Skip to main content

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum....

Hi peeps. Kita jumpa lagi πŸ™‹

Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)). 

Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terhad. 

Ok kitorang mula sem 7 bulan sepuluh yang lepas. Time tu kepala otak memang dah set untuk fikir internship jelah. Mana nak cari company lagi pastu nak kena update dalam sistem lagi yada yada yada. Tapi kitorang punya effort ni macam kena hold kejap tau sebab universiti kitorang ada sistem which is kita kena apply dalam sistem pastu barulah boleh mintak intern gitu. So semuanya melalui sistem lah. Memula aku ingatkan bila apply dalam tu, sistem tu auto applykan untuk kita. Which mean, kita tak perlu buat apa-apa lah untuk apply dah. Rupanya tidak ye rakan-rakan, dalam tu cuma nak tengok je company mana yang kita dah apply. Frankly speaking, aku macam tak suka jugaklah sistem ni sebab bayangkan kitorang dah start sem beberapa minggu baru sistem bukak. Nak apply kena tunggu sistem bukak dulu baru boleh email company and etc. So kat situ macam menyusahkan sikitlah. Kalau tak boleh je settle awal. Lagi satu, pilihan tu ada limit 5 je like how are we supposed to apply to only 5 companies???!!!!! Yang hantar 20 pun dapat balas satu, yg lain ghosted (contohnya), macam manalah nak mohon kalau gitu. Dahla takleh delete kalau kena ghosted or lambat respond. Grrr ((ni opinion je tau kalau korang ok then takde masalah huhu)) Tapi macam biasalah jika sistem kurang bijak jadi kita perlu jadi student yg bijak. 

Ok so apa aku buat? Aku mohon je dulu pastu bila dah dapat respond dari company baru isi dalam sistem. Senang! Aku tak sakit hati, orang dibelakang sistem pun tak perlu pening kepala fikir nak settlekan masalah aku. 

Ok settle bab sistem. Jadi aku pun applylah dari bulan 11. Boleh kata tetiap hari ada jelah company baru yang aku apply. Ni aku cerita antara company yg aku ingt tau. So my first company was Forensic-based company. Sebab aku minat bethol dekat forensic ni. Dia macam intriguing gila tau macam main puzzle takpun guessing game. Tapi yang ini of courselah berdasarkan evidence yang ada gittew. Malangnya, company yang aku mintak tu dia tak amik intern. Maka agak sedih jugaklah aku waktu tu tapi aku ok je sebab HR  dia fast respond. Aku email harini, esoknya dia reply dah. Laju roks πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ‘ Pastu time tu aku macam menerima takdirlah yang private company tak banyak yang forensic-based jadi terpaksa lah melupakan yg itu. 

Company seterusnya yang aku harap sangat dapat is Lotte Chem Titan ((Kalau tak silap aku macam tulah nama dia)). Aku sejenis yang akan baca review employees dulu tau baru email company. Kalau review ok so baru apply. Bila aku baca review untuk this company, rata-rata cakap ok, pastu ada yg tulis susah sikit sebab kena tahu sesikit bahasa Korea. Aku macam wow company apakah ini? Bila search rupanya beberapa Board of Directors dia dari Korea. Aku excited sikitlah sebab aku memang kalau boleh nak kerja company centu so aku bolehlah practice Korean yg baru belajar beberapa kerat ayat ni. Tapiiiiiiiiii

Sedih jugak sebab company ni tak amik intern sampai bulan 5. T_T  Kalau boleh describe perasaan tu aku rasa mungkin macam kaca berderai lah kut ((ecececece over!)) 

Pastu yang terpaling gila sekali aku buat is aku pergi apply company based in South Korea. Waktu tu bebetul tekad ye nak intern overseas. Kebetulan pulak company tu memang company yg chemical-based so aku pun applylah. Time tu iklan dia dalam Korean tau so aku gigihlah pergi Naver translate ayat-ayat dia. Sebab aku tekad gila tu kenkonon nak tebus lah kecewa waktu aku browse overseas punya intern tu. Aku memang aim tau nak pergi GIST (Gwangju Institute of Science and Technology) untuk sambung master. Pastu bila aku browse funded internship untuk South Korean, GIST ada offer weh!!! FULLY FUNDED YE RAKAN RAKAN. 

Tapi malangnya time aku bukak tu, application dia baru je beberapa hari tutup. Eh, ke semalamnya tutup. Gitulah lebih kurang. Time tu aku memang kecewa gila weh kalau tak, dapatlah merasa intern overseas. So tu lah yg sampai pegi mohon BASF tapi cawangan South Korea huhuhu. Tapi tulah memang takde rezeki nak intern overseas yg tu pun di ghosted kan.

