Assalamualaikum and hi everyone.
Harini takde nak cerita something specific pun I just nak share sikit je. Disebabkan BLM movement baru baru ni I terus ada deep thought everyday tau.
Pastu tadi lepas sembahyang isyak kan, tiba tiba I terfikir tau, beruntungnya aku boleh sembahyang isyak macam ni. I mean, dalam keadaan tenang macam ni, takde orang larang, takde orang akan hukum you kalau you solat. Tiba tiba je tau. I kalau dalam solat selalu lah imagine bercakap dengan Allah. Yelah sebab solat tu sendiri kan medium untuk bercakap dengan Allah. So tadi macam sebak sikitlah sebab I teringat orang orang dekat negara bergolak yang nak solat pun susah, nak pakai tudung pun susah ada orang judge ada orang hina. Tapi I kat sini senang senang je buat semua tu. Takde pun orang nak hina sebab pakai tudung, tak pernah pun kena harrased sebab pakai tudung.
Pastu lagi beruntungnya aku kat sini bebas je nak pergi mana mana takde orang halau tiba tiba suruh balik. Takde orang ejek I even colour kulit I takdelah fair sangat tapi alhamdulillah I tak pernah berdepan dengan situasi macam ni. I tak pernah kena tahan polis, kena tanya macam macam walaupun I tak buat apa apa salah. Tak pernah kena baling apple dan tak pernah kena dragged tiba tiba ke tengah jalan dan dimalukan.
So malam ni I macam baru tersedar tau yang walaupun I punya hidup ni ordinary je. Tak popular, bland, wake up to the same cycle every day, tapi at least, I hidup normal. I hidup aman damai. I hidup dengan my decision. I hidup tanpa ada campur tangan pihak lain dalam hidup I yang boleh ganggu my whole life and yang boleh ruin my whole dream. I have that privileges. I bet ramai yang hidup macam I. At least we have something to cherish. We have hopes to be relied on.
Tapi,
Manusia mudah lupa, kan? So do I. I selalu lupa nak bersyukur yang dalam hidup ni, macam macam dah privileges I dapat. I really can't imagine living in their shoes. The thought of it pun dah scary 😭. I am so sorry to those yang tak bernasib baik. God loves you all. I swear He loves you all so much. Sebab tu Dia uji. I am so sorry sebab those people kena endure bertahun lamanya.
And one more thing, kalau you nak stand for some events, make sure to stand up for others too. Speak up for injustice. Everyday, tak kiralah dekat mana pun kita berada, injustice selalu je berlaku. Dekat America, Black people yang teraniaya. Setahun lepas rakyat komuniti Xian teraniaya. Beberapa tahun lepas, rakyat Rohingya derita. Dan kalau kita throwback jauh lagi, berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang, rakyat Palestin masih belum bebas macam kita. Di sebahagian negara, sesetengah kaum masih tak dihargai. Islamophobia masih menghantui. Dan di Malaysia sendiri, kita masih struggle dengan kes kes injustice. Semua ini, mangsanya sama - nyawa nyawa yang tak bersalah. Tak kiralah folks, adults, teenagers atau children. Semua nyawa nyawa tak bersalah ni menjadi mangsa injustice. Apa salah mereka?
Takde.
Salahnya bukan pada agama yang dianuti,
Salahnya bukan pada bangsa yang dinaungi,
Salahnya bukan pada tempat yang didiami,
Salahnya bukan pada tradisi yang dijunjungi,
Tapi salahnya pada diri, yang tiada sifat humanity.
Last but not least,
Whether you're black,
Or you're white,
Whether you're covered,
Or you're not,
All lives matter!
Speak for everyone,
Speak for injustice.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete