Assalamualaikum....
Dari kecik aku tertanya
"Apa eh perasaan drug addicted ni?"
"Cemana eh rasa dia hisap dadah?"
"Betul ke rasa free gila macam nak terbang?"
Sebab dari kecik isu dadah ni tak pernah habis. Dan selalu je kanak kanak macam aku (waktu kecik dulu la) disumbat dengan simptom dadah, bentuk dadah, effect dadah etc. Jadi wajarlah sebagai budak budak akan terkeluar soalan soalan macam tu sebabnya budak kecik kan full of curiosity. Tapi itu bukanlah bermaksud aku nak pergi try dadah tu.
Bukan. Bukan. Bukan.
Aku waras lagi. Masih sayang diri sayang keluarga lagi. Chill semua. Cumanya, tadi dapatlah kesempatan sikit (kut) aku rasa macam manalah drug addicted ni rasa. Eh korang jgn suruh polis tangkap aku pulak. Rilek, aku explain.
Okay macam ni. Aku dah dua tiga hari la jugak batuk. Aku tak suka makan ubat. Selagi boleh sihat secara natural, selagi tu aku avoid ubat. Tapi tadi aku memang takleh tahan dah. Sebab asyik batuk je. Pastu tekak gatal. Rasa nak cabut anak tekak ni suruh dia rilek kejap dekat luar. Tapi sebagai ibu yang menyayangi anak tekaknya, aku tak jadi buat. 🌚
Dipendekkan cerita, menggunakan kuasa internet, aku ws dekat group blok kediaman siapa ada ubat batuk. Kebetulan member sebelah bilik ada. So aku dengan pantasnya berlari ke bilik dia. Ceh taklah tipu je. Aku jalan tiga langkah je dah sampai. Then dia bagi aku satu ubat ni. Bukan Cap Ibu dan Anak, bukan Hurix tu.
Tapi dia bagi ni :
So itulah ubat yg dia bagi. Aku yg sememangnya noob pasal ubat ni terima jelah. Sebab dah terang terang dia tulis untuk batuk. Dan bila aku bukak kotak tu, aku tak nampak pun dia punya cap yg indicate berapa ml nak minum tu. Jadi aku pun buat pandai gunalah sudu biasa since dia tulis kena makan 10ml.
Dan berbekalkan pengalaman selama 2 tahun sukat liquid dalam lab, aku rasa satu sudu tu tak cukup 10ml lagi. Jadi aku makan dua sudu. Sumpah pahit sebab aku terminum air. Benda ni seeloknya jangan minum air. Okaylah waktu tu aku lepak je lagi siap boleh buat visual flowchart untuk lab chemist khamis ni.
Oh sebelum tu, aku perasan lah dekat kotak tu dia tulis "this medicine may cause drowsy" so aku chill je sebab memang semua ubat batuk camtu. Sebab memang ada dadah dalam ubat batuk tu. Tapi terkawal. And member aku pun cakap ubat ni buat ngantuk.
10 minit lepastu, kepala aku mula rasa ringan. Rasa macam takde kepala. Aku mulalah panik. Tapi tak panik mana lah sebab aku rasa ubat tu baru bagi kesan. Then aku tak boleh fokus. Capai phone scroll whatsapp pun aku jadi kosong. Then aku cakap dekat roommate. "Aku rasa aku high. Ubat ni dah bagi kesan."
Rupanya betul weh. Sebab lepastu aku bangun dari kerusi nak pergi dekat katil. Kaki aku macam terbang. Macam pijak kat lantai yg beralun. Senang cerita macam tak berpijak di bumi nyata lah. Aku dah start risau dah. Dalam hati duk ulang kata "Jangan Addicted." "Jangan Addicted." Sebab aku risau aku keep on nakkan ubat batuk tu.
Roommate aku pun dah usyar aku pelik je. Pastu aku trylah keluar bilik. Ye weh aku rasa macam terbang. Ni kalau kena buat ujian air kencing ni sure sangkut. Pastu bila aku tanya member aku tu dia kata dia makan satu sudu je. Yes perkiraan aku silap. Terus aku conclude aku overdose.
Panik lah jugak because aku ada majlis kena attend pukul 2. Aku makan ubat tu dalam pukul 11 lebih camtu. Tapi memang high tu buat aku ngantukla. Aku pun terus tidur sambil mengharap halflife ubat batuk ni cepat. AKU NAK BADAN AKU BALIK. RASA MACAM ROH KELUAR PEGI MERAYAP TAK RETI NAK BALIK. Sampai roommate aku nak makan pun aku takleh teman. End up dia bawak balik makanan kat aku. Saranghae roommate. 💕
Dipendekkan cerita, dalam pukul 4 petang jugaklah baru aku bebas dari pengaruh dadah tu. Lama tak lama?
So nasihat aku, untuk remaja remaja ni, tak payahla nak pergi try dadah tu cemana. Tak best pun. Kau ingat best ke terbang tu? Gayat tau tak! Jadi ayuhlah kita cuba benda lain yg lebih bermanfaat.
Dan untuk pembatuk tegar, aku nasihatkan korang jangan buat pandai macam aku. Cek betul betul berapa ml kena consume. Jangan kau main belasah je consume banyak mana yg kau nak. Bahaya tau. Nanti kang jadi macam aku merana hidup kau sehari. Consult doktor. Takpun makan satu sudu je. Jangan amik lebih!
Dan untuk si drug addicted, ye saya dah rasa apa yg awak katakan high tu. Kononnya bebas dari masalah. Sebenarnya tak ok. Dadah bukanlah solution kepada masalah. Tapi chemistry. Sebab chemistry ada solution. Hambar tak hambar tak? Hahahahahaha semoga Allah bagi hidayah untuk kalian berubah ke jalan yg benar.
Dan kepada pengguna produk di atas, dan anda memandu sebaik sahaja kau consume ubat ni, aku sumpah kau dapat batuk kekal 7 keturunan. Bahaya kau tau. Aku nak control diri sendiri pun susah lagi kau yg bawak kereta. #emotetibepehal
Aku mengaku lah apa yg aku rasa ni kesan dari silap aku amik lebih dari sepatutnya. Jadi aku tak salahkan member u atauoun product tu sendiri. Maka doakanlah aku kembali ok. Supaya esok tak payah pening kepala fikir nak pergi consult doktor ke tak.
Kesimpulannya, segala penyakit tu ujian dari Allah. Carilah keampunan padanya. Ubat tu perantara, yg menyembuhkan tu Allah. :)

Comments
Post a Comment