Skip to main content

Asam Garam Gula Hidup Tamhidi

Assalamualaikum....

Hye peeps 👀👀👀👀.......

Aku rasa macam dah terlambat nak cerita, since batch baru Tamhidi dah masuk. Dan dah berkoyan koyan blogssss (notice the s) yg tulis pasal life tamhidi. Dan aku cuma nak tambahkan rencah perasa je dari apa yg dah korang baca dari post blog pelajar pelajar lain.

Aku takdelah nak cerita satu satu dari A to Z secara detail tentang kehidupan Tamhidi ni. Cuma umum. Nak detail? Pergi cari kat blog orang lain. 😈 Aku maybe akan lebih cerita pengalaman aku. Dan oh, aku punya post tak bergambar. Sorry.

Tamhidi ni tak banyak ubah pun macam sekolah. ((Tak, tipu je. Banyak yg berubah sebenarnya.)) Hari hari ada kelas dari 8 pagi sampai 5 petang. ( utk bulan puasa sebab tiap tahun pun korang akan masuk lebih kurang bulan puasa.) Pack tak pack masa, tengok jadual kuliah korang camne.

Untuk sem 1, bagi aku banyak masa, tapi takde masa lepak. Yelah baru baru masuk mana boleh ngam dgn semorang en. Paling paling pun pergi lepak dgn geng satu sekolah.

Waktu aku sem 1 dulu, boleh kata aku kenal housemate dgn tutormate je. Tu pun kira oklah dari kau tak kenal sesiapa. Lel. Tamhidi ni sama je macam uni. Boleh kluar tiap tiap hari dari 6 pagi sampai 12 malam. Heaven! So merasa lah jugak aku pergi berbuka kat kfc, Beli barang kat Giant (act ni tempat paling kerap pergi), dinner dgn classmates ( ni wajib tiap sem) dan macam macam lagilah. Macam aku cakap, sem 1 kau ada banyak masa terluang.

Bagi aku, duduk kat Nilai ni best.  Walaupun akan selalu di'nilai' (( ok hambar)) , tapi nak pergi kl senang gila petik jari je. Dan poket kembunglah yg pasti. Sebab apa? Sebab KTM (baca: Keretapi Tanah Melayu) dekat dan murah. Aku pernah bercita cita nak masuk semua mall dekat kl. Hahhahaha Aku sendiri tak paham apa aku fikir waktu tu.

Transport pun takyah fikir, banyak je prebet (baca: kereta sapu), uber kat sini. Boleh kata number number bro sis prebet, apps uber tu macam starter pack lah untuk bebudak tamhidi. Nak lagi boek bawak lah kereta sendiri. Hehehehehe tapi aku tak taulah kalau sekarang dah takleh bawak.

6 bulan sem 1 aku, penuh warna lah. Walaupun tak sepenuh dan seceria sem 2, tapi aku tetap kata sem 1 aku cun gila letops. Ha amik kau. Ye, memang betul hari hari sibuk dgn tutor, study chapter baru bab baru, tapi benda tu jadi seronok sebab kawan kawan ada dekat kita.

Aku sendiri mengaku, kalau takde depa ni, takde lawak lawak depa, memang stress gila ko ngadap homeworkssss bertimbun. (Eheh, ingat uni takde homework ke?) Tapi sebab housemate dgn classmates  aku semuanya masuk air kelakar gila aku bagi 10 HA, plus internet free laju gila nak nak lagi bila tengah malam, cenggini hidup aku tiap tiap hari 👍.

Subjek.... Hmmm aku boleh kata subjek pun boek lah. Sebab aku budak sc technology. Jadi Core subject macam Bio, Phy, Chemist dan sengaja dilupakan Math, aku belajar. Tambah lagi dgn Arab dgn English. Act, Tamhidi Medic, Dentist dgn Sc Tech ni sama je belajo. Jadi aku pesan siap siap, utk org luar, jgn kau underestimate pelajar sc tech. Sebab kami pun setaraf pelajar Medic dan Dentist, cuma kami tak qualified utk masuk Tamhidi tu. Aku pesan, sebab aku pernah kena. Sedih tau kena underestimate ni.

Okay, overall, subject yg belajar waktu Tamhidi ni macam subject SPM je, cuma lagi mendalam dan ada lah tambahan chapters baru. Kalau semua nak sama lemak. Lecturers aku semuanya pergh terbaik bak kata boboiboy. Semua best sampai taktaulah nak pilih lecturer mana yg berkenan di hati. Jadi jangan risau, takde lecturer yg garang gila nak mati. Takde. Setakat ni semua ok je tak penah lagi ada yg mati.

Tapi aku paling fav lecturer English dgn Chemist. Sebab lecturer English aku sangatlah islamik pastu suka kasi kitorang semangat. Kalau nak kenal lebih godek post aku yg tajuk 'Thank You' tu. Aku ada mention pasal dia. Lecturer Chemist aku pulak alahai baik nyaaa. Bersifat keibuan. Explain pun senang faham. Mungkin sebab aku minat Chemist dari skolah kut jadi buta terus aku tengok Chemist ni even org kata Chemist susah.

Exam.... exam ni aku rasa benda paling aku tak suka cakap. Sebab lepas exam mesti sedih. Sebab bila exam je cuti, memang lah happy dapat jumpa family, tapi sedih gak sebab tinggal kengkawan yg dah lepak sesama berbulan bulan en. Ha, Exam dgn test ni lain. Exam ni macam exam besar korang exam kat dewan besar. Kalau Test tu kat dalam kelas je. Tapi satulah aku nak pesan awal. Test berkoyan koyan. 😈😈 Sebab tulah carrymark korang yg menentukan korang dapat A atau B. Jadi jangan main main. Aku dah menyesal dah. Tapi tak guna sebab nasi bukan takat dah jadi bubur. Bubur tu dah basi dah pun. Jadi korang yg baru baru ni, jangan lekehkan test.  Ha, satu lagi nak pesan. Bawaklah segala mak nenek sweater, selimut ke kain batik ke. Sebab dewan tu sejuk dia macam ko duduk alaska. Sejuk dia sampai rasa nak cari gaduh dengan pen pensel atas meja.

Okay, ni baru sem 1. Sem 2 aku sambung dalam entry satu lagi. Tetiba pulak dapat semangat aku nak bercerita. Selama ni takde pulak. Dah engko layan kan ajelah.

Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb