Skip to main content

Degree Life - Pt1

Assalamualaikum...

Aku dah habis satu semester dah untuk degree. Tinggal tiga tahun setengah je lagi nak grad. Em tak bila dah tolak intern sebenarnya tinggal tiga tahun lagi. Weeeeee 😆😆 lepastu nak pergi backpack dengan adik pusing satu dunia lepastu cari kerja.

Amboi amboi amboi...

Tinggi betul angan angan. Okay so sepanjang satu sem jadi budak chemist ni not bad laaa. Ive gone through the ups and downs. Tapi biasalah mana ada dalam hidup ni nak senang je selalu kan?

Maka tanpa berlengah aku cerita sikit lah pengalaman aku sepanjang satu sem ni. InsyaAllah untuk sem sem depan pun KALAU RAJIN aku tulis sekali. Satu, supaya aku dapat share dengan korang jatuh bangun aku study. Cewahhhhhh. Dua supaya nanti in the future aku boleh baca balik pastu gelakkan diri sendiri takpun untuk berlagak dengan anak anak sedara aku yg makcik dia ni  struggle teruk nak berjaya. Aherher. 😌

WARNING! 
ENTRY NI KEMUNGKINAN PANJANG JADI KALAU TAK SANGGUP BACA BOLEHLAH TUTUP DAN SAVE MASA KORANG PERGI BACA BENDA LAGI BERMANFAAT. JANGAN KATA SISTER TAK WARNING. 

Kalau korang baca blog aku dari dulu atau korang memang antara manusia yg kenal aku, maka korang taulah aku ni student kimia. Budak Ichem Tech, USIM. Bukan UIA bukan jugak USM. hehehehehehe. Jadi actually Ichem ni adalah back up aku kalau aku tak dapat Medic.

Dan...
 Memang tak dapat pun. Lol.

Tapi aku okay jelah masuk Ichem since ni backup aku kan. So dua tiga hari before masuk degree, aku ws classmate aku yg kebetulan satu kos dengan aku degree ni untuk buat ws group. Benda biasalah bila jadi budak baru en. Nak jugak tahu siapa lagi yg satu kos dengan kita plus budak budak matrik stpm stam dan yg seangkatan dengannya yg dapat satu kos dengan kitorang. Senanglah nanti nak buat kawan. Huhu

So dalam group tu ada dua tiga org seniors untuk guide kitorang macam mana life degree ni kan. Since semua still setahun jagung je lagi. And ada jugaklah dua tiga orang seniors yg dm aku dekat twitter kata dorang pun kos sama. Okay serious talk, aku excited teruk nak masuk degree. Sebab apa? Sebab aku tak sabar nak mingle around dengan semua orang. Nak rapat dengan seniors.

Tapi me being me lah kan. Aku jenis yg dalam social media memang aku social lah. Kira aku boleh tegur orang. Bila jumpa depan depan mulalah malu nak tegur. Masalahnya aku jenis ingat orang walaupun orang tak ingat or even tak kenal siapa aku. Pastu awkward. Lulz.

Okay tu bukan point dia. Aku nak cerita kat sini is, seniors memang banyak bantu lah guide kitorang macam buku nak beli ke pinjam je? Lecturer garang ke tak? Belajar macam mana? Dan tak lupa juga dorang siap dah pesan yg Calculus susah amat jadi be ready lah. Huhuhuhu

DEGREE LIFE DAY 3 (aku start day 3 terus sebab yg lain tu orientasi)

Ni kali pertama kitorang gather ikut kos. Untuk ketua program bagi quick brief pasal kos masing masing. So waktu tu barulah tahu out of 80++ budak kos aku, 18 je kumbang. Yg lain semuaaaa bungaaaaa. 😇🌷 Lepastu lagi, kos aku ni kira adil. Separuh daripada lepasan matrik stpm. Separuh lagi lepasan Tamhidi.

Waktu ni lecturer dah siap siap pesan dah
"Budak tamhidi jangan rasa awak dah tahun kedua kat sini awak berpuak dengan budak matrik. Kat sini semua sama."

Turn out untuk subjek Organic Chemistry pentadbiran pecahkan kitorang dua kuliah. Satu kuliah semua budak tamhidi, satu lagi kuliah semua budak matrik stpm + beberapa orang budak tamhidi.

Tak assobiah pekemenda? Siapa yg assobiah? Okay sorry sis emo sikit.

Okay muvon.

To be truth, sejak seminggu sebelum masuk degree, aku dah rasa okay jiwa aku memang kat sini. Aku excited teruk kut nak start degree padahal bebudak lain semua meroyan taknak balik uni. Entahlah kenapa tapi mungkin sebab ni kut yg Allah dah takdirkan.

Okay kita move pergi subjek pulak. Untuk sem 1 ni aku ambil 7 subjek. Yg kelakarnya, dalam 7 subjek tu ada satu je subjek core untuk student chemistry which is Organic Chemistry. Yg lain semua subjek wajib fakulti dengan universiti. Okay Im done. *sigh*  7 subjek yg aku ambil waktu sem 1 were Organic Chemistry, Calculus, English for Academic Purposes, Practical Arabic, Hubungan Etnik, Phylosophy of Science, Dakwah. Paling seram kat sini adalah calculus. Taktau lah kenapa tapi aku memang alergi betullah dengan math dan segala keturunan dia. Dan ni jugak antara sebab utama kenapa aku nak gila jadi doktor.

Sebab boleh lari dari math. But it seems like math is after me all the time! *sweating*

Belajar 7 subjek ni sebenarnya mencabar jugaklah. Lagi lagi calculus. Tapi subjek lain pun sebenarnya membunuh jugak. Macam english yg tiba tiba kena buat research paper. Etnik yg tiba tiba kena buat assigment pasal makanan pastu kena bentang. Dakwah yg katanya midsem ada objektif je rupanya ada subjektif sekali dan yg buat lagi susah sebab belajar dakwah bahasa Arab. Usim kan?????

Organic Chemistry hmm pun sama je. Bayangkan lah hexane yg dulu belajar dia bentuk 6 segi je rupanya 3D punya bentuk tak macam tu. Ada chair lah boat lah macam macam. Kadang kadang aku wonder jugak macam mana aku endure 14 minggu macam ni. Tapi one thing for sure lah, I got support from people around me. They throw me love and push me to be better. Ecececece okay aku harap kalau ada budak kos aku yg baca ni terharu sikitlah. Aku jarang kut puji orang. Hehehehehe.

Okay habis pasal subjek. Rutin harian sama je. Ada hari memang tak cukup tanah nak berjalan. Dan malang bagi aku sebab hari tu jatuh hari Isnin makanya aku kena Monday Blues. Bayangkan kelas dari 9 pagi sampai 10 malam. Tabah tak tabah ko menapak pergi kelas. Ada hari tu termenung jugaklah depan loker nak pakai baju apa? Kurung ke casual sebab kelas 2 jam je. Nanti membazir baju. Boys I tell you, perempuan ni suka bersiap tapi kalau kelas setakat sejam dua dia memang meroyan sebab taktau nak pakai apa pergi kelas. Nanti kalau pakai beria kena basuh baju banyak. Selain tu, rutin harian aku biasa je. Pergi kelas, balik kelas, kadang kadang pergi riadah, ada sekali dua cheat day keluar pergi mall makan subway lah K fry lah Hanbing lah Dip n Dip lah. Tapi sumpah sekali je. Lepastu terus miskin. Lol.

Kenangan manis? Banyaaaaaaak gilaaa. Untuk kos aku ni dan semua kos kos dekat FST, dorang memang jalankan sistem setiap batch pegang satu event. Macam kos aku first year handle Chemgrill dengan Tautan Mahabbah, second year handle Chemy Voyage (baca: Family day), third year handle seminar Ichem, fourth year handle Chemnight ( alah ala ala annual dinner tu.) So kat situ aku rasa dah chemistry dia sikit sikit. Sebab tu campur semua batch kan maka waktu ni barulah nampak gilanya sorang sorang, nampak orang ni cemana orang tu cemana. Overall aku banggalah sebab masuk kos ni. Sebab seniors semua okay je. Dan ye aku berkawan jugak dengan budak matrik semua tu which bagi aku tu satu achievement lah sebab aku jenis susah sikit bercakap dengan orang yg aku tak kenal. Tapi bila dah kenal aku ok je.

So kat sini aku selit selit sikitlah antara kenangan manis yg ada.


 Yg ni antara gambar kelas yg aku ada. Biasalah last class mestilah nak bergambar dengan lecturer as if its your last day there. Huhu
 Ni hasil food hunting haritu dengan rumet. 


 Ni bebudak kuliah aku untuk Organic Chemistry. Ni pun dah penuh gambar cemana nak tangkap gambar satu kuliah semua haaa

 Okay ni versi kuliah full tapi tak cukup 3 4 orang. Waktu ni malam Chemnight tu. Dan event pertama aku pergi dengan kaki yg entah apa apa sebab aku baru je injured semalamnya. 
 Okay ni roommate. Hehehe inilah muka muka yg bertanggungjawab tarik aku balik ke dunia kpop yg aku dah tinggal lama. Ececece. Tapi dorang pun tarik aku jadi lagi baik kut. Hehehehe
 Ini waktu Chemy Voyage. Haah kitorang memang berterabur takde tema pun. 
 Ft Atiq (yg tengah tengah) merangkap roommate keenam. Roommate kelima nanti aku kenalkan. Dia ni sikitla dah berjaya tarik kitorang minat masdo. Taktau masdo tu apa? Sila google. 
 Aku masuk koko uniform. So waktu ni tengah praktikal akhir sem. Kalau nak cerita pasal koko saja memang it takes one entry duh. Banyak gila cerita suka duka. Gambar atas ni gambar ahli group aku ft Tuan Ammar. Tuan Ammar yg baju biru gelap belakang tu eh bukan yg depan sebab nama dia Ammar jugak. Lol 
Ft Rai merangkap roommate kelima kitorang. Heheheh dia ni suka gila masak. Pastu bestlah borak dengan dia. Seriously. Nak kenal? Dm aku nanti aku kenalkan. 😆 

Kenangan pahit? Banyak jugak. Contohnya macam waktu aku fight teruk nak lawan stress melampau aku. Waktu tu memang aku rasa down teruk lah. Sampai boleh terfikir nak bunuh diri peh memang tak pernah tersangka kut aku boleh fikir macam tu. Selain tu, biasalah masalah assignment grouping sikit sikit. Haaa kenangan paling buruk sekali aku rasa bila aku punya kneecap injured. Walaupun sebelum ni pernah je kena tapi ni paling dasyatlah.

Tapi silap sendiri jugak. Aku rasa nak tergelak bila orang tanya kenapa injured sebab memang kelakar teruk lah sebab dia. 😂😂😂😂 Tapi merasa jugaklah tiga 4 kali berjalan orang papah. Terlepas pergi Run dengan volunteer. That's hurt the most lah aku rasa since aku baru je nak acah acah active dekat universiti. Tapi sekarang ok je dan boleh lari 5 kilometer. Hahahaha. Dulu nak gerak kekanan kiri pun bergetar lutut nak gerak kaki. Sekarang boleh lompat lompat lagi. Hahahaha. 

Okay aku rasa benda ni dah panjang gilaaaa. Serious aku salute siapa yg baca sampai bawah ni ha. 

Okay one last nasihat. 

Kadang - kadang hikmah tu dia datang lambat sikit. Mungkin sebab rumah kita jauh  takpun dia tersalah alamat. Get it? Get it?

Tapi pada akhirnya dia datang pada saat yg tepat. 

Okay have a nice sleep peeps. May God bless you. 👐👐👐👐






Comments

  1. Assalamualaikum. Saya insyAllah akan mendaftr iChem USIM. Akhirnya jumpa jugak insight sedikit sebanyak sbb tak ramai senior sekolah kat iChem. All the best for Year 2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Welcome to Ichem. 😇😇 Thank you so much. I'll look forward to see you. Kalau jumpa tu tegur lah ye. 😇👌

      Delete
    2. Hi Assalamualaikum kak…nk tanya camna penjalanan result degree akak ya?

      Delete
    3. Hi Waalaikumsalam 😊 Biasalah dik ada naik ada turun. Tapi alhamdulillah semuanya ok je

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb