya yang banyak faedah dari keburukan. Tapi sekarang dia tak lagi berfikir macam mana nak jadi matang. Tapi lebih kepada macam mana nak terus menjadi matang. Sebab sekarang, all bills are on you. 

Dulu bolehla rely on parents/others to pay at least half of your bills. Tapi sekarang nak mintak orang bayarkan or belikan something pun jadi malu sebab kita sendiri pun dah besar dah boleh earn our own money. Tapi tulah tak semua orang perjalanan dia sama. Tak semua orang, di garis masa ini bertemu rezeki yang sama. Lain orang lain rezeki, lain masa, lain tempat, lain nikmat. Tapi sebab berkongsi satu garis masa umum yang sama, kadang buat kita ((especially aku)) fikir yang aku punya lepas dia. Macam ok dia dah dapat kerja lepastu aku pulak. Tapi hidup bukan macam tu. So dari situ, belajar berusaha dan redha. Kalau kena tolak, redha, usaha lagi sampai jadi. 

Hmmm macam terlalu jauh ke depan ya concern aku ni. Nampak concernnya terlalu tua dari usia ke? Takpelah. Kira bolehla tu. 

Okaylah I dont wish to keep y'all in here for a long time. Dah tak memasal kena berfikir pulak kan. Elok nak share pengalaman sepanjang tahun lahhh tibe jadi sesi muhasabah diri pulak dah. Sorry la gais perempuan ni memang camni. Kejap nak try jadi kelakor, kejap nak jadi ustazah, kejap nak lepak je jadi orang muda. Haih pening 💆‍♀️💆‍♀️💆‍♀️

Yang penting, selamat masuk tahun baru ye geng. Tahun baru ni azam pun kena baru jugaklah. Kalau taknak baru, settlekan dulu azam korang yang dah bertahun tertunggak tu. Ingat aku taktahu ke selalu betul tunggak azam kan? 😌😌 

Semoga kita semua menjadi lebih baik lah ye di tahun 2022 ni. 

Oh ya tahun ni kita post awal sikit so takdela tiap kali publish je dah masuk tahun depan. Basi dahla cerita hujung tahun aku. 

P/s: Doakan la aku mudah dapat kerja yang sesuai dengan jiwa tau. And doakan la mudah ye nak muvon dari BTS ni halah susah tau bila dah bangun semula dengan lirik lirik dia dulu hmmmm pasni keluarkanla lagu yang lirik tak ok sikit so aku dah takleh amik simpan buat quote 😔 penat gak sebab stan orang yang tak kenal kita last last tak kemana pun hmmmm 
tapi sebelum muvon doakan la ada rezeki jumpa dorang walaupun jumpa raja lagi senang dari jumpa dorang ☝🥲

Eh alamak! Cemana la boleh lupa nak include benda paling gila aku buat di tahun 2021 ni. Takdela gila mana tapi masih lagi gila la. At least bagi aku. Aku beli gitar guys. Bukan seratus dua ye harga dia. Aku kidal so cam limited edisyen sikitla. Tapi harga aku rahsiakan la nanti kang terkejut beruk pulak korang. Kang kalau ada yang masuk hospital aku taknak tanggung bil eh. Kisah dia ceni kay. Memula niat nak try je. Lahhhh pastu tersuka pulak. Lama gakla aku berfikir ye nasib baik balik rumah abah tak hempuk aku pakai gitar tu. Kena hempuk pakai pemukul lalat touch n go tu je ☝🥲 Kalau tak menangis tak berlagu la akoooo. And alhamdulillah gitar tu masih elok ye kejadiannya. Dan takde satu bulan pun aku tinggal dari main ecececece tapi tak pro lah. Nubis si kubis je aku ni huhuhu. Tapi ada la modal nak berlagak kan kalau orang tanya 
"Eh awak pandai main apa?" 

Bolehla aku jawab 
"Saya pandai main gitar encik." 
Haaa gituu. 

Oh ya last one. I got my booster jab today! Hehe. Gigig ye redah hujan lebat, pastu tunggu sampai 2 jam nak dapatkan dose yang tak sampai 1ml tu pun huhuhu. Bak kata my parents, amikla dulu mana tau nanti nak dapat kerja senang, dah lengkap vaksin. Ya Allah aamiin aamiin 🤲🤲 At this point hantar keje kat Venezuela pun I sanggup tsk tsk. Tak tipu je. Janganla hantar Venezuela, hantarla negara empat musim at least dapatla rasa main salji. Kbye. 

Last terpaling last la ni. Haih taktahula berapa puluh kali dah aku edit lepas publish. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih untuk orang yang datang dan sudi menceriakan tahun 2021 aku. Walaupun korang punya screentime dalam video rewind tahun aku ni sikit, tapi insyaAllah aku cuba ingat satu persatu. Untuk yang dah pergi, aku ucapkan terima kasih jugak sebab dah pernah ada di sebahagian cerita hidup aku. 

Untuk mereka yang sepanjang 2021 ni ada terasa hati dengan aku, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau ada yang macam tak puas hati lagi kan, kut aku ada buat something yang memang grave mistake bagi korang. Bagitahu weh. Takut aku terlupa lepastu buat bodoh je tak mintak maaf and reflect balik apa aku buat. 

Untuk kawan kawan semua, aku tumpang gembira bila tengok sorang sorang bahagia. You guys deserves that okies. Kalau rasa takde sesiapa yg nak dengar korang nak cakap apa, nak luah apa, whatsapp jelah okies. InsyaAllah aku reply. Tapi sorrylah im not good at starting the conversation. So sebabtu lah jarang gila whatsapp orang kecuali kalau ada benda nak tanya/urgent. 

Eh btw kalau dahnak kahwin roger okie. Kad digital pun saya terima. Yang penting jemput tau sebab kalau tak makan nasi kenduri kawan sendiri nak makan nasi kenduri siapa lagi hahahahahahahahaha 

Untuk orang orang yg mengenali saya, saya mengenali dia ataupun yang mengenali saya tapi saya tak berapa mengenali dia, kalau ada terasa hati, mohon jangan simpan ya. Boleh je nak marah saya ye so nanti saya boleh reflect balik apa saya buat huhuhuhu. 

Semoga semorang mulakan tahun 2022 dengan langkah kanan. Aamiinn. 🤲🤲

Harini takde gambar tau nanti tengok kat ig jela aku buat compilation. Ni kalau aku tambah gambar ni alamatnya sampai besok tak habis. (Sebenarnya aku malas nak edit caption)
 




Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb