Skip to main content

2024: A new start

 Assalamualaikum w.b.t


Umm. Hi peeps. Izinkan saya kembali menulis ya. Fuh kemain lama tak menulis sampai dah masuk suku tahun ya dari last entry haritu. Dia bukan apa haritu macam-macam benda jadi sampai tak sempat nak proses semua benda. 

Tbh, takde intention pun nak tulis tonight tapi kita tepu wak dengan segala kerja kerja yang ada. So kita pun imbaslah semula segala apa yg pernah diceritakan dulu. Bak kata mat salleh “strolling down the memory lane” aaaa gittew ((kemain eh perempuan ni!)) 

Actually I baca my previous entry and I was stucked dekat satu paragraph yang mana aku masih tertanya tanya sebenarnya doa yang mana yg sedang Tuhan kabulkan. Dan bila fikir balik, aku dah jumpa dah weh hikmah dia! Tapi tulah bila cerita pasal ni jadi sedih pulak 🤧 

Sebab apa?

Sebab aku dapat rasa di tahun 2024 ni hidup aku berubah 365 darjah ya ((kena extra sikit baru nampak gempak hihi)) 

Kalau korang follow my last entry, mesti ingt yg aku pernah merentan tentang my unemployment, sudden retrenchment, mental breakdown etc dan tetibe dapat interview jadi cikgu MARA yang initially wasn’t in my plan pun untuk mohon.Okay kenapa aku kata hidup aku berubah? Sebab dulu I was against jadi cikgu sebab mengejar silibus. Kalau tak takdela tiga kali mat reject ipg. Nasib baik je ipg tu tak blacklist nama aku kalau tak menangis jela nak apply jadi cikgu tak lepas sebab nama kena blacklist 💀 

Dia punya allergic tu sampai memang merasakan pendidikan adalah my last choice of job. Sampai dulu kakak offer jadi cikgu English sekolah rendah pun kita tolak wak sanggup kerja kat Klang Valley. Ye saya memang tutor budak - cikgu le tu kan? Tapi tutor dengan cikgu beza wak. Tutor dia tolong budak tu bagi faham. Dan tak terikat dengan nak habis silibus. Cikgu lain wak. Dia terikat dengan silibus. 

Tapiiii 

Nak dijadikan rezeki, kita lulus pulak wak interview MARA tu and here I am, dah dua bulan lebih dah mengajar bebudak MRSM 💀 

Dan waktu tu sebenarnya baru satu persatu hikmah tu nampak tau. Sebab previously I was a tutor, pastu cikgu ganti pastu cikgu betul. Betullah kita merancang Tuhan juga merancang, tetapi perancangan terbaik semestinya datang dari Dia. Terus boleh relate tau kenapa sebenarnya Tuhan tu letakkan kita di dalam satu situasi. Banyak yg Dia nak ajar sebenarnya. 

Walaupun deep down masih lagi belum move on dengan segala gala cerita dan kenangan di Klang Valley, tapi kat sini pun best jugak! Maybe sebab dulu pun aku macam dorang jugak. Walaupun mungkin latar sekolahnya berbeza, tapi rutin yang sama je macam yg pernah lalui dulu waktu zaman sekolah. So dia jadi best sebab boleh reminisce balik kenangan kenangan zaman sekolah dulu. 🤣🤣 Kelakar je tau bila tengok perangai dorang dorang ni sebijik perangai kitorang waktu duduk dekat asrama dulu. Betullah orang kata ‘only asrama people understand other asrama people’ haaaa gituhhh 🤣 

Kalau dulu my coping mechanisme adalah my colleagues tapi dekat sini my coping mechanism adalah students. Seeing them is like seeing teenage me. Sebab apa yg dorang buat tu adalah apa yg aku dan kawan kawan buat dulu. So kalau tanya aku, aku memang enjoy teruk bila dapat ikut rutin dorang. 🤣 Rasa macam kembali muda haaa gitu tapi sekarang dengan pangkat berbeza. 

Kalau kerja pulak, mungkin sebab aku ok bila environment okay, so semua masih bearable lagi. Tapi tak nafi lah ada je benda yang kadang kadang buat aku sakit jantung, kadang kadang roh macam dah terkeluar dari jasad. 

Contoh sakit jantung tu bila kena handle a whole batch of upper form untuk mengajar. Kitonyo small wak. Level bilis je pastu sebelum ni audience kita bebudak je. Tapi yg dorang ni sikit lagi nak jadi makbapak budak dah. Nervous kita wak. Lagi nervous bila tengah tengah mengajar pastu ada org ‘besar’ pulak tengok kita. Memang gigil tahap tak ingat 🤣  


Tapi tu jela yg sakitnya. Most of the time enjoy je lelagi time puasa ritu. Bersyukur ya saya sebab sempat join terawih dorang. Memang bebetul teringat zaman zaman study dekat sekolah menengah dulu. 

So far boleh kata most of the time, seronok je ada dekat sini, di profession ini. Tapi adalah time yg kadang tu rasa nak nangis, kadang tu rasa sunyi. Tapi tbh kalau takde the students, memang mati la aku. I owe them a lot walaupun secara tak sedar. 

Dulu kan I always dream of becoming a motivator. Sebab macam best tau kongsi lessons yg kita dapat through pengalaman. At least people wont be like me. They’ll be better. Dan aku rasa itulah reason kenapa Tuhan letakkan aku di profesion ini. Sikit demi sikit dah nampak kenapa Tuhan tolong untuk jadi tutor dulu, lepastu bagi pengalaman jadi guru ganti lepastu berhentikan kerja. Sebab dia nak letak aku dekat sini, di profesion ini dengan cara tersmooth yg mungkin. Tapi tulah dalam nak mencapai ke’smooth’an tu mestilah banyak dugaan dan cabaran. Tapi takpe semua tu dah berlalu so kita letak tepi. 


Betullah Tuhan ambil sesuatu untuk gantikan dengan sesuatu yg lebih besar. In my case, Tuhan ambil segala memori di Klang Valley dan tempat kerja lama, dan gantikan dengan memori di tempat baru, bersama orang baru. 

Dan betullah jangan buruk sangka pada Tuhan. Sebab pada akhirnya apa yg kita tak pernah sangka tu lah yang Tuhan nak berikan. 

 





Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

TIPS MOHON BIASISWA

 Hai Assalamualaikum!  Holla peeps. Im back!!! 😎  Fuh jarang jarang ya I tulis entry waktu siang macam ni *lap peluh* Rasanya masih belum terlambat kut untuk I ucapkan congratulations kepada semua pelajar pelajar yg mendapat tawaran untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (universiti dan seangkatan dengannya I mean).  Congratulations 🥳🥳🥳  Selamat datang ke dunia di mana benda paling susah nak decide adalah baju apa nak pakai time lecture sejam atau dua jam je sehari 🤗🤗🤗  Haha takdela gurau je.  Tapi apa apa pun tahniah sebab dah berjaya melangkahkan kaki ke alam impian korang ecececece. Yg kurang berjaya tu takpe insyaAllah ada rezeki lebih baik di masa hadapan.  Bila sembang pasal zaman universiti ni mestilah benda pertama sekali bermain di fikiran adalah yuran pengajian. Yuran ni memang nightmare lah untuk students semua, ngl. Sebab yelah nama pun students kan kita bukannya worker jadi duit tu macam chipsmore, kadang kadang ada, kadang kadang tinggal dompet je.