Ni antara company yg aku ingt lah sebab HR dia mantep betul reply laju lepastu antara company yg aku memang looking forward untuk intern tapi takde rezeki. Ada tu yg memang kecewa betul tapi takpelah. Kalau korang dalam bidang yg sama macam aku takpun engineering, bolehlah cuba apply company tu. Mana tahu rezeki korang ke en. 

Ok so hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku still tak dapat tempat intern lagi tau. Time tu dah ada beberapa orang batch kitorang yg dah secure tempat intern lah. So dia jadi cam presure sikit. Ingat tak entry before this aku kata otak aku belah 18 sebab salah satu tu fikir intern. Haaa sampai habis tauliah actually (10/1) tu aku masih tak dapat tempat intern. Cuak weh sebab 1 Mac dah start so memang stress habis lah. Hari-hari bukak email without fail weh. 

Ada sekali tu, aku dapat email dari ALS Technichem. ALS ni pun bagus tau HR dia laju sangat. Aku dah dapt dah pun application form tapi mungkin silap aku kut delay nak hantar tu sebab tunggu full transcript dari uni yg dah seminggu aku mohon tapi tak dapat dapat tu. So takde rezeki lah nak intern kat situ. Ni satu-satunya company yang paling hampirlah yg aku score untuk internship. Yang lain ada yg reject sebab quota dah full and banyaknya ghosted aku punya application. Aku tak banyak sangat mohon yg kerajaan bukan sebab nak kerja swasta kejar elaun. Tapi sebab aku duduk kampung, Kalau nak mohon kerajaan pun semuanya jauh dari rumah so kena fikir rumah sewa lagi, nak survive lagi, transport lagi. Semua kos. Biasa kalau kerajaan ni intern tak berbayar so susah sikitlah. Tapi ada je yg berbayar tau korang kena pandai cari.  Jadi aku amik langkah selamat untuk tak mohon pun. Kalau ada pun satu dua je kut contohnya macam Jabatan Kimia. Sorrylah termengadu pulak. 

Mana dilemanya? Haaa jap bawah ni aku cerita.

Ok so penantian tu sampailah ke hujung bulan 1 sampai aku rasa cam giveup lah nak tunggu intern ni. Dah taktahu dah nak mohon company mana lagi. Hari hari rasa nak nangis fikir tak dapat tempat intern lagi. Macam hilang Ic tau perasaan dia. Yang lagi buat give up tu sebab kenkadang kan, kita ramai-ramai mohon company yg sama tapi company tu reply dekat kawan tapi ghosted kita. Tak tipu, sakit weh. Sakit. Tapi nak buat cemana kan hadap jelah sambil fikir apa lagi kelemahan yg kita ada gittew.  #donenasihat

Sampailah satu harini,  aku macam tekad tau nak mohon Petronas, sebab dia ada bukak yg ASAP punya recruitment. Yang aku mohon tu Petronas Lubricants International tau. Dekat Melaka. So malam tu aku karang email sesiap, sekali dengan email follow up untuk SGS. Aku suka schedule email so aku tulis sesiap nanti besok pukul 8 dia hantarkan. Malam tu aku macam niat lain sikit lah macam "ok this is my last effort, tolonglah berjaya". Gittew. 

Esoknya hari rabu, aku bangun dengan whatsapp message dari HR SGS, dia kata dia dah ada calon lain. So ok lah takpe aku kecewa sikit jelah tak banyak pun. Pastu aku pun proceed bukak email and.......

AKU. DAPAT. ACCEPTANCE. EMAIL. DARI. MERIEUX NUTRISCIENCES!!!!

Srs time tu mata aku cam terbeliak lah sebab aku mohon company ni lama jugak dahlah. Tapi aku tak buat follow up untuk yg ni. Tu yang tak sangka aku boleh dapat tu. Perasaan dia time tu kan macam ada batu yg finally terlepas dari bahu tau. Walaupun aku still kena reply terima atau tak offer tu tapi aku tetap excited gila. Macam menang loteri. Merieux Nutrisciences, ataupun nama lama dia  Acumen Scientific, bagi tempoh sampai Jumaat untuk respond tau so aku cam tunggulah Petronas dulu sebab macam berharap Petronas actually. 

Literally petang tu, Petronas reply!!! Dia tanya boleh kerja dekat Melaka tak? Pastu baru dia proceed ke next stage. Aku pun reply dengan harapan dapat offer Petronas dulu, so boleh lah accept Petronas kan. Tapi waktu tu aku tunggu sampai hari Jumaat, Petronas tak reply semula. Aku cuaklah kan kalau tolak Acumen ni kang buatnya Petronas pun tak dapat sesia je hidup. Lagipun parents aku cam lagi ok pergi Acumen ni sebab kalau Petronas tu nanti sensorang. Pastu biasanya Petronas kan terasing so susahlah nak cari rumah sewa and pegi kerja sebab aku naik motor je. Tapi aku tetap degil ya nak tunggu Petronas. 

Dah petang Jumaat, Petronas still tak reply. So aku pun fikir mungkin rezeki kat Acumen lah kut kan. Maka Jumaat petang tu aku pun terima lah Acumen dengan harapan Petronas tak reply dah so tak perlu pilih. Isnin pagi, Petronas reply!!!! Ah sudah. Aku dilema dah. Sebab bila dah terima takleh reject. Time tu macam macam perasaan lah datang. Menyesal pun ada tapi tak guna dahla. Tapi time tu pun Petronas just bagi application form untuk isi and kata nanti baru process untuk next stage. Srs, tu hari Isnin paling seious aku pernah hadap. Padahal nak pilih tempat intern je weh. Time tu aku rasa macam ada peluang sebab Acumen tak issue offer letter lagi. So macam still tergantung lah aku punya acceptance tu. Nasib baik, application Petronas tu dia bagi masa sampai Jumaat so lepas hari Jumaat baru dia assume aku tak berminat. So ada lah masa nak fikir. 

Lama weh aku fikir sampai dua tiga orang aku consult nak tanya mana lagi okay. Sampai ketua program pun aku tanya demi nak merasionalkan pilihan ni ececece. Tapi jauh di sudut hati tu aku macam dah nampak Acumen. Lagipun time tu aku dah bagi kata putus so kalau nak reject macam tak properlah. Pastu alhamdulilah lah KP macam bagi solution suruh tanya Acumen aku ni diterima ke tak sebab nak kena confirm dengan syarikat lain. So lepas dah email HR semua, dia kata aku diterima cuma offer letter lambat sikit. So dengan berat hati aku macam "ha takpelah bukan rezeki nak intern Petronas." Tapi aku tak karang email reject lagi sebab baru je lepas berbelah bahagi kan. Aku decide nak reply esoknya je. 

Malam tu aku sesaja je bukak email. Pastuuuu Petronas kasi offer letter terus weh!!! Srs time tu hati aku pecah balik macam time yg Lotte Chem kata tak amik intern tu tau. Sebab aku dah ready nak karang ayat reject ni astu dia bagi offer letter pulak 😭😭😭😭. Taktahulah untuk kali keberapa aku menyesali diri sendiri. Tapi tulah dah rezeki nak ke Subang so kena redha jelah. 

Tapikan Allah tu tahu je tau aku tgh cam terima tak terima je Acumen ni pastu dia hantar kawan buat teman intern sekali. Yup aku intern berdua dengan roommate time degree!!! Fatimah nama dia. Aku bersyukur gila tau dia accept Acumen sebab dia pun dapat dua offer jugak. Aku ingat dia terima yang lagi satu rupanya tidak. Weh srs aku happy roks time tahu tu. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Ok habis cerita intern pening pening lalat aku. Sorrylah terpanjang sangat pulak. And sorrylah tak memasal korang kena dengar pulak aku punya cerita. Waktu aku tulis ni, aku  two days away from internship and I'm skek!!!! 😭😭😭 Dah macam-macam perasaan dah yang datang ni. Excited ada, takut ada, risau ada. 

Aku tahu, even di kala ni pun mungkin ada lagi yg tak dapat internship placement. Teruskan usaha. InsyaAllah effort will never betray you. Aku doakan supaya Allah sentiasa permudahkan urusan korang untuk cari tempat intern. I believe your time will come soon.  Satu tips untuk email company, email lah di waktu pagi ya sebab probability untuk HR bukak email di waktu pagi tu tinggi. Alah korang schedule jelah email tu. Pastu esok kalau tertidur pun takpe email tu dah send. 

Untuk kawan-kawan yang dah dapat intern, tahniah. Semoga Allah permudahkan urusan intern dari awal sehingga habis dan dipermudahkan unntuk diserap terus. Untuk yang perlu merentas negeri untuk intern, semoga perjalanan korang diberkati sehingga sampai ke destinasi. Aku tahu ada kawan-kawan aku yg nak mula gerak dah besok ni. Hati-hati, ada rezeki kita gather lagi macam zaman sebelum covid. 

Untuk adik-adik yang tersinggah blog ni tanpa sengaja dan terbaca tanpa sengaja, Terima kasih. Kalau rasa ada ilmu dalam ni gunalah untuk internship hunting korang di masa hadapan. Kalau nak tanya macam biasa, boleh comment takpun dm je ig/twitter. 

Untuk senior, yang dah berpengalaman menempuh internship, kalau nak share experiences ataupun tips and tricks pun saya amat alu-alukan. Pertolongan anda amatlah berharga. Terima kasih sebab baca πŸ’– 

Untuk rakan-rakan seperjuangan, no matter from which university you are, semoga intern kita takde intern from home huhu. Semoga dipermudahkan. 

Lastly, doakan saya dan batch NeonX sentiasa sihat dan bersemangat menempuhi tempoh internship dari awal sampai akhir. 

Till then peeps. 

Disclaimer: Aku share pasal dua offer tu bukan nak berlagak tau tapi just nak share je pengalaman. If you are as confuse as I am, seek opinions from others especially your parents. Sebab apa-apapun, redha Allah terletak pada redha parents. InsyaAllah walaupun tersakiti sikit tapi mungkin tu yang terbaik. Allah pun ada kata "boleh jadi apa yang kamu suka tidak baik untuk kamu, boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu." Tapi saya happy je tu saya dapat Acumen sebab ada kawannnnn hehehehhe. 

#NeonX nak intern dah!!!! 


Update: Lotte Chem Titan yg aku mention dekat atas tu reply email semula!!!! Aaaa rasa nak nangis sebab HR dia memang bebetul followup lepas dia kata dia nak contact balik bila bukak bulan 5 ni. Helppp sis tak kuadd 😭😭😭





Comments

  1. awwwπŸ₯Ί nice sharing! moga kita smua dipermudahkan urusan sepanjang jd intern ni ameenn🀲 all the best tiqah! jmpa isnin nnt hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa thank youuu. Ni mesti Imah kan?? Hehehehe aamiin aamiin. 🀲 See you 😘

      Delete
  2. hai, nak tanya, camne nak mohon intern kat petronas tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, actually kena isi kat portal dia dua bulan sebelum mula intern. Tapi ada jugak certain situation yg dia bukak je iklan dekat linked in. So kita just email jela dekat dia

      Delete
  3. hi nak tanya, if you apply dekat portal tu kan, berapa lama masa dia mbil untuk reply kita. Sebab i already got 3 offers tapi still nak tunggu petronas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ni I tak sure sangat. Tapi biasanya petronas ni nanti last last minute la baru akan panggil

      Delete
  4. hi!! apa maksud dia klw HR PETRONAS reply "ticket has been resolved" ya?

    ReplyDelete
  5. Nk tnya , selalunya kan intern ni tunggu lepas keluat result sem lepas dulu ke .. after exam tu terus kene intern ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan tunggu result dulu dik. Nanti awak dah start sem baru, baru intern. Biasanya sem terakhir. Tapi tengok uni jugak. Ada yg tak sama

      Delete
  6. Hi, i nak tanya. Okay tak intern dekat acumen tu? U intern as ape ye?

    ReplyDelete
  7. Hi! Ni my personal opinion based on my personal experience tau. For me okayy je. Pressure cuma dekat kerja la. Kalau environment semua tu ok je. Even sekarang lepas dah jadi permanent staff pun I suka je the environment. Cuma yelah pressure kerja memang kadang cam takleh bawak bincang.

    ReplyDelete
  8. Hyeee sis sy terjumpa blog sis pasal internship ni and nk tnye sis course ape and yg jabatan kimia tu kan intern dia berbayar keee btw acumen ni glc ke swasta ye alamak bnyak soalan pulak😭

    ReplyDelete
  9. Hiii!! Saya course Industrial Chemical Technology. Jabatan Kimia tu kerajaan. Tapi tak sure sekarang masih tak berbayar or dah start ada elaun. Kalau company saya, yes dia swasta. Bukan glc dik sebab glc tu half kerajaan. Kitorang bukan.

    ReplyDelete
  10. hi, saya sekarang study course chemistry forensic analysis, sy nak tanya, yang awal awal sis apply intern dekat forensic based company tu conpany apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Alamak sorry I lupa gila nama dia tapi kalau search forensic company tak silap company dia je yg keluar. Selain tu boleh try apply Jabatan Kimia jugak. They do have Forensic department.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. πŸ‘‹πŸ˜ Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb