Skip to main content

USIM's Finishing School - Mock Job Interview

 Assalamualaikum.....

 안녕히세요 여러분 🤗🤗🤗 (ok kasi canlah aku practice ek) 


Hi peeps... Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Sebenarnya aku nak jogging petang ni pastu tengah bersiap nak jogging, hujan turun :'). Maka aku pun duduklah tersandar ke dinding memikirkan apa yg nak dibuat (( ceh padahal bersusun kerja menunggu))


And ting! Muncullah idea nak menulis entry di waktu waktu begini

 Jarang amet ya aku menulis di waktu begini, bukan je ilmu tak masuk idea pun tak masuk. Tapi disebabkan aku memang tgh holding onto this one idea so harapnya smooth jelah ya penulisan kalini. Dan harapnya jugak smooth jelah perkongsian kalini masuk ke minda korang seterusnya melekat menjadi ilmu haaa gittew.


Panjang pulek muqaddimah dia. 


Ok last week, aku punya schedule memang busy roks sebab USIM tetibe anjurkan "USIM's  Finishing School" untuk final year student. Haah aku lah tu. Final year student yg tersakiti sebab tak dapat buat lab work. *sobs 

Ok long short story, aku register. Sebab semua classes supposed to be asynchronized. So dekat situ masa takdelah clash dengan mana mana lecture. Jadi demi masa depan, aku register. 🤟

Tapi tulah silapnya seorang Atiqah ni sebab pergi bagi email yg salah. Maka semua info dia tak dapat. Nasib baiklah ada member member yg sama sama register so boleh memberi informasi kepada seorang Atiqah ni ✊🥺. 

Mula-mula, kitorang dapat, a document, tajuk dia " Read Me First". So dalam tu ada schedule for a week and some tasks yg kitorang kena buat. My first impression waktu tengok jadual was 

"Allahu busy roks ni pagi-petang-pagi-petang ada slot." 

Sambil tepuk dahi. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak register, kita hadap jelah. 

Nampak banyak kan? Ye memang banyak, bukan nampak je banyak ✊😣

Tapi kan aku suka tau content dia sebab ni kan memang purposely nak sediakan kitorang untuk dunia pekerjaan haaa gittew. So ada banyakkkk sangat ilmu baru yg kitorang belajar. 

Oh ya, sebelum terlupa, program ni, speaker dia sorang je, which is Mr. Selva. Cuma ada satu slot je yg dia ada special guest which is Mr Fizo untuk share tentang Do's and Dont's dalam Interview (boleh refer hari ketiga). 

Slot yg paling aku suka sekali is....... 

*drumrolls

Slot Mock Job Interview 🤗🤗🤗🤗

Aku kan memang penakut sikit orangnya lagi lagi bab nak bercakap English ni sebab kadang kadang aku stuttered. Kalau yg kenal aku en mesti pelik sikit tapi tulah kenyataan ya rakan rakan 🤚🙂. So aku memang look forward sangat untuk ni sebab aku kan a fighter so kengkonon la nak cabar diri sendiri buat sesuatu di luar comfort zone gittew. ((Takdela comfort mana pun sooner or later kena hadap jugak)) 

I've been to some interviews tapi aku masih nervous ya. So the purpose aku join mock interview ni adalah untuk naturalkan diri sendiri, tahu nak jawab apa bila dapat soalan killer dan at least ada pengalaman lah boleh cerita kat orang lain cam sekarang ni hahahahaha. Lagipun mock interview tu secara online so dia cam cabaran baru lah sebab sebelum ni semua physical interview. 

Ok aku cerita terus eh part interview. Ni macam panjang dah ni tapi hadap jelah ya. 

Sebenarnya sebelum start program ni, aku dah buat satu resume sebab kengkonon taknakla nanti waktu aku terlalu occupied nak buat resume lagi nak balance dengan assignment lagi, nak dengar lecture pasal finishing school lagi. So buat sesiap. Tapi rupanya tak berguna ya my first resume tu 😔 takpelah ada hikmahnya nanti insyaAllah. Jadi lepas slot resume tu pulunlah aku buat resume baru untuk mock interview. 

Kitorang dapat dua session sorang. So kalau terciduk yg sesi pagi, boleh betulkan waktu sesi petang. And kitorang pun kena create a google form supaya nanti the panels boleh comment on our performance begitu. Tapi sekali lagi seorang Atiqah melakukan kesilapan ya sebab tak include sekali other comments so takleh nak tahu apa yg panels nak comment pasal kita ✊😔. Tengok member member lain syok je baca comment panels hmmm. 

Ok back to the story. Hari khamis tu, aku pergi lari rumah nenek jap sebab kat rumah ada baby so macam akan terganggu lah kalau tgh online interview ni. Rumah nenek kosong sebab nenek duduk dekat pondok so aku jelah yg ada time tu. Tenang je nak online interview. 😌 

Aku slot kedua so start lebih kurang pukul 9.50 pagi. So masuk masuk je ada few panels ((sumpah time ni aku dah nervous roks)) and interviewees, which is kitorang lah kan. Next, kitorang dibahagikan mengikut breakout room. So satu room ada 2/3 interviewees dengan a panel. Waktu sesi pagi, aku masuk breakout room awal. So time tu aku sorang. Cam takut gakla en sebab takde sesiapa ingatkan tersalah room. Pastu tak lama tu Nuqis, aku punya batchmates masuk. Sempatlah aku hai hai dengan dia jap pastu terus interviewer masuk. Terus aku dari ketawa tukar muka serious tambah senyum setengah sudu. Oh interviewer aku nama dia Coach Nan ya. 

Aku volunteer untuk start dulu. Sebab bagi aku ada banyak sikit kelebihan kalau kita start dulu. One of them is the freshness of the idea. Kalau korang start dulu so korang boleh cakap apa je yg korang nak. And kalau ada idea apa apa idea korang tu akan jadi yg paling fresh lah tak nampak macam copy orang sangat. Nasihat aku, volunteerlah untuk jadi yg pertama ya. Nanti nervous pun senang hilang. 

 Disebabkan aku ni tak reti nak introduce diri kan so aku memang practice introduce diri banyak kali sebelum interview. Aku siap google lagi weh colour apa yg kena dengan character aku sebab kengkonon nak cakap "I view myself as (colour) person because...." haaa. Alhamdulillah aku jumpa colour tu dan boleh brag sikit 😂 Pastu aku pun jumpa ada satu phrase ni yg bagi aku menarik sangat nak guna bila introduce course yg kita ambil. Ayat dia cemni:

"So basically I belong to (sebut nama field of  course) family." 

Contoh macam aku, aku punya course nama dia Industrial Chemical Technology. So ayat aku akan jadi:

"So basically I belong to the chemistry family." 

Haaa get it? Get it? 

Aku taktahula ada added value ke tidak tapi its worth trying hehe. Sebab aku jumpa pun kat internet so aku share jelah. 

Basically sesi pagi aku alhamdulillah berjalan lancar sebab dia tanya cam pengalaman, apa kekuatan kita, apa achievements yg kita dah capai, apa yg kita buat untuk capai kejayaan tu kind of questions. Takdelah into job pun. Alhamdulillah aku dari nervous terus hilang nervous sebab selesa bercerita benda yg memang kita buat. Bagi aku, selagi kita honest, dan kita ada point nak cakap apa, insyaAllah kita akan cepat hilang nervous dan relax je nak sembang dengan interviewer. 

Setiap interviewer ni dia ada soalan maut tau. Tu aku punya gelaran lah. Dari soalan ni boleh jadi dia nak tengok personaliti korang, atau dia saja nak test kita punya minda. Nak tengok boleh berfikiran kritis ke tidak calon ni haaa gittew. Jadi untuk sesi pagi, aku punya soalan cepu cemas adalah..... 

"Kenapa Tuhan ciptakan nyamuk?" 

Aku tergelak kejap tau bila dengar ni sebab macam kelakar soalan dia 😂 tapi aku gelak sebab aku takde jawapan jugak nak bagi so gelak tu cam amik masa nak fikir lah sebenarnya. #tipsandtricksinterview 

Long short story, alhamdulillah untuk sesi pagi aku berjaya settlekan. And alhamdulillah interviewer puji hehehehehe. Cuma aku kan kurang vocab so kena tambah lagi and aku suka cakap "maybe". Dalam interview jangan banyakkan cakap "maybe" nampak kita ni tak yakin. Confident je tau dengan apa kita nak cakap. Takpun kita twist ayat tu jadi macamni. 

"At this point I believe bla bla bla" 

Ataupun simply cakap I believe je. Nampak confident sikit kat situ. 

Ok move on kepada sesi petang. Waktu ni aku cam berkobar kobarlah semangat sebab sesi pagi tadi cam dah buat alhamdulillah elok kan. So harap petang tu buat lagi baik lah. 

So untuk sesi petang, sama jugak, masuk breakout room jugak. Tapi kalini aku bertiga ya. Dengan budak Muamalat sorang and batchmate sorang, Ainul nama dia. Aku padahal baru je lepas nampak nama dia kat story whatsapp sekali satu group 😂 #kalaudahjodohtakkemana

Untuk sesi petang, kitorang dengan Coach Kamal. Tapi kalini aku takleh jadi yg pertama. Sebab coach mulakan dengan budak Muamalat tu. So takpelah aku introduce macam biasa. To my surprise, untuk sesi petang dia betul betul buat cam job interview. Lepas introduce diri baru kitorang tahu kitorang sebenarnya  nak apply kerja untuk company clothing. 😂 Haru sikitlah sebab aku kan bidang kimia cam lari lah kalau apply bidang clothing. Tapi takpe, tu nama dia challenge. Gittew. 

Macam biasa, aku dengan nervous berpisah tiada so waktu introduce tu pun menggigil jugak ya sis walaupun nampak steady je sebab tangan tak masuk webcam. 🙂 Disebabkan nervous tu pun aku sampai lupa nama nama influencer di Malaysia ni ya. Dalam kepala ada Kak Siti Awe je huhu. 

Ingat tak tadi aku kata kalau boleh volunteer jadi yg pertama? 

Sebab dalam interview session yg kedua ni, aku banyak kali terciduk dengan jawapan orang yg pertama sebab idea kitorang sama. So kat situ disadvantages sikitlah untuk aku sebab aku nervous sikit petang tu so bila idea aku kena ambil so memang amik masa sikitlah untuk aku fikir yg baru. So aku sempat tukar ayat and tambah sikit je yg lain nampak cam copycat. Huhu. So tips seterusnya untuk korang, pastikan ada dua tiga idea jugak ya as back up. Supaya boleh luaskan benda tu kepada perspektif baru. 

Overall sesi petang tu banyak nya tanya tentang company. Ada lah tanya pasal strength semua tu, tapi kalini aku boleh kata skill nak jawab tu kena berbeza sikit. Sebab kena matchkan dengan keperluan company. Yelah kan kita nak kerja sana so kenalah bagi strength yg memberi keuntungan pada syarikat dan takde pada orang lain. Kalau ada pada orang lain pun kena brag sikit bagi nampak kita limited. Tapi jangan menipu ya rakan rakan. Jujur je. Tapi kena bijak explain haaa gittew. 

Untuk soalan maut dia pulak, aku dapat dua soalan maut. 

1) Macam mana kamu (aku lah tu) nak contribute dalam company berdasarkan degree yg kamu ambil. 

2) Namakan satu haiwan yg boleh describe diri kamu. 

Eh fyi, aku punya mock interview ni in English tau tapi aku nak senangkan korang faham so aku translate teruslah soalan tu. 

Untuk soalan 1 tu aku memula lost of idea jugak sebab memang kalau ikut mata kasar jauhlah nak dibandingkan kimia dengan clothing company ni. Tapi alhamdulillah waktu tu terlintas project Honour Seminar kumpulan Luqas, Cid and the geng yg buat dry leaves tukar jadi cotton shirt. Bersyukur benar aku kat situ sebab aku takde pilihan lain. Aku kena jawab based on aku punya degree. Kalau macam Ainul, aku punya batchmates tu dia cakap pasal part time job. Bagi aku tu smart move lah sebab kita acquire pengalaman dari part time job so compatible untuk kerja bahagian baju centu. Tapi aku takleh jawab sebab interviewer dah specific kan pasal degree. So memang bersyukur sangat time tu. 

Untuk soalan kedua tu pulak memang terciduk sangat sebab aku memang tak pernah terfikir pun apa apa binatang yg sama dengan diri sendiri. Time tu Ainul yg pertama ditanya tau so dari start dia bercakap sampailah dia habis bercakap aku memikir binatang apa lah yg nak disamakan ni. Dalam otak aku ada Bear je sebab aku teringat lagu V BTS - Winter Bear. Tapi silap aku adalah dekat explanation. Aku cakap aku selesa buat kerja sorang. That's a no-no ya bila nak masuk company. Jawapan aku tu memang dangerous habis. So another tips is, carilah binatang yg at least tak nampak sendiri ya. Contoh macam Wolf ke walaupun duduk dalam group tapi tetap garang so bolehla brag cakap yg kita value team work. So bila dalam group tu terus garang semua orang takut. So maksudnya teamwork tu kuatlah haaa  gittew #tipsandtricksinterview

Secara kesimpulannya, aku sukaaaa gilaaaa part mock interview tu. Kalau ada lagi aku sumpah nak try banyak kali. 

Ha aku share sikitlah tips yg aku dapat dari interviewer. 

1) Sepelik mana pun soalan, sesusah mana pun soalan tu, cuba je jawab. Jangan tinggalkan soalan tak berjawapan. Kalau betul betul takleh jawab (ni aku jumpa tips kat luar tau), korang boleh explain cakap tak berapa tahu tapi cuba jugak bagitahu setakat mana pengetahuan korang. Dan akhirkan dengan kepastian(?) yg korang akan research balik tentang benda ni. So kalau tetibe ada idea, mintak izin untuk jelaskan balik gittew. 

2) Ni untuk resume ya. Kalau korang fresh graduate macam aku, one page tu dah ok sangat. Aku tahu mesti korang ada banyak part time jobs and volunteer acitivites yg korang buat kan? Pilih yg paling significant dan memberi added value dekat korang je untuk isi dalam resume. Same goes to extra curricular. Pilih level paling tinggi dan achievement paking tinggi. Aku buat dua muka surat so kena comment sikit suruh jadikan satu 😂 

3) while we're at it, suka aku ingtkan supaya korang buat resume yg ATS-friendly ya. Kalau nak tau apa isi dalam dia nanti dm jelah aku bagi. Nak buat design macam mana tu suka hati koranglah yg penting semua point tu ada. Oki? 

4) Walaupun online interview, duduk kena tegak dan sentiasa senyum. Kawal pernafasan sebab biasanya time interview tu mic terbukak. So klau nervous sangat nanti pernafasan tu jadi kuat, takut mengganggu interviewer atau calon lain yg tengah bercakap. Dan waktu calon lain bercakap pun kita kena maintain je ya senyum dan jaga eyes contact. Barulah nampak confident gittew. 🤟😁

5) Pakaian pun kena formal ya. Online tak online. Jangan pergi redah pakai round-neck t-shirt je ya for lelaki. And perempuan pun. At least pakai baju berkolar. Nak lagi gah pakai blazer. Seluar tu nak pakai seluar track pun takpe asal bahagian yg nampak dalam kamera tu formal habis. Aku pun haritu pakai t shirt je dengan seluar track. Tapi sebab pakai tudung and blazer so dia cam still nampak formal ecececece So nah aku payung sikit gambar aku. 


Haha macam amik gambar passport kan?

Maaflah kalau pelik ya sebab aku amik gambar sendiri. Maklumlah takde orang nak tolong amikkan. 

6) Buat background research tentang company yg kita nak tu. So nampaklah kita interested nak join company dia tu. Kalau boleh baca annual report ya boleh jadi added value yg paling bernilai 👍

7) Jangan lupa tanya soalan kepada interviewer. Biasanya bila dahnak habis interview, interviewer akan tanya 
"Do you have any questions." 
Pleaselah jangan kata takde 😭 Tanya je apa yg korang nak tahu. Dari situ pun dia boleh nilai tau. Boleh dapat bonus point jugak. Kalau kena soalan tu boleh dapat terus kerja 🤟

8) Jangan lupa ucap terima kasih kat interviewer. So kat situ boleh lah kita yakinkan interviewer yg kita ni calon terbaik untuk position tu. Nampak macam mengipas sikit tapi itulah realiti huhu. 

Aku rasa tu jelah kut dulu. Nanti kalau aku ada lagi tips aku tambah. Kalau korang ada tips pun boleh komen jugak. 

So itulah serba sedikit pengalaman aku pergi Mock Job Interview. Doakan aku dapat intern dekat tempat yg ok ya semua. Doakan jugak aku dapat siapkan paper review dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. ✊😔 

Korang pernah join interview? Kalau pernah, sudi share dengan aku? 



Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb