Skip to main content

TIPS MOHON BIASISWA

 Hai Assalamualaikum! 

Holla peeps. Im back!!! 😎 

Fuh jarang jarang ya I tulis entry waktu siang macam ni *lap peluh*

Rasanya masih belum terlambat kut untuk I ucapkan congratulations kepada semua pelajar pelajar yg mendapat tawaran untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (universiti dan seangkatan dengannya I mean). 

Congratulations đŸ„łđŸ„łđŸ„ł 

Selamat datang ke dunia di mana benda paling susah nak decide adalah baju apa nak pakai time lecture sejam atau dua jam je sehari đŸ€—đŸ€—đŸ€— 


Haha takdela gurau je. 


Tapi apa apa pun tahniah sebab dah berjaya melangkahkan kaki ke alam impian korang ecececece. Yg kurang berjaya tu takpe insyaAllah ada rezeki lebih baik di masa hadapan. 

Bila sembang pasal zaman universiti ni mestilah benda pertama sekali bermain di fikiran adalah yuran pengajian. Yuran ni memang nightmare lah untuk students semua, ngl. Sebab yelah nama pun students kan kita bukannya worker jadi duit tu macam chipsmore, kadang kadang ada, kadang kadang tinggal dompet je. Huhu

Panjang pulak ya intro tu. 

Sebenarnya today I nak berkongsi beberapa tips(?)  untuk mencari scholarship. 

Ingat ya anak anak, scholarship tak datang bergolek melainkan anda merupakan wakil negara bertanding di peringkat antarabangsa. Haaa gittew. 

So these are few tips (basically yg I guna lah) untuk mencari dan memohon scholarship yg sesuai dengan kita. 


Lets get it!!! 

1. UPDATE RESUME 

Sesetengah scholarship memerlukan resume. Wah macam cari kerja pulak tau. I believe ramai yg dah mula buat resume kan? So boleh je guna resume sedia ada cuma add on je the latest events or activity yg kita participate. Jangan lupa jugak emphasize kan strength kita. Sebagai contoh, strong leadership. Barulah pihak scholarship convince nak bagi scholarship kat kita gittew. Gambar pun make sure jelas dan terkini. Biar nampak muka ya jangan pulak letak gambar dari jauh. Karang tak memasal dorang kena teropong nak tengok muka. Haha. Okay tak kelakar. 


2. RAJINKAN DIRI BUKA WEBSITE BERKAITAN BIASISWA

Ya ini sebenarnya point paling penting. Ada baaanyaaakkkk sangat website yang display atau iklankan tentang biasiswa yg masih aktif. Antara yg I guna dulu adalah afterschool scholarship, brightspark (yg ni I daftar email so dia kasi newsletter tentang scholarship baru. Tapi yg ni overseas punya uni je), pendidikanmalaysia. Paling kerap I guna is afterschool. Sebab dekat situ semua scholarship ada! And dah lengkap dah dia letak duedate, amount of scholarship, eligibility and requirements and etc. Senang cerita afterschool dah cover semua yg korang perlu tahu tentang sesuatu scholarship tu. Tinggal pilih dan baca. The last time I checked (which is tadi), the website masih tak berubah and in fact makin banyak info dia tambah 😚 

Oh ya, by the way, untuk JPA, korang kena bukak website JPA  tu sendiri. Sebab biasanya JPA akan first announce dalam website dia dulu. I rasa afterschool tak cover for this one. So it is better to check on the website. 


3. MINTA BIASISWA YANG BERKAITAN DENGAN COURSE KITA SAHAJA 


Jangan sebab terlalu excited, korang pergi taram mohon semua scholarships. No no. That thing's not gonna work. Ada certain scholarships yg dah khaskan kepada beberapa course, tahun pengajian dan universiti tertentu sahaja. Sebagai contoh, Biasiswa Agrobank cuma dibuka untuk mereka yg sudah berada di tahun 2. Yayasan Tenaga Nasional cuma dibuka untuk pelajar UNITEN. 

Untuk biasiswa yg khas kepada universiti tersebut, biasanya korang boleh detect daripada nama dia sendiri. Dan kebanyakannya adalah universiti swasta. Tapi sebaiknya bacalah dulu kan mana tahu dia buka untuk semua. Dah untung dah dekat situ. 

Berbalik kepada isu tadi. Kenapa tak boleh mohon? 

Sebab permohonan yg tidak menepati kriteria akan terus ditolak. Jadi jika course korang, tak menepati course yg dia nak, maka possibility untuk ditolak mentah mentah tu lebih tinggi. Jadi daripada buang masa fokus pada biasiswa yg tidak cover bidang korang, baik fokus kepada biasiswa yg cover bidang pengajian korang. Maka possibility untuk diterima tu lebih cerah.


4. ALERT PADA TARIKH DUEDATE! 


Kalau korang refer website afterschool, pihak afterschool dah siap siap state kan tarikh tutup permohonan. Jadi ambil kalendar atau buku nota, dan tulis siap siap tarikh tutup permohonan. 


Kenapa?

Supaya senang nak membahagi masa kalau korang nak mohon lebih dari satu scholarship. Buat yg dekat tarikh tutupnya dulu. Baru teruskan dengan yg lain. Kalau boleh jangan campur adukkan dua permohonan. One thing at a time, okay? 😊 

Here's a plus tips, jika permohonan perlu dipos, pastikan estimated time arrival tu adalah dalam period tarikh yg diberi. Supaya nanti permohonan kita masih diambil kira. 


5. PASTIKAN SEGALA DOKUMEN YG DIPERLUKAN TERSEDIA

Ini pun penting juga ya sebab kebanyakan scholarship memerlukan photocopy documents yg berkaitan. Antara document yg paling kerap diminta adalah: 

- Surat tawaran dari universiti

- Slip gaji terkini ibu/bapa

- Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa 

- Sijil pencapaian terkini

- Sijil SPM 

Dekat atas ni adalah yg basic diminta. Ada certain scholarship sampai tahap minta sijil MUET  dan surat beranak. Jadi better prepare awal okies. Dan kalau boleh, buatlah 5-6 photocopies of the documents. Boleh juga buat berdasarkan berapa banyak scholarship yg kita nak minta. Pastikan photocopy tu lengkap berstamp pegawai gred A. Walaupun ada sesetengah scholarship tidak mewajibkan benda tu, tapi better safe than sorry kan? 


Buat jugak a folder of scanned documents. Sebab ada scholarship yg minta semua document secara online. 

Berdasarkan dua scholarship yg I minta before this, Hong Leong Foundation and Yayasan Bank Rakyat, HLF nak documents dalam bentuk photocopy, YBR pulak dalam bentuk scanned documents. So better ada dua dua version so you guys boleh tidur lena gittew. 


6. BERSEDIA DENGAN SOALAN ESSAY

Ada few scholarships yg require kita untuk tulis essay. So apa yg I maksudkan dengan bersedia is, you need to read much pasal current issues sebab kebanyakan scholarship yg I apply dulu tanya tentang current issues. Tentang SDG (Sustainable Development Goals). Dan jangan lupa juga buat satu template untuk korang promote diri sendiri. Sebab ada sesetengah scholarship, memerlukan kamu untuk tulis apa strength kamu dan adakah berbaloi biasiswa tu diberikan kepada kamu. Tulis biar convincing, tapi jangan lupa untuk humble. Tulis apa yg korang yakin boleh deliver, jangan tulis apa yg kamu tak yakin boleh deliver. Tulis dari hati, biar nanti sampai ke hati jugak ecececece. Yang penting jangan menipu achievements or anything ya. Benda ni pasal duit. Jadi korang fikirlah nak dapat sebab memang layak, atau nak dapat sebab kamu buat kamu layak.  Hah terceramah pulek, sorry. 


7. PASTIKAN EMAIL PROFESSIONAL

Email professional taklah bermaksud perlu ada satu email yg penuh dengan format. Cukup email tu korang guna nama sendiri. Janganlah nama Farah tapi email shycat@gmail.com. Tak kena gitu. Maaf ya untuk semua yg bernama Farah. Contoh je tu hehe. 

Sebab apa? 

Sebab nanti pihak scholarship akan contact korang melalui email. Jadi kalau email tu pakai nama sendiri so manislah sikit nak tunjuk dekat pihak scholarship ye dak? 

Ha btw nanti lepas dah mohon rajinkanlah jugak diri tu untuk check email supaya korang tak terlepas apa apa update yg pihak scholarship bagi. 

Nak throwback sikit time I mintak dulu en, hari hari I check email dengan perasaan berdebar hahahhahaha 😂 Nervous roks takut tak dapat scholarship. Rasa macam tengah tunggu email dari boyfriend je haha. 


8. PASTIKAN BAGITAHU PARENTS YA

Doa ibu bapa kan kunci utama so nanti korang bagitahulah parents, biasiswa apa yg korang dah apply. Pastu mintak doakan sekali moga moga mudah urusan korang nak dapat scholarship tu. 


9. DOA! DOA! DOA! 

Walaupun ini point terakhir tapi ini point yg terpaling penting tau! Doa hari hari supaya dipermudahkan segala urusan. Dilembutkan hati you all punya bakal interviewer or anyone yg review you all punya applications supaya yours is the most outstanding compared to everyone. 

Rezeki tu Tuhan yg bagi so keep doa pada Dia supaya murahkan rezeki korang. Okies. 


So these are all the tips that I can think of at this moments. I rasa ni pun dah cover hampir semua steps untuk you guys cari scholarships. Nasihat I, mintaklah lebih dari satu scholarship. The more you apply, the higher the chances yo get one of those. 

I dulu pun mintak 5 kut scholarships and convertible loan in total. Sebab I malas hahahahaha. Tapi Alhamdulillah out of 5, I dapat response from 2 scholarships. HLF and YBR. And alhamdulillah out of two, I dapat YBR. 😁 Doakan I dapat 3.5 and above ya sebab I nak dia jadi scholarship. I taknak bayar balik. Ngee. 

So all the best semua. I doakan you guys dapat at least satu scholarship. Nanti kalau dapat jangan lupa share dengan I tau. And kalau you guys ada better tips just comment below ya. Kita sama sama bantu orang lain. 😊 


Till then peeps. 

がんばっど! 

さようăȘらみんăȘさん đŸ€—đŸ€—đŸ€— 


Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb