Skip to main content

Degree pt 6 -New Normal

 Assalamualaikum...


Hi peeps. 🤗🤗🤗

Sejak sejak MCO ni makin rajin pulak nak buat entry. 😁 

First of all, I hope everybody would stay healthy and stay safe. Pakai face mask and hand sanitizer. Ikut SOP. We wanna make the digit stays 0 all the time oki. 😚 #bukaniklanberbayar

Jadi seperti tradisi sebelum sebelum ni, setiap enam bulan mesti akan ada satu entry yg summarizekan my current semester. (Wah macam perjalanan kehidupan pulek. 😑)

 

Kenapa enam bulan? 


Sebab satu semester lebih kurang enam bulan campur examinations. So kita round off jela jadi enam bulan oki. 👌😚 


Tapi semester ni yg terpaling panjang lah sebab 3 bulan cuti hehe. Tak pernah dibuat orang start semester february habis august. Ni kalau habis hujung sikit ni boleh sambut sekali dengan hari kemerdekaan. Nak kata bebasnya tu kan. #janganingattimepkptakdeclassya 

Okay so untuk semester ni, I would say this is the new normal semester lah. Kitorang just sempat beberapa minggu je (4 weeks if im not mistaken) dekat uni and then terus MCO sampai ke hari tua. Eh? 😂 Sorry terquote lagu pulek. 

Ok sambung balik. 


Memula tu happy lah jugak sebab duduk rumah je kan. Makan free, elektrik free, air free. Pokoknya, (wah dah macam orang Indon) semuanya FREE ya bila duduk rumah ni. Tapi yg tak free nya my mind lah sebab asyik teringat je proposal tak siap lagi. Jeez. Oh ya! I dah nak masuk senior year so kena buat proposal for my final year project. Aaaaa takodnya nak naik senior year *screams internally* 

We ended up having online classes for the whole semester. (Boleh kata whole lah kan sebab the entire semester ni habis dekat rumah je) 

Okay the next few lines (?) would be my bebelan pasal online class. If you don't wanna read so you can skip to the next part. Heeee


Here we go!

Personally, I love and hate the idea of online class in the same time. Yep memang best sebab boleh bangun 5 minit sebelum class. Time class pun boleh tidur lelagi kalau kelas pagi tu. Haah I lah tu orangnya sebab semester ni I punya class kebanyakkannya pagi. Hampir terciduk sis. Hmmmm 

Pastu apa eh yg best lagi online class ni? 🤔 

Oh haaa boleh pakai baju bebas. Pakai kain batik/pelikat pun boleh je. Sebab #learnfromhome kan. Pastu yg bestnya sebab kita dekat study space kita sendiri so senang nak study (tak actually :')) I ada tau my study space dekat rumah. Dah berbulan situ jelah I duduk untuk buat kerja sampai my mom kalau tengok en dia dah tau dah I buat apa 😂 

And best jugak sebab ada parents hehe. So nak mula class tu tengok muka parents luh amik berkat gittew 💅💅💅 


TAPIIIIII

Srs I rasa online classes turned out pretty bad sebab 

1. The quality of the internet.

 Ergh! Yg ni paling geram tau sebab nanti everything akan tersangkut sangkut pastu end up tak faham pun. Sebab tu I prefer face to face class. Tak kiralah kena berpenat bangun pagi pun at least takde buffering camni. 

2. Kat rumah tak convenient langsung!!!! 

If you read the previous compliments mesti you guys akan fikir "gila agaknya akak ni kan. Tadi kata bestlah itulah inilah bla bla bla pastu complaint." 

Haah I memang gila pun. Complicated namatey. Huhu


Okay actually I jenis yg dah biasa study jauh dari rumah. Last I study beria kat rumah was waktu UPSR dulu. Lepastu I masuk sekolah asrama, uni. Semua jauh dari rumah and dah terbiasa buat kerja kat sekolah and balik rumah memang semata nak cuti. I gerenti lah sapa sapa yg pernah lalui benda macam I mesti akan ada mentality yg sama. Balik rumah nak rest. Taknak buat kerja. Tapi online class ni forced me to switch my norm. And I would say I did pretty gewd! 😎😎 🕺 


3. I lose the quality of knowledge. 

Idk lah if you guys still boleh focus dengan online class. But mine, kelaut dalam perginya. Point ni boleh kait dengan point no 1 tadi. Dahlah tak faham, nak tanya member, member jauh. Kalau dalam class bolehla bisik bisik ke kan. Alah rindunya offline class :'( 


3 ni kut point paling utama. Ni belum masuk topic lecturers lagi. Haih yg ni lagila buat I rasa nak mengucap panjang. Sampai tak sangka tau I boleh ternangis dalam solat mengenangkan subjek yg satu ni. (Alamak kantoi lak tak khusyuk 😬) 


Alright. Disebabkan I dah takde final. So kembalilah kami di dalam rancangan assignments tanpa henti. Srs every week mesti ada je assignments yg kena hantar. 

This semester, I buat 5 videos tau in total. 


LIMA!!!! 

Penat gila oi edit video. Massive respect lah to the youtubers and etc yg gigih gila edit video lawa lawa camni. I had countless no sleep night sebab nak edit video. Padahal video eshe eshe je huhu. 


Written assignments takyah cakap lah. Macam ombak datangnya. Tak pernah miss! Kalau ombak datang sebab rindukan pantai, so assignments datang sebab rindukan kitorang. Padahal kitorang tak rindu dia pun lulz. 

I ada satu subjek ni tau yg haih taktahula nak sedih ke nak menyesal bila cerita semula. Satu subjek ni punya assignments endless weh. ENDLESS! 

Kitorang dahla baru to this subject tau. Kiranya memang tak pernah belajar langsung. Pastuuuu kitorang kena flip classroom, where kitorang yg ajar classmates lain bergantung kepada our topics. Tapi ada lah 2 topics awal tu lecturer I ajar. 


Pastuuuuuuu in total kitorang ada 5 quizzes and 2 tests. Banyak gilaa weh sampaikan I jadi curious pasal marks distribution. Dahla siap ada lab lagi tu.  Every week je I mesti tak suka hari selasa and sometimes hari Jumaat. Yang kelakarnya, my friends pun ramai yg stress jugak tau with this one subject pastu beramai ramai lah kami mengadu sesama sendiri dalam group batch. 😂 Asal hari selasa dengan jumaat je sendu semorang. 😂 Kepada geng-meroyan-tiap-kali-hari-selasa, I just wanna say. 


FINALLY WE MADE IT!!!! 😭😭😭😭😭 AFTER ALL THE TEARS WE SHED TOGETHER ECECECE 


GROUP HUGS EVERYONE!!! 

(Ah I hope my geng meroyan tiap hari selasa baca this entry.) 

Every week I rasa cam kalau boleh merangkak tu dah merangkak dah weh. Penat gila kuasa 500! I taknak dah lalui hari hari yg cukup penat centu. Thank God He always here with me and ease my way. He made it easy for me to settle everything up. Alhamdulillah 🥰 

Remember earlier I told y'all I kena buat proposal? 


So we have this one event called proposal defend. This is the biggest, scariest, and nerve-wrecking event to all of us. Sebab kitorang kena defend our topics for final year projects. Aduh I trembling do sembang pasal final year ni rasa nervous roks!


Memula I really hope yg kitorang dapat buat proposal defend secara offline. Meaning, face to face lah. Pastuuuu due to the mco, kena buat online. Okay. I redha lah dah nak buat cemana kan. 


Pastuuuu bila keluar je group punya schedule tu my heart stopped for a while (amboi hyperbola sangat). I cari my name and pap! 

My evaluators dua dua bukan biasa biasa weh! Tapi lucky me I dapat satu group dengan my friend. Kitorang sama supervisor and sama group proposal defend so I punya nervous tu dia tone down sikitlah. Fuh. 

Tapi still takut gak. A week before the actual day of proposal defend tu, I makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah tau. Takut punya pasal. Takut sebab taktahu nak goreng apa depan evaluators. Even I set reminder dalam phone pun I letak emoji nangis sebab takut sangat 😂😂 bila fikir balik kelakar je ntah pape je perangai centu 😂😂😂 

Pastu the day went by. Alah, biasa je padahal. (Haha takdelah padahal I nervous namatey sampai speechless terciduk nak jawab) tapi everything's over and I am so glad! 😁 Dia cam finally the biggest burden blown away haaa gittew. Lepastu baru I boleh rest gila gila kejap before sambung assingments lain yg bertimbun lagi tu. 

So far, I survived my semester 6 (ya Allah dah habis semester enam ni rupanya 🥺). I thought I memang dah tak mampu dah tapi massive thank to all of my batchmates, sebab waktu waktu camni semua keep supporting each other. Dia cam "Walau jasad kita terpisah jauh, tapi hati kita selalu dekat." Haaa gittew. Lantak la labu walaupun quote lagu orang. 

I am so glad this semester has finally ended. I habis semester ni kat w16. Sebab one of my lecturers tak sempat nak upload videos and questions. Takpe I okay je sebab faham dia busy. 


Last but not least, shout out to my hard-working lecturers sebab boleh handle online class dengan jayanya. This is new for everyone and I wanna give an A for the effort. Not to forget my batchmates, yg sentiasa meroyan pasal assignments tapi tetap OG ya sebab hantar assigments semuanya awal dari duedate 🤟🤟 

The family for the support. I cant repay all that, honestly. 

In a way, I boleh kata yg actually MCO taught me precious things. Banyak. And I am not gonna list them here. Nanti makin panjang pulek entry ni. Makin taknak orang baca huhu. 

So this is more or less of my semester 6's journey. Korang punya cemana? Nak mati ke nak pengsan? 


Apa apa pun, I wish all of you the best of luck for the upcoming semesters. 💪💪

Adios junior year. 

Welcome senior year. 🕺

Okay since I tengah free ni I bukak untuk sesiapa yg nak I buatkan assignments dia. Sebab cam rindu pulak zaman zaman tak tidur malam buat assignments. Ececece. 🤡 






Comments

Popular posts from this blog

PPBU YBR

Assalamualaikum..... Hi again peeps. 👋😁 Im back! #jangankecam  Aku rasa still tak terlambat kut untuk aku ucapkan Congratulations untuk adik adik yang baru lepas ambil result SPM baru baru ni. Congratulations!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 tak kisah lah berjaya dengan cemerlang ke, berjaya separa cemerlang ke, tak berjaya tapi cemerlang ke, tak berjaya tak cemerlang ke (eh?) You guys have done the best. Berjaya ke tak berjaya ke itu semua tolak tepi. Yang penting bersyukur. Ada hikmahnya result yg kita dapat tu macam tu. Jangan lupa sujud syukur tau. Aku tau, waktu waktu macam ni raaaamaaaiiii gila yg tengah duk isi UPU,  godek godek scholarship kan? Takpe aku pun macam tu jugak dulu. Desperate nak scholarship sebab yelah kita bukan kaya nak tanggung semua hihu. ✌😌  Jadi di kesempatan ini aku cerita sikitlah pasal PPBU  yang aku dapat ni. Alhamdulillah. P/s: This maybe long so be prepared peeps. 😜 Since lepas SPM,  aku memang tiap masa godek pasal scholarship ni. Sampailah aku

PRE INTERNSHIP STORY: Aku Dilema Nak Pilih Company!

 Assalamualaikum.... Hi peeps. Kita jumpa lagi 🙋 Disebabkan aku dahnak intern so aku nak share sikit lah perih jerih ((amboi)) mencari peluang internship. Geli pulak bila baca semula tapi yeah itulah dia intinya untuk entry kalini. Haaa kalini aku bagi peluang korang untuk close tab dululah kalau tak berminat. Kalau berminat nak tahu boleh sambung baca ((jangan kata akak tak warning)).  Ok back to the story. Seperti anda semua tahu batch kitorang ni kira macam batch intern tersakiti 2.0 lah. Sebab intern tersakiti 1.0 batch atas kitorang sebab dorang intern waktu Covid mula-mula nak merebak. So kitorang ni intern di kala Covid baru-baru nak baik. Tapi proses nak dpat intern tu yang sakit sebab time tu numbers of infected people memang mencanak naik taknak kalah. Pastu kebanyakkannya kluster tempat kerja laktu. Jadinya ramailah antara kami yg affected dengan situasi ini. Contohnya banyak company yg freeze internship dan tak amik langsung intern. Jadi pilihan untuk intern tu makin terha

PPBU YBR Part II

Assalamualaikum.... Hai peepsss. Aku rindu teruk kat korang huhu. Sebenarnya aku dah lama dah nak sambung part 2 untuk PPBU ni tapi sorrylah aku ada baaaaannyaaakkk gila kerja nak kena buat termasuklah aku ada latihan intensif untuk tauliah. P/s: Guys aku dah tauliah guyss!!!!  *emoji budak menjerit kegembiraan*  Nanti kalau rajin aku buat entry pasal tauliah tu eh. Sekarang aku nak fokus cerahkan balik kulit pastu nak tulis PPBU  ni ha. Aku baru lepas balik kem YBR sebenarnya tu yg excited lain macam tu. ((Tak sebenarnya aku dah lama balik dari kem tapi harini baru rajin nak tulis entry sambungan lol)) So ingat tak dulu aku cakap aku kena settlekan dokumen dalam masa seminggu kan? So ni sambungan dia. Lepas je aku tau aku dapat tu dia suruh aku pergi dekat portal and download beberapa dokumen. ((Bukan beberapa ye guys sebenarnya. Banyak gila huhu kesian printer kawan aku kena print banyak banyak huhu)) Dokumen tu macam biasalah ada 1. Dokumen perjanjian. Dokumen ni dahla teb