Assalamualaikum....
Hollaaa again peeps ✌
Jadi aku taknak delay delay dah. Now aku cerita sem 2 pulak. Bagi aku sem 2 ni busy. Serious tak tipu. Busy berdo'oh kata org Kelantan.
Kenapa busy?
Sebab ada 1001 assignments kena siapkan dengan due date yg ada setengahnya sama dan ada setengahnya beza cuma 2, ,3 hari je. Dengan assignment ni aku maksudkan tutorial, dan kerja kerja grouping yg korang kena buat.
Aku saja je cerita benda scary dulu. Nak kasi korang baca doa banyak banyak sebelum masuk sem 2.
Tapi....
Dalam busy gila tapi takdelah sampai tak sempat mandi ni, sebenarnya bagi aku enjoy lagi sem 2 dari sem 1. Sebab waktu ni aku dgn kawan kawan dah ngam macam lu gua bro. Brother dgn sisterhood tu memang macam "lu langsi lu mati" lah. *adumak over pulak dia ni*
Sebab apa aku kata best? Sebab most of the assignments adalah group assignment dan.... yg paling best gempak dia adalah sem 2 ni kerja korang berlakon, bercakap, buat video, berdebat. Paling banyak berlakon lah. Ha waktu ni sapa rasa nak acah acah hero filem tu boleh lah tunjuk bakat.
Berlakon ni nanti korang akan jumpa dalam subjek Arab dgn English. Jangan main main kau Arab berlakon. Kalau tak caya boleh bukak youtube pastu search "Yalla Arabiya". Yalla Arabiya ni sebenarnya pertandingan. Aku bangga lah jugak sebab wakil kelas aku dapat number 2. 2 daripada berpuluh kelas. Hehehehehehehe.
Pastu untuk both subjects ada roleplay. Waktu ni memang best gila lah sebab dari skrip, watak, props semua benda bincang sendiri. And aku bertuah sebab untuk roleplay Arab aku dapat penulis skrip dalam group aku. Muehehehehe jadi roleplay kitorang amik dari skrip dia yg dah siap dan.... translate. Bertuah jugak sebab ada sifu arab dalam group kami. Muehehehehe
Untuk roleplay English pulak, aku ada hero paling menjadi lakonan dia untuk abad ini. *muka bangga* Dan lagi bangga sebab skrip aku buat dibantu dgn ahli group aku yg buat part aku sebab aku alergi buat part sendiri. Malam sebelum roleplay grup aku relax je tak rehearsel padahal group lain semangat gila berlatih. Hari kejadian, disebabkan aku kena jadi bunian so pagi tu aku pakai full set putih. Dan ko bayanglah tiap kali org nampak aku nak naik lif, semua tanjat ala ala nampak kak Limah dalam lif. Hahahahaha aku rasa nak gelak kuat kuat tapi kesian. Mujur petang tu aku bawak baju spare dan terus tukar lepas roleplay.
Macam aku cakap, sem 2 ni busy tapi nyempat je lagi kalau nak lepak lepak pergi tengok wayang. Macam aku buat waktu lawatan pergi Pandan Indah dulu. Niat memula tu memanglah baik, nak tengok scrabble competition sekali dgn melawat Fakulti Medic Dentist sebab harap gila dapat jadi fakulti degree nanti. ((Doakan aku jadi dr ye semua)
Tapi semua tu tinggal kenangan sebab lepas 2 3 jam duk situ, kitorang pergi Sunway Velocity sebab nak tengok Syurga Tak Dirindukan 2. Tapi tu bukan pengakhiran. Sebabnya wayang kat situ tak tayang filem tu sobs sobs 😿
Then kitorang lari pergi Pavilion. Eh takdelah lari mestilah naik Uber. Buat budak kampung macam aku ni, tulah kali pertama aku jejak Pavi yg besar gila nak mampuih tu. Dan alhamdulillah, ada filem tu. (Padahal kitorang dah google dulu lol)
Balik tu pulak, memang confirm lah tak naik bas Usim since Bas usim amik kat Fakulti dan dah lama gerak balik. Pastu apa lagi, terus naik monorel lah sebab nak kejar sampai Kediaman sebelum 12 malam. Serious aku rasa thrill gila journey hari tu. Dari tak pernah naik monorel, tetiba pandai naik. Masuk Pavi, masuk I-setan semua merasa lah. Kira aku boleh cerita lah kat anak sedara aku nanti "Dulu auntie pergi dah kat sini dgn kawan kawan." Adalah modal aku nak berlagak sikit dgn anak anak buah aku nanti.
Pastu bila aku cerita kat kawan aku aku pergi Pavi semata nak cari cerita Sytd 2 tu, depa cakap
"Jauhnya cari syurga sampai Kl 😹".
Ha sebelum aku terlupa, nanti utk English, korang akan kena buat vlog jugak. Merasa lah jadi vlogger ala ala Matluthfi, Cupcake Aisyah, Ezzat Eddy, Atiqah Juliadani (eh?).
Pasal vlog ni pun best jugak since group aku semua perempuan, so enjoy dia lain macam. Hehehehe dari nak start cari tajuk sampai nak record semua tu, semua kelakar gila.
Ada satu hari tu, hari tu cuti. Kitorang dah record separuh dah vlog kitorang since due date dah dekat. Pastu tetiba ada satu kelas yg blaja dgn lecturer sama dgn kitorang cakap yg vlog kena islamik sikit. Aku dgn geng vlog aku dah tepuk dahi. Sebab kitorang punya takdelah islamik mana. In fact, tak islamik pun. Takde unsur humanitarian pun.
Then one of geng vlog aku (seriously aku lupa siapa yg ada dgn aku waktu tu) cakap
"Aku laparlah. Nak roti canai."
What! Tengah serious bincang nak tukar jalan cerita, tetiba dia kata lapar. Tapi kitorang memang lapar pun sebab tak makan pagi. Pastu terus semua kata
"Jom ah lepak mamak. Makan roti canai mana tau ada idea." Serious, lepak mamak ni memang pertama kali jadi dalam hidup aku dgn perempuan. Biasa aku lepak mamak dgn abah. 😹😹😹
Pastu transport pun bukan biasa biasa. Balqis, geng vlog aku pulak offer nak pinjamkan kereta kawan dia. Memula tu aku ingtkan kereta biasa, sekali kau Peugeot! Mau tak terkujat aku. Kat kampung mana nak ada kereta cenggitu. Pastu cerita dia memang semua org pandanglah sebab datang mamak naik Peugeot. Dua jam lepak mamak, balik terus boleh record. Kan dah kata kat kedai mamak banyak idea. Hehehehehe
Entahlah, aku takleh describe sem 2 aku dgn detail. Sebab semuanya best. Semuanya gila. Ni belum lagi aku cerita pasal sistur yg buat satu kelas malah kuliah aku tungang terbalik. 😹 Tu tiga pages pun tak habis.
Senang cerita macam nilah. Kalau setakat dengar cerita aku, kau takkan rasa excitement dia. Kau kena rasa sendiri. Even aku sendiri akan kata "Once Usim, forever Usim" sebab takde jalan utk kau ke uni lain, tapi utk kau rasa sendiri gempak dia tu, aku galakkan kau mohon.
Untuk yang tak masuk lagi, dan berkira kira untuk masuk, nasihat aku, masuklah. Sama je macam uni lain. Buat yang dah berada di Tamhidi Sains dan Teknologi, aku ucapkan all the best dan selamat mencipta kenangan. Benda benda ni korang akan rasa tak lama lagi.
Buat yg ada di Tamhidi Sc Tech, dan hampa tidak ke Tamhidi Medic atau Dentist macam aku, jangan risau. Peluang untuk kau jadi Dr tu masih terbuka luas. Cuma perlu belajar je sungguh sungguh.
Akhir kata, ye aku tau, setiap uni ada pengalaman berbeza. Dan aku yakin ramai yg ada pengalaman lebih menarik dari aku. Tapi aku still akan kata pengalaman setahun dekat Tamhidi ni, macam pengalaman sepuluh tahun yg jadikan aku, aku yg sekarang. Yang tak sama dah macam zaman sekolah dulu. Betullah, pengalaman mendewasakan. Aku belajar jadi independent person dekat sini. Jadi untuk anda anda, yg rasa nak tempuh pengalaman yg sama, aku alu alukan.
Nota kaki : Kalau dapat tamhidi Sains Teknologi nanti ingatlah aku. Kalau sudi bagitau, boleh bagitau. Kalau nak kongsi cerita, aku tadah telinga.

Comments
Post a Comment