Skip to main content

2023 Wrap!

 Assalamualaikum w.b.t peeps sekalian! 

*lap habuk*

Ya Allah it feels so good ya to be back in here lepas setahun 2 bulan tak menulis. Tahun ni I swear to myself untuk tulis 2023 recap sebab banyak gila ye plot twist yg berlaku. Takdelah banyak sebenarnya tapi ada satu tu memang left me completely speechless dan despair ya. ((Harapnya ada la lagi yang sudi nak baca ye))

Tapi sebelum tu ayuhla kita ambik 5 minutes moments of silence untuk mengingati saudara kita dekat Palestin sana. 

Al-fatihah. 

Okay sekarang amik another 5 minutes moment of silence untuk semua abang kakak dan rakan seperjuangan kita yang gagal dalam percintaan. Hshshshshshs jkjk gegurau la sikit kan dah hujung hujung tahun ni. 

Okay sekarang back to business. To be honest I am not in a stable mood untuk menulis. Biasanya I takkan tulis during breakdown or mentally unstable sebab apa yg akan ditulis tu akan greatly influenced by the emotions. Tapi sebab I cam insist gila nak tulis so persetankanlah semua emotions yang ada! Oh and pardon the rojak language used sebab perempuan ni memang tak reti nak express kan dalam satu bahasa. Jadi sila terima dengan hati yang terbuka ya. Thank you so much. 

Ye yang atas tu tadi tulis sebelum pukul 12 tapi sekarang dah pukul 12 jadi Happy New Year ya semua. 

Okay to be honest, 2023 adalah tahun yg aku look forward untuk finally ada satu kehidupan yang stable. Aku dah ada kerja dalam bidang macam yg aku nak, aku dapat colleagues dan housemate yang ngam teruk. Alhamdulillah. Aku ada second job untuk backup sebab komitmen dah tambah sikit and etc. Basically dari permulaan 2023 sampailah awal suku keempat ((ceh dah macam nak umum bajet perdana)), hidup aku boleh kata okay lah. 

Well fed.

Well lived. 

Well done. 


Aaa gittew. Ada la koyak sikit, nangis sikit. Tapi apalah erti dewasa kalau tak nangis hshshshshs. Anxiety pun ada sikit sikit lelagi kalau tinggal instrument untuk overnight. Kalau tak bergerak mesin tu boleh kena panic attack oi. 

And tahun ni jugak aku beranikan diri untuk pergi overseas. Ye memang mudah je sebenarnya nak pergi overseas tapi pergi overseas berdua je tak mudah ye. Lelagi dua dua newbie. Tapi I've made it yeay! ((Walaupun pergi Thailand je tapi tetap yeay sebab overseas :) )) That was my best decision ya. Lepasni nak solo travel la pulak. 

Tahun ni jugak dah countless kenduri kahwin aku pergi ya dan semuanya kawan kawan yang kahwin. Umur dah 25 dik ((di tahun 2023)) maka memang telah masuk waktu di mana di sini berkahwin di sana berkahwin di mana mana pun orang berkahwin. Kita kat sini buat apa? Kita pergi kenduri orang je dik sebab majlis kita entah ada entah takde haaaa. Walaupun begitu, tetaplah slay menjawab kepada makcik bawang yang majlis kita tak sabtu, ahad 😎. 

I am surrounded by so many kind and welcoming people sampai rasa susah ya nak let them go. Itulah perempuan ni. Memang terlalu emotional attach ye bila dengan orang baik baik. Tapi tulah rezeki sangat sebab memang jumpa orang orang baik je. Yang tak baik tu ada tapi kita mengamalkan konsep hang nak mai kawan, hang mai. Hang takmau kawan sudah. Dah besar ni takde masa dah nak fikir kawan tak kawan. Siapa yang datang itulah yg kita hargai. Yg dah taknak kawan takpe. Kita ok je. Kalau nak kawan balik datang je la sini kita kawan semula. Simple. 

Basically banyak gila la benda benda manis yg jadi sepanjang 2023 ni sampai lupa bila last nangis sebab asyik ketawa je hshshshshshs. 


Okay tu antara part best dalam hidup la. Kat sini permulaan plot twistnya ya. 

Kan tadi aku cakap I was hoping ini adalah permulaan untuk a stable life. Lah tiber nak dekat hujung tahun company aku kena jual. And we were retrenched. Aku tak sedih sangat part retrench tu sebab dah boleh expect. Tapi aku sedih dan marah gila sebab company baru tu sumpah lembap nak mampus bagi keputusan. Kitorang tahu kena jual akhir september. Of courselah we demand a decision. Apa akan jadi, lab tutup ke teruskan, kitorang ni kena serap ke kena buang and etc. Terlalu banyak soalan yg ada. 


Ha lupa nak warning. Ni lepasni aku nak bebel tau. Kalau taknak baca terus je keluar ye. Kalau nak boleh scroll ke atas haaa gitteww. 

Ok sambung. 

Bayangkan dalam oktober tu kitorang memang datang kerja tanpa status. Yes memang dah bertukar company tapi status kitorang atas angin. Company baru nak apa? Nak sample dan client ya. Kemain rancak ye dari 1 Oktober duk transfer client dan sample. Kitorang? Kitorang ni sampah je senang nak campak tepi. 

Aku actually dah banyak kali cerita dengan org ya pasal betapa money oriented nya company baru ni sampai buat kitorang macam ni dan setiap kali tu lah marah aku sama je. Sekarang pun sama! Ey geram betul walaupun dah beberapa bulan berlalu. 

Ok sambung lagi. Sebulan weh. Sebulan kitorang buat kerja tanpa tahu apa akan jadi. Sama ada kena buang ke, kena transfer ke atau kena lay off ke. 

Takde, Yillek, Nil, Kosong.  

Sekosong perasaan kitorang hari hari pergi kerja lepas dapat tahu company kena jual. 

Okay so tiba tiba pertengahan oktober, kitorang dapat tahu yg lab kitorang tutup since ada lagi satu lab dekat tempat yg sama. Tapi tak official ye. Bagitahu dalam whatsapp je dahla bukan group yg ada kitorang. Pastu expect kitorang tahu?! Eh geramnya lahai! Waktu ni kitorang punya status masih tak diketahui ya tapi sample semua nak pergi sana dah. Slay!!! 💅

Bila dah tahu jadi macam tu, kitorang pun slowly pack barang kitorang yg super banyak tu supaya when the time comes, kitorang tak payah penat sangat buat kerja dalam satu hari. Lepastu yg aku anginnya ada satu hari tu aku tengah pack barang. Then datanglah one of the staff dari company baru tengok kitorang packing pastu cakap "actually patutnya korang tak payah packing dulu. Biar kitorang pilih dulu mana nak bawak lepastu baru packing." Mind you time tu dah belas belas haribulan oktober ya. Aku tak ingt exact tarikh. Pastu dia sambung "Excited ya korang nak pindah." Ya Allah waktu tu kalau bukan kerana kesabaran dan iman yg senipis kulit bawang ni, dah terbang dah kut kotak yg aku guna untuk pack barang tu. Tapi aku sempat roll eyes la taktahu dia nampak ke tak. Ya Allah aku punya level geram dan menyampah tu memang lebih tinggi dari puncak everest ya. Tuhan je yg tahu. 

Dipendekkan cerita, sampai ke minggu terakhir oktober, masih taktahu ya apa status kitorang ni. Sangatlah digantung tak bertali. Tapi cambiasalah nyah sample semua dah bawak sana dah. Tetaplah slay mengaut untung walaupun orang bawah terpinga pinga 😎. Finally Jumaat minggu terakhir oktober tu, baru dapat tahu siapa yg dibuang. Ha aku lah tu. Rupanya tu hari last kerja bestie huhuhuhu

Kena buang tu tak sedih sangat sebab aku memang berharap dibuang sebab taknak la masuk company yg money oriented sampai macam tu sekali. Lagi satu aku baru lagi so nak bayar pampasan tu tak banyak sangat. Dia dahler nak profit lebih kalau buang pekerja lama banyak le kena keluar. Bijak kan? 

Okay yang aku cam sedih tu sebab tanpa sedar, rupanya itu hari last kitorang kerja. Dan aku macam biasa la masih marah sebab bagitahu last minute. Bayangkan pukul 4 lebih tahu kena buang. Pukul 5.30 tu dah last clock out. Aje gila nyah. Aku ingat lagi ayat HR dia:

 "Minggu depan you tak payah datang kerja dah." 

Pedih mat. Tapi tula aku tetibe terfikir, kalaula kitorang tak start packing haritu, memang meroyanlah staff staff company baru tu nak packing barang kitorang  aku nak je pegi jumpa semula staff yang cakap ayat tu pastu cakap depan muka dia "harini last day kitorang, korang kemas lah barang kitorang yg lain tu sebab kan korang tak bagi kitorang pack haritu. Sekarang kemas sendiri." 

Tapi tulah semuanya hati lembut so atas dasar tanggungjawab, semorang kemas barang sendiri  so takdelah susah dorang nak pack. 


Ok tu je cerita aku tiba tiba hilang kerja. To be honest, sampai harini aku masih lagi tak percaya yang aku sebenarnya dah takde kerja. Dengan komitmen menimbun. Nasib baik masih jadi cikgu tuisyen ye bolehla topup sikit sikit. 

Tapi alhamdulillah lah Allah masih bagi banyak je rezeki aku. Contohnya sebelum tahu kena buang tu dapat iv untuk cikgu MARA. Lepastu bebetul ngam habis garden leave, rezeki dapat jadi cikgu ganti. Ha yg ni scary gak sebab kitonyo tak pernah jadi cikgu sekolah tiber kena jadi cikgu sekolah. Dahle sekolahnya ramai campur bangsa. Aku sampai mengajar dalam tiga bahasa ye demi nak memahamkan anak anak bangsa ni. Ceh kemain ayat nak gempak je selalu. Tapi satu benda yg best adalah kita kena tahu bahasa macam mana nak cakap dengan dorang supaya dorang dengar cakap and respect.

 I did that dekat satu kelas ni, I spoke Mandarin to the Chinese, aku sembang PUBG dengan bebudak Melayu, aku blend conversation dengan student India, and thankfully sampai harini dorang ingat dan respect ya. Dari jauh dah sembang pasal nak terjun bangunan dengan parachute ala ala macam dalam PUBG tu. Bebudak Cina tu nak balik pun greet dalam Mandarin hahahahahhaha kelakar pulak aku rasa bila teringat. 

So sekarang aku masih di fasa unemployed semula. Tapi unemployed kalini memang makan jiwa raga la mat sebab ada komitmen lebih dah sekarang. Sempatla mental breakdown memikirkan masa depan yang taktahu apa nak jadi ni. Aku ingt tahun takde dahla fasa breakdown tu rupanya lahhh dia corner last minute. 

Tapi takpelah bab bab mental breakdown ni kita simpan sendiri jelah sebabnya orang lain pun banyak je lagi benda lain nak fikir dan banyak je lagi benda yg dorang hadap. Biasalah bila dewasa ni mestilah kena ada nangis nangis sikit. Bak kata Malis "tetaplah slay walau airmata meleley." Gituu. Hidup kena tetap santai walau jiwa terbantai 🤟. Mana boleh happy je selalu. Kalau happy je selalu plain la hidup ko. Bosan gila macam cerita pukul 7 dah boleh expect apa nak jadi. 

To be honest aku pun masih lagi memikir doa yg mana yang Tuhan nak kabulkan ni? 

Sebenarnya Tuhan uji ni sebab nak sediakan aku jadi apa? 

Dan kan aku ada mention yg hidup aku mostly dikelilingi orang orang baik, so aku macam tertanya tanya jugak ini ke sebenarnya sebab aku nak sangat hidup kat dunia? Bahagia ni ke yg aku nampak sampai sanggup tempuh hidup kat dunia? 

Lah tiber emotional. 

Regardless, I learnt and survived a lot. 

Untuk yg pernah datang tapi sekarang taktau kat mana, kalau nak datang balik boleh je. Tapi jangan lupa pakai waze sebab takut sesat. 

Untuk yg jauh di mata tapi akan selamanya tetap di hati, I'll cherish the moments that we had. Dari kerja sampai lewat malam ke makan makan ke perangai gila ke emotional breakdown ke discussion tentang dewasa ke ketawa sebab benda benda bodoh ke lame jokes yang kita buat just untuk release tension ke speechless waktu dapat tahu company nak kena jual ke bergosip lepas waktu kerja ke kemas barang sambil main main ke cari kotak setiap waktu sampailah ke hari semorang kena berhenti tiba tiba dan bawak haluan masing masing. Setiap satu tu, masih dan akan sentiasa dalam ingatan insyaAllah. 

Untuk orang orang baik yg selalu ada, terima kasih sebab dah bantu mudahkan hidup saya yang tak seberapa ni. Tuhan je yang boleh balas semuanya.

Untuk fighter fighter kehidupan dekat luar sana. Congratulations! Anda dah berjaya lalui satu tahun yg penuh liku liku. Hiduplah untuk hari hari seterusnya dan berbahagialah. Sesungguhnya kamu layak untuk bahagia.  

2023 adalah tahun yang mecabar mental dan fizikal. Mencabar akal untuk menimbang tara di antara "I deserve to live and being loved" dan "I don't deserve anything in this world." Mencabar inner self untuk sentiasa menang melawan ‘pesimis’nya inner self yang lagi satu tu. Mendesak fizikal supaya tetap melangkah walaupun kalah. 

Semoga 2024 baik baik saja untuk aku dan kamu :)





 


Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb